Thursday, July 26, 2012
Auni dan impian
Pada suatu hari, tatkala pulang dari sekolah, Auni terus menyampaikan hajat pada ummi... katanya..'Ummi, kakak nak belajar di Mesir yer form 1 nanti'. Terkedu ummi dengar? 'Biar betul kak? Jauh tu... kakak boleh ker?' tanya ummi.. dan Auni menyakinkan ummi yang dia betul-betul ingin kesana... dan pada hari ini hajatnya ditambah lagi... katanya dia ingin belajar di Mesir dan menyambung U di Belgium. Wow.... adakah anak ini tahu jarak negara-negara itu dari Malaysia...? Sanggupkah ummi berpisah dengan kakak?? Mungkin ummi perlu menerangkan sesuatu pada Auni. Erm.... mungkin tentang lokasi tempat-tempat itu atau ummi merelakan Auni ke sana... apa-apa pun perancangan Allah adalah yang terbaik... Mungkin ini masa depan mereka.... Jujur ummi kata, bila kakak menyampaikan hajatnya, adik-adik pun memasang angan-angan masing-masing. Cita-cita mereka menjurus untuk mendapatkan pendidikan luar dari Malaysia.... ummi hanya mampu menyokong cita-cita itu pada masa ini. Apa-apa pun, hanya masa yang akan menentukan segalanya. Jika itulah yang terbaik buat AUNARA, ummi mendoakan kejayaan mereka. Semoga ilmu agama yang sedang mereka belajar sekarang menjadi pegangan kuat mereka. Dan satu lagi impian mereka... ingin membawa ummi jalan-jalan... hah.. yang tu tak per... itu ummi suka.... tapi bab perpisahan yang buat ummi agak lemah.
Apa-apa pun, sebagaimana biasa, harapan ummi adalah semoga AUNARA berjaya di dunia dan akhirat. Dan segala perjalanan hidup dan rezeki telah dicatatkan oleh Allah. Hanya tunggu waktu dan ketika sahaja. Semoga kami terus tabah ...............
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hari Lahir Anak
Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...
-
Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...
-
Selamat tahun baru 2018 semua.... semangat tak???? mesti bersemangat tau... tahun nie tahun yang agak berat buat ummi sebab Auni ak...
-
Ummi.. Cikit jer lagi nie... Kita jumpa di Majlis Konvo ke 50 yer... Adus.. Best nyer dapat tgk live konvokesyen kali nie.. Rasa macam diat...
No comments:
Post a Comment