Dah hampir 2 tahun kita hidup bersama dia... dah ramai yang dijangkiti... ada yang sembuh, ada yang pergi buat selamanya.... alam tahu yang kejadian ini adalah bukti Allah ingin menstabilkan bumi. Mungkin bumi dah terlalu padat dengan makhluknya... sebab tu Allah jadikan ini.
Cuma... kita jangan terlalu yakin yang kita tak akan dijangkiti.. berwaspada itu perlu, berdoa dan bertawakal juga perlu. Teruskan menjaga diri.. semoga keadaan segera kembali normal. Tapi jangan lupa diri tatkala kebebasan diberikan.. khuatir kita pula dijangkiti dek kerana alpa....
Buat anak-anak ummi... kalian akan mula keluar belajar... jaga diri... jangan selak (over)... semoga Allah melindungi kita semua...
No comments:
Post a Comment