Ummi tak terkata apa... dah jenuh ummi bersilat selama ini, elakkan dari pergi berkursus yang jauh dan perlu bermalam. Ye la.. kalau tak siapa nak jaga Aunara ? Kalian kan sekolah.. tak kan nak ponteng kot? Tapi kali nie ummi kalah. Dan tak boleh nak bersilat lagi sebab kursus nie berkait langsung dengan kerja ummi, dan hanya ummi yang buat kerja ni di pejabat.. (tapi still dengan pertolongan orang lain tau...)
So apa yang berlaku... Allah telah permudahkan urusan ini. Kebetulan atok dan wed pun berkursus di tempat yang sama. Betapa hebatnya susunan tuhan. Dia permudahkan ummi dan wed, dan dibantu oleh Paksu yang masih bercuti. Pulak tu nak dijadikan cerita tempat seminar ummi bersebelahan sahaja dengan tempat seminar atok dan wed... tempat tinggal pun beza hanya setingkat... menarik kan.. Alhamdulillah.. ummi tak terbayang kalau perkara ini tak terjadi... mungkin Alynn akan di pejabat ummi atau ummi cuti atau Alynn sekolah... erm... apa-apa pun susunan Tuhan adalah yang terbaik.
Sebagai ganjaran kesabaran mereka menunggu ummi.. maka ummi, atok dan wed pun bawa mereka berjalan-jalan di sekitar melaka... kami ke Kedai Ikan Bakar Muara Sg. Duyung (tempat yang dah lama ummi nak pergi).. kalau nak komen pasal makanan... ok lah, boleh tahan. Selesai makan kami menaiki cruise di Sg. Melaka dan ke Menara Taming Sari.... sampailah anak-anak nie penat dan merayu pulang... he he he.. tapi sempat lagi tu jalan-jalan dan minum di Kg Morten... anak-anak pun dah tunjuk protest sebab dah mengantuk.. selesai semua tu barulah kami pulang ke bilik....
So far, Aunara sangat happy, pagi dan petang mandi kolam. Kalau tidak.. mereka akan bermain di bilik. Aleena pulak tu... sangat pandai membawa diri dan sangat manja dengan Auni. Kalau dia menyakat tu biasa la.. dah tak de kerja la tu namanya.
Misi ummi, atok dan wed akan berakhir pada hari ini... dan kami akan pulang ke rumah. Apa yang boleh ummi katakan, aunara sangat seronok sebab telah tercuti awal gara-gara tuntutan tugasan ummi..
No comments:
Post a Comment