Inilah sorang-sorang nya adik lelaki kami.... manja tapi tegas... cuma kebiasaannya keinginan dia sentiasa tercapai. Tapi untuk beberapa tahun nie dia jauh.... dan disebab kejauhan itu, dia makin matang, makin tahu nilai masa dan harta.. dan makin tahu erti rindu..
Susah la plak nak mendia dia kan.. senang cerita nama dia Iqbal (dah terang-terang ada kat atas tu.. hahaha)...
Sambung balik cerita.... erm.. dah setahun kami tak jumpa Iqbal.. anak-anak ummi ada yang menyebut2... masing-masing dah rindu.... especially aleena... siap dia cakap nak paksu (panggilan pak sedara) balik hari nie jugak... amboi... aleen ingat paksu dok kat key ell ker???? dan pasti nya aleena akan kecewa sebab tak dapat jumpa paksu.
Dan hari nie.. 18 Ogos adalah hari jadi Iqbal... sempat jugak la ummi buat design yang tak semenggah tu untuk dia... aci dan jer kan.. heheheh... tetiba tengah2 buat hujan ribut plak turun. Jenuh ummi nak lap tempias..... tapi akhirnya siap jugak la walaupun entah apa-apa...
mungkin sebenarnya nak express kerinduan.. rindu dengan suara dan gelak Iqbal.... (ha tengok dah nak hujan... kan...)..
Oklah ummi tak boleh nak tulis banyak2.. sebelum ribut melanda.. nanti hilang mood ummi nak men'tesis' ...
Oklah untuk paksu @ Iqbal :
'Jaga diri baik-baik, ingat pesan papa mama... ambil peluang untuk menuntut segala ilmu baik ilmu teknikal mahupun ilmu kehidupan.... jadikan kejauhan ini rindu untuk kita dekatkan diri kepada Allah.. sememangnya banyak yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Iqbal di sana.. maka jangan hampakan mereka.... teruskan perjuangan dan jadikan segala apa di depan mata sebagai pengalaman menghadapi hari esok... jangan putus asa sebab setiap apa yang ditempuh ada hikmahnya.... teruskan berjuang.... sememasnya kami rindukan Iqbal'
Ok take care Iqbal..... & HAPPY BIRTHDAY...
No comments:
Post a Comment