Sebagai kenangan.. ummi sertakan gambar-gambar ini. Tak banyak ceritanya, cuma memadai dengan berkongsi kebahagian bersama AUNARA serta ayah bonda. Ketika ini ayah diperantauan. Nanti kita pergi yer... AUNARA sentiasa ingatkan ayah dan ingin sama-sama berkongsi pengalaman pengembaraan kami.
Seperti biasa.. posing kena ada... aira dah kelaparan dan cuba untuk mula makan... he he he.. tapi dilarang sebab tunggu semua ada baru boleh makan sekali... Tapi kesian plak dia... makan bersulam air sebab sambalnya pedas. Ummi silap sebab tak order nasik biasa.... tapi sudahnya order jugak sebab tengok anak-anak dan merah padam muka tahan pedas.
Auni dan pandangan di tepi sungai. Kat sini ummi diuji oleh Aleena... ada ka patut dia nak naik bot tu. Mujur la bot tu tambat jauh sikit. Kalau tak jenuh ummi nak kena panjat sebab nak sampaikan hajat si comel tu.
Habis jer makan, kami pun ke bandar Melaka. Jalan-jalan sambil mengenang kisah silam. He he he. Sepanjang jalan atok bercerita tentang kehidupan Melaka pada suatu masa dahulu. Agaknya terbayang tak kisah atok yang berulang dari Alor Gajah ke bandar Melaka untuk menuntut ilmu setiap hari... Erm.... terkejut AUNARA bila mendengar cerita Atok.. Apa-apa pun AUNARA kena bersyukur kerana dibesarkan di zaman yang penuh dengan kemudahan.
Disini pengembaraan menggunakan bot bermula. Lokasi sangat menarik dan penuh warna warni..
Ni la si comel ummi tu... sangat la bertuah. Tengok tu.. orang lain tak pegang tiket dia tetap nak pegang sendiri tiket bot dia. Bertuah betul....
Dan kakak Aira hanya mampu senyum kerana selalu dibuli adik... peace Aya...
Saje nak buat adik jelous, so ummi pun ambil gambar dengan Aira.. tapi... ada benang la atas kepala Aira.. he he he...
Pengembaraan pu bermula... semua senyap dan menikmati pemandangan malam yang sangat indah.
Kan betul.... Alynn was the leader....
Antara jambatan yang ada.. tak sempat kira berapa banyak jambatan la..
Ha... selepas naik bot. Kami naik pula Menara Taming Sari... ini kali kedua untuk kami. Sebelum nie kami naik di sebelah siang.. dan ini malam. Pemandangan sangat cantik kerana Melaka penuh dengan warna warni.
Mereka menikmati sambil berfikir... macam mana benda nie boleh naik atas ek???? ha ha ha... itu memang soalan atok untuk ummi.. nanti ummi carikan jawapan yer.. :)
Tengok bawah.. ada 2 unit kereta yang sama... yang mana satu AUNARA punya ek??? Ce teka?
Posing lagi sebagai kenangan...
Soalan ummi untuk alynn... Nak lari tak? Alynn jawap 'nak'... 'dah pergi lari dulu, dah puas kang datang balik kat ummi'
Bersungguh anak nie lari rupanya.... :)
Setelah selesai di Menara, kami ke Kg Morten pulak untuk supper... anak-anak dah mengantuk.. tapi dipaksa sebab nak menikmati keindahan malam..
Comelkan model rumah ini...
Rumah tanpa menggunakan paku.. hebat betul orang-orang dulu.
Dah selesai sesi kursus ummi dan sesi pengembaraan AUNARA.... semoga berjumpa lagi.. Selamat bercuti..
Da.............