Monday, July 30, 2012

Adus... lamanya lagi...


Terasa kekurangan bila tanggungjawab menyediakan makan minum dan pakaian buat ayah terpaksa ummi tangguhkan buat seketika waktu.... tetiba rindu waktu-waktu itu.... sedih pun yer jugak.... sedih bila tempat yang biasa ayah duduk kosong....  apatah lagi mendengar gelak tawa ayah menyakat anak-anak... tak kurang juga  hiruk jeritan anak-anak kerana terpaksa melarikan diri dari ayah yang selalu menyusik anak-anak....

Erm..doakan ummi kuat.. ummi sangat lemah.... dan semakin lemah menjelang bulan 8... dah 10 tahun rupanya ikatan ini... dan masih banyak ummi tidak tahu. Tapi Allah lebih tahu perjalanan ini.... dan ada hikmah setiap percaturan Nya.. semoga kesatuan ahli-ahli bait ini akan cepat berlaku demi AUNARA...

Kebanggaan Ummi

Alhamdulillah... Allah beri kekuatan untuk ummi menyusukan anak-anak ini.... cuma auni yang paling sekejap.. yela dah dapat adik, secara automatik susu ummi kurang... (itu sebenarnya emosi ummi sahaja pada masa itu..he he he...) Husna pula adalah sampai 1 tahun. Aira??? sampai 3 tahun... dah dapat adik baru dia dipaksa berhenti. Itu pun kena bawa dia scan baby sekali... dan yang comel Alynna tu entah la... agaknya sampai bila yer???? 

Apa-apa pun kalian adalah kebanggaan ummi... semoga kalian akan terus sihat.........



cop cop cop...............

hari ini alynna pergi sekolah.... wah tak sabar nyer ummi nak jemput... cepat la pukul 5.00 ptg.. hehehe


Saturday, July 28, 2012

Cerita tentang perceraian...


'Adakah ini satu perkara biasa'...... soalan ini selalu timbul dalam fikiran ummi. Dah macam tak de kisah dan tak de segan bila orang sekeliling ummi bercerita yang mereka telah bercerai dengan pasangan masing-masing.... dan masing-masing bercerita penuh dengan  hujah dan fakta kenapa mereka bercerai. Dan kebanyakkan merasakan amat berpuas hati dengan keputusan ini...

Ummi tak boleh nak percaya di sebelah pihak dan bukan sikap ummi untuk melebihkan sesuatu. Yela sebab ummi kurang percaya pada orang dan pada ummi tak fair kalau ummi dengar cerita sebelah pihak jer... tapi tak kuasa pulak rasa nak tahu serba serbi... banyak lagi  keje ummi untuk family.

Cuma peristiwa hari ini agak mengkagumkan ummi.... seorang wanita yang mempunyai 5 orang anak sanggup berpisah dengan suami dan memberi hak penjagaan kepada suami atas alasan si suami tidak percaya yang di isteri mampu membesarkan anak-anak..... cop... ummi nie menyibuk ke??? erm... sebenarnya cerita ini bermula semasa ummi meminta sebuah teksi untuk menghantar ummi dan AUNARA ke stesyen komuter... ummi kenal wanita ini di seremban. Masa tu ummi hendak kembali ke ofis selepas mesyuarat di Wisma Negeri.... hehehe... ini adalah angkara tak kuasa nak bawak kereta ke wisma sebab parking selalu penuh dan dah terbiasa naik teksi dari dolu-dolu lagi.... so nak dijadikan cerita.. ummi mengambil teksi ini untuk pulang.. borak punya borak... ummi pun ambil no tel dia.. ye la.. dia perempuan dan ummi pun rasa agak selesa untuk terus berhubung dengan beliau sekiranya keperluan mendesak. So, nak dijadikan cerita, pada hari ini ummi memerlukan khidmat beliau.... dan Alhamdulillah ummi selamat ke komuter dengan dihantar oleh wanita ini  dan ditemani oleh anaknya yg baru berusia 3 tahun. Katanya anak itu tidak sihat... oklah... tabah betul ibu ini...

So, di dalam perjalanan tu lah cerita ini timbul.... bermula dengan soalan tentang siapa yang menjaga anak ini semasa bekerja.... jadinya si ibu telah memaklumkan yang dia telah bercerai dan suami yang menjaga anak ini... seperti biasa ummi akan terkedu.... erm... dah 6 orang kenalan ummi yang mengalami situasi ini. Dah macam biasa plak.... tapi katanya sebab musababah adalah akibat suka melebihkan kawan dari keluarga. Si isteri pada masa itu tidak bekerja dan sanggup mengikat perut kerana kesempitan wang dan segala emas telah beliau gadaikan untuk suami... pulak tu si suami menghabiskan masa dan duit dengan kengkawan.... erm sedih la si isteri dan dia pun minta dilepaskan....

