Tuesday, May 15, 2012

Gembiranya Mereka..


Seperti biasa kembalinya dari sekolah, macam-macam cerita yang akan ummi dengar. Tak sabar masing-masing nak bercerita. Entah kenapa semalam cerita punya cerita sampailah Aira tergelak besar.... ini semua kerana telah berjaya mengenakan Husna... seronok betul dia. Merah padam muka dia gelak... Erm... masa tu rasa penat kerja pun hilang.... mereka gembira menempuh masa masa yang ada.

Cuma ada pesanan dari mereka untuk ummi hari ini............ pastikan mereka ada bunga untuk dibawa ke sekolah esok... sebab ada gotong royong... ok lah... sorang bunga kertas, sorang bunga loceng dan sorang bunga puding.... atau perlu ummi beli satu yang besar untuk mereka kongsi??? idea.. idea..

No comments:

Hari Lahir Anak

 Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...