Thursday, May 24, 2012

Keluarga vs Kerja

Kengkadang nak je ummi berhenti kerja. Boleh ummi fokus pada anak-anak. Nak nak selepas bibik lari. Nak amik bibik baru macam tak percaya, takut kena tipu lagi. Tapi macam tak boleh jer sebab tuntutan kewangan belum mengizinkan. Tak pe la.. ummi lalui macam biasa. Pejam celik anak dah empat orang dan ummi masih sentiasa keseorangan membesarkan mereka. Alhamdulillah keluarga dekat, adalah tempat untuk tumpang senang susah.

Nak tambah baby lagi ker? Kalau ikut rezeki ummi terima jer. Kalau tak cukup lah... ini pun dah jenuh bersilat dari first baby sampai ke empat. Erm bersilat mengelakkan dari berada jauh dari mereka. Kalau tak, siapa yang nak uruskan sekolah Aunara. Masa ada bibik dulu boleh jugak ummi tinggalkan dan wed atok uruskan sekolah mereka.. tapi sekarang. Ummi tak terbayang lagi.

Tak per la... buat masa nie ummi kena bahagikan masa kerja dan keluarga. Sesibuk mana ummi, ummi kena beri masa kepada mereka tatkala di rumah. Penat? Tak terkata, tapi ummi tak nak menyesal sebab tak membesarkan mereka dengan baik. Semoga Allah kuatkan ummi, kengkadang ummi lemah dan mengeluh..

No comments:

Hari Lahir Anak

 Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...