Auni : Ummi... kakak nak belajar di Mesir yer
Ummi : Kakak.. Mesir tu jauh tau... agaknya kakak tahu tak?
Auni : Yeke ummi...
Ummi : Erm... jauh... boleh ke kakak dok sendiri?
Auni : Ummi ikut kakak la.... boleh ummi pergi sana..
Ummi : ...senyap... (dalam hati terdetik sayu sebab anak ini sentiasa ingin ummi bersama dia dan ingin membawa ummi kemana sahaja dia pergi.... semoga Allah makbulkan Doa Auni... Amin)
Erm... anak-anak sekarang ingin berkongsi susah senang dengan ibu bapa.... seperti biasa Auni dan adik-adik telah memasang angan-angan untuk membalas jasa ummi dan ayah. Kengkadang terasa mereka amat kecil untuk berfikiran begitu.. tapi itulah AUNARA.... dari kecil telah mengimpikan sebuah rumah besar untuk mereka dan meminta agar ummi dan ayah bersama mereka. Pakatan mereka jelas... seorang menyediakan rumah dan yang lain menyediakan kenderaan.... mungkin agak pelik...... dan ummi bahagia kerana mereka bersama berkongsi cerita dan ceria.
No comments:
Post a Comment