Sekarang ummi faham kenapa Allah jadikan kami ramai anak perempuan dari lelaki. Alhamdulillah mereka semua boleh diharapkan. Pernah satu hari kawan-kawan ayah datang untuk berhari raya. Sebenarnya satu habuk pun ummi tak prepare. Tapi bila ayah menjemput, ummi terima.. bagi ummi tetamu akan bawa rezeki ke rumah. So apa salahnya kan menjamu mereka. Walaupun sekadar yang mampu...
Tapi Allah itu memahami, Dia tak nak malukan ayah (ye la yang datang tu tetamu ayah kan...), ada sahaja rezeki yang ada untuk kami hidangkan pada tetamu.. dan yang ummi kagum sangat, dalam tempoh tak sampai setengah jam, rumah kami dah cantik bersih sebab anak-anak ini dah mengemas...
... kemasan mereka lagi teliti dari ummi...
jadinya.. selepas ini, ummi tidak akan kelamkabut lagi kalau ada tetamu yang nak datang secara add hoc ke rumah....
Dan nak dijadikan cerita pulak, kesemua makanan yang dihidangkan habis licin. Suka nya ummi, walaupun ummi tahu anak-anak ummi tak makan lagi. Dalam kepala ummi memang akan bawa anak-anak ini keluar nanti untuk cari makanan... tapi Allah dengar dan dihantarnya satu plastik besar makanan untuk kami. Alhamdulillah.... bahagianya ummi. Sebenarnya makanan tu dihantar sebab ummi berjanji untuk beraya di rumah jiran... tapi memandangkan tetamu masih ada, so ummi hanya hantar message yang ummi tak dapat hadir. Tak lama kemudian message ummi tu dijawap.. katanya.. dia akan hantar makanan... Ya Allah... rezeki anak-anak ummi malam tu...
Maka.. selesainya majlis perjumpaan tu, anak-anak ummi pun makan... dan mereka tidur dengan bahagia dan kenyang.. bahagia kerana ramai kawan.. so mereka dapat bermain bunga api bersama-sama.... dan kenyang sebab rezeki makanan yang baru sampai tadi
Ini semua lah buah hati ummi dan ayah.... semoga anak-anak ummi dan ayah membesar dalam iman dan islam.... ingat tau.. tv tak penting, kalian boleh tonton tapi pilihlah siaran yang baik-baik.... pilihlah sahabat yang sentiasa mengingatkan kita untuk membuat kebaikan.. kalau ada sahabat yang hanya inginkan keseronokkan kalian tidak salah untuk berkawan, tapi hanya berkisarkan perkara yang perlu... jangan terlalu mengikuti mereka yang terlalu seronokkan dunia... jangan sesekali kalian menjejakkan kaki ke pusat-pusat karaoke... takut nanti kalian terlupa tatkala berada di dalam sana..
Apa-apa pun.. doa ummi.. agar kalian dilindungi Allah sentiasa.. semoga kejayaan milik kita semua
No comments:
Post a Comment