Monday, July 2, 2012

Selamat Tinggal

Kiranya inilah minggu terakhir ummi ayah dan AUNARA di rumah 328. Banyak kenangan pahit manis kami di sini. Dan disini juga Aira dan Aleena dikandung dan dibesarkan... yang lain  di rumah sewa kami. Yang pasti sedih, gembira, teruja ada dalam perasaan ummi. Sedih meninggalkan rumah yg menjadi impian kami (sebab depan padang), gembira kerana dapat menyediakan rumah yang agak selesa untuk AUNARA dan teruja untuk menghias mengikut apa yang telah diimpikan sebelum ini.  Dan yang lebih penting ummi sedih untuk meninggalkan suasana rumah yang mesra kejiranannya.... dan meriah tatkala petang.

Tapi hakikatnya sesuatu perkara ada kebaikan dan keburukkannya... semoga 773 memberi lebih rezeki buat kami dan mengikatkan lagi hubungan kekeluargaan kami. Amin.....

Selamat tinggal 328 dan here we come 773... Semoga penghuni 328 yang baru akan menyayangi anda sebagaimana kami menyayangi anda...

Bye

No comments:

Mereka....

  Macam tak sangka... kakak dah 22 tahun dan husna dah 21 tahun..... Mereka dah selesai zaman belajar.. sedang ke masa perkerjaan pula. Rasa...