Hari nie ummi dan ayah dapat ilmu baru. Ilmu ni adalah tentang perniagaan, selama nie ummi main belasah jer nak jual apa, kat sape, bila dll.. rupa-rupanya semua tu ada target dia. Jangan dok sesuka hati jer menjual. Ilmu berbayar nie ummi akan kongsi sedikit demi sedikit... erm.. yang sesi nie sebelah pagi... sebelah petang pulak ummi bertemu dengan Irfan Khairi dan Rita (NV).. banyak tips yang dia orang kongsi tentang perniagaan. Tapi, biasalah mula-mula tu masing-masing malu nak tanya soalan, tapi bila Rita kata kalau malu rugi sebab kami nak kongsi macam - macam... baru lah tak tentu arah orang nak tanya.. sampai tak sedar masa dah lebih 1 jam....
Ok lah... ummi share apa yang ummi dapat dari sesi bersama Irfan Khairi dan Rita yer :-
- Buat / jual apa yng kita minat. Ini tips IK sebab katanya bila kita jual benda yang kita minat kita tak akan rasa kecewa kalau rugi... sebab bila minat kita akan usaha lagi...
- Perniagaan ibarat piramid. Tak semua hak kita, ada sebahagian hak orang lain... maka lebarkan yang bawah (dengan kata lain ramaikan networking... kaki kaki yang dibawah tu) supaya kita selesa di atas sebab kita dah berada di puncak...
- Tahu semua perkara. Rita pulak pesan agar perniaga semua tahu tentang semua perkara dalam business agar tak mudah ditipu oleh pekerja.
- Kuatkan Business Planning... yang nie mesti buat
- Jangan pakai satu channel... gunakan segala channel yang ada, contohnya youtube, tweeter, blog dll
- Tukar dari prinsip Try & Error kepada Try & Adjust.. nie untuk perniaga baru... agar tak cepat gift up... adjust mana yang kurang dan jangan cepat mengalah
- Buat hubungan yang baik dengan agen @ stokis
- Untuk modal... networking kena kuat.. mudah dapat maklumat tentang modal yang disediakan
- Kalau banyak persaingan; jadikan produk kita luxury & exclusive... sebab ramai sebenarnya yang lebih mementingkan quality. Orang yang main harga biasanya bagi servis yang biasa-biasa berbanding yang mahal...
- Bayangkan 10 tahun akan datang- yang nie ummi suka.. sebab IK kata dengan membayangkan kita akan berusaha untuk capai bayangan kita tuh
- Menuntut Ilmu - tambah maklumat tentang perniagaan dan lain-lain yang berkaitan
- Jadikan perniagaan tuh aktiviti yang paling seronok
- Adakan identiti sendiri supaya senang untuk dikenali
- Akaun kena sentiasa up to date
dan akhir sekali mereka berpesan .........
Have fun with bussiness - Irfan Khairi
Be a good leader not a bos - Rita Dato' Susilawati