Tapi sekarang dia berjaya membina hidup walaupun hanya dengan memandu teksi..... dan boleh memberi nafkah kepada anak-anaknya....

Erm... itu cerita dia..... mungkin ada benar dan ada tidak... tapi bagi kita yang masih lengkap ahli ini berdoalah semoga tiada apa menghalang keutuhan keluarga kita.. dan semoga kita akan lebih memahami satu sama lain.....

Friday, July 27, 2012

To do or not to do.....


the image describe everything.... :)

and i'm not in a mood..... hahaha..... gelak jahat

Masih Berhajat

Pagi tadi... semasa dalam perjalanan ke sekolah, Auni masih menyatakan hajatnya lagi. Antara perbualan kami adalah:-

Auni : Ummi... kakak nak belajar di Mesir yer
Ummi : Kakak.. Mesir tu jauh tau... agaknya kakak tahu tak?
Auni : Yeke ummi...
Ummi : Erm... jauh... boleh ke kakak dok sendiri?
Auni : Ummi ikut kakak la.... boleh ummi pergi sana..
Ummi : ...senyap... (dalam hati terdetik sayu sebab anak ini sentiasa ingin ummi bersama dia dan ingin membawa ummi kemana sahaja dia pergi.... semoga Allah makbulkan Doa Auni... Amin)


Erm... anak-anak sekarang ingin berkongsi susah senang dengan ibu bapa.... seperti biasa Auni dan adik-adik telah memasang angan-angan untuk membalas jasa ummi dan ayah. Kengkadang terasa mereka amat kecil untuk berfikiran begitu.. tapi itulah AUNARA.... dari kecil telah mengimpikan sebuah rumah besar untuk mereka dan meminta agar ummi dan ayah bersama mereka. Pakatan mereka jelas... seorang menyediakan rumah dan yang lain menyediakan kenderaan.... mungkin agak pelik...... dan ummi bahagia kerana mereka bersama berkongsi cerita dan ceria.



Thursday, July 26, 2012

Auni dan impian


Pada suatu hari, tatkala pulang dari sekolah, Auni terus menyampaikan hajat pada ummi... katanya..'Ummi, kakak nak belajar di Mesir yer form 1 nanti'. Terkedu ummi dengar? 'Biar betul kak? Jauh tu... kakak boleh ker?' tanya ummi.. dan Auni menyakinkan ummi yang dia betul-betul ingin kesana... dan pada hari ini hajatnya ditambah lagi... katanya dia ingin belajar di Mesir dan menyambung U di Belgium. Wow.... adakah anak ini tahu jarak  negara-negara itu dari Malaysia...? Sanggupkah ummi berpisah dengan kakak?? Mungkin ummi perlu menerangkan sesuatu pada Auni. Erm.... mungkin tentang lokasi tempat-tempat itu atau ummi merelakan Auni ke sana... apa-apa pun perancangan Allah adalah yang terbaik... Mungkin ini masa depan mereka.... Jujur ummi kata, bila kakak menyampaikan hajatnya, adik-adik pun memasang angan-angan masing-masing. Cita-cita mereka menjurus untuk mendapatkan pendidikan luar dari  Malaysia.... ummi hanya mampu menyokong cita-cita itu pada masa ini. Apa-apa pun, hanya masa yang akan menentukan segalanya. Jika itulah yang terbaik buat AUNARA, ummi mendoakan kejayaan mereka. Semoga ilmu agama yang sedang mereka belajar sekarang menjadi pegangan kuat mereka. Dan satu lagi impian mereka... ingin membawa ummi jalan-jalan... hah.. yang tu tak per... itu ummi suka.... tapi bab perpisahan yang buat ummi agak lemah.

Apa-apa pun, sebagaimana biasa, harapan ummi adalah semoga AUNARA berjaya di dunia dan akhirat. Dan segala perjalanan hidup dan rezeki telah dicatatkan oleh Allah. Hanya tunggu waktu dan ketika sahaja. Semoga kami terus tabah ...............

