Saturday, July 28, 2012
Cerita tentang perceraian...
'Adakah ini satu perkara biasa'...... soalan ini selalu timbul dalam fikiran ummi. Dah macam tak de kisah dan tak de segan bila orang sekeliling ummi bercerita yang mereka telah bercerai dengan pasangan masing-masing.... dan masing-masing bercerita penuh dengan hujah dan fakta kenapa mereka bercerai. Dan kebanyakkan merasakan amat berpuas hati dengan keputusan ini...
Ummi tak boleh nak percaya di sebelah pihak dan bukan sikap ummi untuk melebihkan sesuatu. Yela sebab ummi kurang percaya pada orang dan pada ummi tak fair kalau ummi dengar cerita sebelah pihak jer... tapi tak kuasa pulak rasa nak tahu serba serbi... banyak lagi keje ummi untuk family.
Cuma peristiwa hari ini agak mengkagumkan ummi.... seorang wanita yang mempunyai 5 orang anak sanggup berpisah dengan suami dan memberi hak penjagaan kepada suami atas alasan si suami tidak percaya yang di isteri mampu membesarkan anak-anak..... cop... ummi nie menyibuk ke??? erm... sebenarnya cerita ini bermula semasa ummi meminta sebuah teksi untuk menghantar ummi dan AUNARA ke stesyen komuter... ummi kenal wanita ini di seremban. Masa tu ummi hendak kembali ke ofis selepas mesyuarat di Wisma Negeri.... hehehe... ini adalah angkara tak kuasa nak bawak kereta ke wisma sebab parking selalu penuh dan dah terbiasa naik teksi dari dolu-dolu lagi.... so nak dijadikan cerita.. ummi mengambil teksi ini untuk pulang.. borak punya borak... ummi pun ambil no tel dia.. ye la.. dia perempuan dan ummi pun rasa agak selesa untuk terus berhubung dengan beliau sekiranya keperluan mendesak. So, nak dijadikan cerita, pada hari ini ummi memerlukan khidmat beliau.... dan Alhamdulillah ummi selamat ke komuter dengan dihantar oleh wanita ini dan ditemani oleh anaknya yg baru berusia 3 tahun. Katanya anak itu tidak sihat... oklah... tabah betul ibu ini...
So, di dalam perjalanan tu lah cerita ini timbul.... bermula dengan soalan tentang siapa yang menjaga anak ini semasa bekerja.... jadinya si ibu telah memaklumkan yang dia telah bercerai dan suami yang menjaga anak ini... seperti biasa ummi akan terkedu.... erm... dah 6 orang kenalan ummi yang mengalami situasi ini. Dah macam biasa plak.... tapi katanya sebab musababah adalah akibat suka melebihkan kawan dari keluarga. Si isteri pada masa itu tidak bekerja dan sanggup mengikat perut kerana kesempitan wang dan segala emas telah beliau gadaikan untuk suami... pulak tu si suami menghabiskan masa dan duit dengan kengkawan.... erm sedih la si isteri dan dia pun minta dilepaskan....
Tapi sekarang dia berjaya membina hidup walaupun hanya dengan memandu teksi..... dan boleh memberi nafkah kepada anak-anaknya....
Erm... itu cerita dia..... mungkin ada benar dan ada tidak... tapi bagi kita yang masih lengkap ahli ini berdoalah semoga tiada apa menghalang keutuhan keluarga kita.. dan semoga kita akan lebih memahami satu sama lain.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hari Lahir Anak
Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...
-
Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...
-
Selamat tahun baru 2018 semua.... semangat tak???? mesti bersemangat tau... tahun nie tahun yang agak berat buat ummi sebab Auni ak...
-
Ummi.. Cikit jer lagi nie... Kita jumpa di Majlis Konvo ke 50 yer... Adus.. Best nyer dapat tgk live konvokesyen kali nie.. Rasa macam diat...
No comments:
Post a Comment