Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Abang...
Dah 14 tahun kami bersama.. ummi tak pasti adakah ummi akan ada untuk tahun-tahun mendatang... Alhamdulillah setelah Allah bagi teman untuk ummi. Ummi rasa bahagia, gembira kerana ada teman untuk ummi berbicara. Suka duka adalah pengalaman hidup. Ummi bahagia walaupun banyak dugaan yang ummi tempuh sejak ummi ditemani Ayah.. tapi bagi ummi, Allah bagi dugaan sebab Allah sayang ummi. Allah ingin bagi pahala buat ummi. Dan Alhamdulillah ummi bahagia sekarang...
Untuk Abang....
Terima kasih kerana sudi terima ati sebagai teman hidup, walaupun hakikatnya ada yang lebih baik untuk abang diluar sana. Ati doakan semoga abang akan terus maju dan berjaya dalam apa jua keadaan... semoga kerja kuat abang akan dibalas kebaikan oleh Allah. Dan semoga anak-anak soleh solehah ini akan menjadi bekalan doa untuk kita satu hari nanti. Didiklah mereka dengan agama, kerana agamalah yang akan dapat menyelamatkan kita semua....
Dugaan dunia ini pelbagai, tv, telefon dll adakalanya menyebabkan kita jarang berbual. Mungkin ini yang menyebabkan adakala ummi rasa cemburu. Cemburu dengan notebook dan handphone sebab dia sentiasa disisi abang.... Tapi ummi, lebih banyak bersama anak-anak yang menunggu ayah selesaikan tugas pejabat. Tapi mereka faham dan mereka lebih banyak mengalah dengan kita. Apa sahaja yang mereka ada dan mereka makan, akan mereka kongsikan bersama kita. Dan satu hari nanti mereka akan membesar dan berjaya dengan kerjaya masing-masing.... mungkin kita akan tinggal berdua. Atau mungkin abang bersama yang lain...
Walau apa pun berlaku, semoga Allah lindungi kita, perkahwinan hanyalah ruang untuk memperolehi pahala. Kalau baik didikan dan amalan, banyak lah pahala kita... Allah pinjamkan abang untuk ati tidak tahu sampai bila... mungkin ada perbuatan ati yang menyebabkan abang tersinggung... justeru maafkan ati. Sebab ati tidak tahu bila masa ati akan dijemput....
Semoga segala apa yang pernah kita tempuh menjadi kenangan manis buat kita semua...
Semoga syurga buat kita nanti....
Luv u all..
02.08.02
No comments:
Post a Comment