Wednesday, July 25, 2012

Alynn


Adik dah mula dijinak-jinakkan dengan sekolah. Dah banyak sekolah ummi pergi dan pastinya alynn akan bersama-sama ummi. Ye la saje je ummi nak tengok yang mana dia minat. Tapi semuanya macam minat sekiranya ada ummi... kalau ummi tak de... entah la ek? Belum dapat dipastikan lagi. Yela.. ummi pernah hantar anak ini ke rumah pengasuh... dan menjelang tengah hari pengasuh dah call minta jemput alynn sebab tak sanggup nak tengok alynn nangis tak berhenti. Kesian pun ada, sedih pun ada. Nie buat ummi nak berhenti keje jer. Biar ummi jaga AUNARA.... heheheh............. tet............ jangan mimpi....

Tapi macam-macam mana pun alynn kena ke sekolah. Tak pe la.. kita tunggu fatih yer. Nanti alynn pergi sekolah dengan dia yer dik.... So buat masa nie alynn ke masjid teman wed dan atok tadarus. Untung betul alynn.... semoga pengalaman ini membuatkan alynn minat mendalami islam.... dan semoga alynn menjadi anak solehah..... take care dear....

da...

Tuesday, July 24, 2012

Sebagai Peringatan...


tetiba terasa beruntung menjadi isteri.... semoga mendapat keredhaan dari si suami.... dan petikan ini ummi khaskan buat semua isteri-isteri.. semoga kebahagian milik kita semua....

Sunday, July 22, 2012

Puasa dan Dugaan...

Hari nie masuk hari ke 3 Bulan Ramadhan. Auni, Husna dan Aira masih boleh bertahan, Alhamdulillah. Cuma Aira agak kepenatan dan mengadu dahaga bila menjelang petang. Memang sedih  kalau tengok muka dia. Lagi sedih bila dia dah cuba mengekor ummi..... heheheh... tapi ummi buat bodo jer... Ikut kan hati nak jer suruh dia buka puasa, tapi tak bleh.... Aira kena kuat dan Aira memang kuat. Nak tunjuk betapa bersungguh dia menahan nafsu makan, sampaikan tak kisah pun nak sambut hari jadi dia. Cuma dia mampu senyum dan cakap hari nie birthday Aira.... so bila di tanya nak hadiah apa? Jawapan dia 'Aira tak kisah'. Sedih la plak.... Pastu tanya lagi... 'Agak-agak Aira nak makan apa yer'... erm jawapan dia ' Nak Nasi Goreng Opah'.... lah... kan baru balik dari kg. Kenapa la tak bagi tahu dari dulu, boleh minta opah masakkan.... So sebagai tidak menghampakan anak ini, ayah pun preparekan sahur Nasi Goreng Ayah a.k.a Nasi Goreng Cina.... ok  lah tu.... dapat juga dia makan nasi goreng....

Apa-apa pun.... kami akan berpuasa sendiri tahun ini... dan ayah akan kembali ke lokasi kerjanya.... dapat jugak la AUNARA merasa berpuasa bersama ayah (walaupun hanya setakat 3 hari)... so jumpa lagi 2 hari sebelum raya yer... Semoga Ramadhan di Brunei meriah seperti di Malaysia... huhuhu... ayah tak moh bagi ucapan slamat hari raya kat sokkabar ker? keh keh keh.... kata suka glamour...

Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan...

Sekejap betul masa berlalu.. Ummi masih terasa sambutan Hari Raya tahun lepas... dan kini Ramadhan kembali dan kenangan raya akan muncul lagi.... Cuma bezakan ada antara saudara mara yang hadir di raya tahun sebelum ini dan pada tahun ini mereka telah tiada. Erm... ummi terasa sedikit sedih dan cuba membayangkan sekiranya ini adalah Ramadhan terakhir buat Ummi.... banyak perkara yang perlu Ummi selesaikan... Semoga Allah terima taubat  ummi dan memberi peluang ummi untuk membesarkan AUNARA. 

Apa-apa pun disini ummi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan... semoga segala amalan kita diterima Allah..... dan kepada rakan taulan serta sahabat handai... mohon ampun atas segala kesalahan dan kesilapan Ummi....


Sunday, July 15, 2012

Qarin @ Karin...


Kisah Qarin – Jin Kembar Manusia | Pernah tak korang dengar tentang jin yang bernama Qarin atau Karin ni. Dikatakan jin ini akan dilahirkan bersama-sama manusia tetapi bila manusia mati,jin karin ni tak mati. Betul ke? Jom kita baca dengan lebih lanjut tentang kisah karin, yang dikatakan jin kembar kepada manusia ni.
Firman Allah: “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai ‘kembar’ manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.
Pada umumnya Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Qurandan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi usaha Qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya.
Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarinitu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)
Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda s.a.w berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda s.a.w: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda s.a.w: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadith Riwayat Muslim)
Di dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” (Hadith Riwayat Baihaqi)
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”
Qarin akan berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarinterus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu.
Wallahu’alam….

Sumber: Hasnul Hadi Ahmad | Layari Artikel Agama Menarik Informasi Malaysia Kini

Tatkala Mengalah...


Kadang-kadang…
Bila kita mengalah…
Akan sentiasa ada…
Yang ingat kita kalah…
Tapi mereka tidak tahu…
Bila kita mengalah…
Sebenarnya…Kita adalah JUARA…!!!

Sesungguhnya ada sesuatu yang tidak kita tahu dan ianya adalah yang terbaik buat kita... 
Berdoalah semoga kemenangan terus memihak kepada kita semua...

Saturday, July 14, 2012

Breakfast....

Ummi rasa sangat 'rajin' untuk prepare breakfast.. so ummi bawa AUNARA ke satu kedai yang biasa ummi dan ayah datang... alah tempat biasa jer.. tapi nasi lemak dan mee rebus dia sedap. Ok lah tu.. AUNARA tak pernah pergi... 

Sedang syok tunggu makanan auni pun tanya ummi soalan yg best?? 
1) ayah dan ummi selalu makan kat sini ker?
2) Kenapa tak bawak kakak?
3) ummi bawa la lagi tempat yang ayah suka makan...

Adus... korang nie kan... soalannyer.... ok lah ummi pun jawab:
1) tak la selalu sangat tapi ada la...
2) waktu tu kakak dan adik2 sekolah, sebab tu ummi bawa kakak makan hari ni (sebab hari tu hari sabtu)
3) ok.. nanti ummi bawakan kat tempat lain yer...

Huh.. lepas nie ummi kena bawak AUNARA pusing-pusing lagi yer... sah la anak-anak ummi nie kaki jalan macam ummi.... erm... seronok jugak keluar dengan AUNARA... dah besar rupanya mereka... ummi jer yg 'kecik'...... (kecik la sangat.................... ;( .............)







Friday, July 13, 2012

Ke Kelantan Plak...

Akhirnya sampai juga AUNARA ke Kelantan... ummi pun dah lama tak kesini.. akhir sekali 5 tahun lepas (erm... ??? yeke??... agaknya la) Ini pun sebab ada kerja dan pastinya AUNARA dicutikan sekolah. Cuma bezakan kali nie AUNARA bersama atok dan wek. Apa lagi.. panjang la kaki wek dan atok... ye la tempah yang pernah mereka duduk dulu. Kawan-kawan pun masih ramai. Lega ummi rasa...

Sepanjang ummi di sana, puas rasanya bershopping, nak plak tu dengan mama.. adus syok nyer. Ummi yang ada kerja nie pun tak tentu arah nak adakan jugak masa untuk aktiviti 'riadah' nie.. hehehhe...

 Ini permandangan dari Kelantan Trade Centre.. nampak stadium bola dan Wisma Persekutuan. Yang paling seronok adalah pada waktu pagi. Sebabnya dari semua arah rasanya kami dengar orang sedang berceramah di masjid... aman betul tempat nie..
 Yang nie pulak...Pemandangan dari arah lain lagi...

 Ha.. mama Ain.. nampak tak kampung Hannah...? clear kan?

Masa nie alynn sedang membuli atok... hahaha... sabar yer




Yang nie buat kami kalah. Kalau boleh kami nak rasa semuanya... tapi apakan daya, ummi dah tersandar dan dah tak larat  nak makan.. sudahnya kami makan masa dinner di rumah... aci jer la...

Thursday, July 5, 2012

Ipoh....

Antara percaya dan tidak ummi drive dari Seremban ke Ipoh dan ke Seremban semula. Sebelum nie pernah jugak tapi 10 tahun lepas. Itupun masa bujang dan dengan member.. sudahnya dia pun drivekan kereta. Erm... sebenarnya ummi ada kekurangan especially bila berhadapan dengan cuaca panas terik. Tapi Alhamdulillah  perkara ini telah pun berlalu dan aci tak kalau ummi kata boleh buat lagi lepas nie... hehhehe.. jangan riak yer ummi... 

So sebagai sedikit kenangan.. disini ummi selitkan beberapa gambar opah dan cucu-cucunya sepanjang di Ipoh.. buat Opah.. jangan serik yer ikut Ummi... nanti kita jalan-jalan lagi kat tempat lain... hehehe. gelak besar Opah...

Masa nie Alynn sedang mengunggu nasi lemaknya.. itu jer la pun yang dia suka makan... sebab tu adik comel jer... 

 Kak Aira pulak dah pandai ambil sendiri makanan.. cuma ummi agak terkilan sebab dia tak dapat makan kek.. sebab ummi nak cepat masuk kelas... sorry kak aira .. nanti kita pergi tempat lain pulak yer..

 Makan-makan... Opah dan cucu

Ha.. yang dibawah nie... gambar setelah sampai ke Putrajaya dari Ipoh... Solat jap sebelum shopping... Si Alynn kagum dengan kolam kat masjid tu.... tak tentu arah dia berlari nak tengok kolam.... Kami terasa amat tenang semasa di dalam masjid ini dan penat ummi pun hilang.... Alhamdulillah...

  'kakak... olam.....' kata Alynna...
'Alynn... jangan ke sana, bahaya' pesan si kakak...
tak de maknanya adik kakak tu nak dok diam... sekejapan dia dah sampai tepi kolam.. apa lagi berterabur la si kakak mengejar takut adiknya jatuh... untung jadi adik kan??? semua kakak sayangkan adik...



Hahaha... apa la kakak nie.... 

Muka-muka kepenatan ... masa nie barang-barang belum banyak dibeli lagi.... ummi dah tak dapat nak ambil gambar bahan borongan sebab tangan dah tak cukup... selesai memborang opah pun sebut 'dah ! jom kita balik.....' hehehe.... sebenarnya modal dah kempes... kalau pusing-pusing lagi pasti banyak yang terpikat.. baik selamatkan diri dulu... hahahah...

Antara koleksi yang dapat dicekup anak benih dia... nak beli yang dah berbunga macam nie  tak mampu la pulak.. agaknya anak bunga nie boleh hidup macam nie tak??? :) benih dan baja dah beli.. so kena rajin la tabur yer..... :)

satu lagi hasil tangkapan..... semoga kalian akan membesar dan berbunga seperti bunga ini yer... harapan ummi menggunung tau.. kah kah kah...

Secara kesimpulannya... Opah, Aira dan Alynn sangat happy pada hari tersebut.. cuma penat tu biasa lah...janji dapat jalan kan....ok lah..jumpa lagi....adios...

Tuesday, July 3, 2012

Kakak.... Mari Adik Tolong.....

Berlari Alynna bila nampak kakak ingin membuka pintu. Erm seronok ummi tengok. Nampak kesepakatan antara mereka. Dan yang paling pasti Alynna akan menang dalam apa-apa situasi dan dia turut akan mengalah sekiranya melihat kakak kesedihan atas kemenangan yang dia perolehi. Apa-apa pun semoga kalian akan terus bersama di dalam suka dan duka yer... Ummi dan ayah akan pasti tumpang gembira.


Pemandangan dari rumah 328 akan terus menjadi kenangan kami. Tiba-tiba ummi rasa rindu pada rumah tu...


Monday, July 2, 2012

Selamat Tinggal

Kiranya inilah minggu terakhir ummi ayah dan AUNARA di rumah 328. Banyak kenangan pahit manis kami di sini. Dan disini juga Aira dan Aleena dikandung dan dibesarkan... yang lain  di rumah sewa kami. Yang pasti sedih, gembira, teruja ada dalam perasaan ummi. Sedih meninggalkan rumah yg menjadi impian kami (sebab depan padang), gembira kerana dapat menyediakan rumah yang agak selesa untuk AUNARA dan teruja untuk menghias mengikut apa yang telah diimpikan sebelum ini.  Dan yang lebih penting ummi sedih untuk meninggalkan suasana rumah yang mesra kejiranannya.... dan meriah tatkala petang.

Tapi hakikatnya sesuatu perkara ada kebaikan dan keburukkannya... semoga 773 memberi lebih rezeki buat kami dan mengikatkan lagi hubungan kekeluargaan kami. Amin.....

Selamat tinggal 328 dan here we come 773... Semoga penghuni 328 yang baru akan menyayangi anda sebagaimana kami menyayangi anda...

Bye

Dear Diary

Ummi gunakan medium ini untuk berkongsi susah senang dan tangis tawa  kami.... tiba-tiba ummi terasa seakan ingin menukar kepada sebuah diari... cuma bezakan diari adalah luahan isi hati... dan tidak boleh didedahkan.... erm........... tak pe la... cukup lah sekadar ummi jadikan diari di hati ummi sahaja... yer.. tak semua perkara boleh dikongsi kan???? cuma tolong doakan agar ummi kuat... kadang kala ummi lemah dan seakan ingin terus rebah...... dan ummi akan semakin lemah  bila berhadapan dengan masalah hati.... 


so... ummi... be strong..... u can do it.....

Hari Lahir Anak

 Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...