2 Julai nie.. cukup 20 tahun ummi menjadi kakitangan kerajaan. Macam dah lama kan. Tapi bagi ummi, rasa macam sekejap. Jiwa muda tu masih ada😊😊.. walaupun hakikatnya anak-anak dah lebih tinggi dari ummi.
Ummi masih ingat lagi masa mula-mula lapor diri di Johor dulu, ummi, papa dan mama, kami sama-sama ke JB sehari sebelum lapor diri dan keesokkan harinya papa dan mama tinggalkan ummi di pejabat dan mereka kembali ke KL dengan bas.
Adus.. ummi nie spesis mudah meleleh... pastinya waktu itu ada adegan air mata. Mana tidaknya. Ummi tak pernah berenggang dengan mama.. tup tup dihantar bertugas jauh di selatan Malaysia. Pandai-pandai lah ummi urus diri sendiri.
Alhamdulillah.. disana ummi happy.. ada saudara untuk tumpang berteduh.. ada kawan-kawan yang sekepala.. mudah untuk berbicara. Cumanya masa mula-mula disana.. ummi sorang jer pegawai perempuan maka kawan-kawan ummi masa tu semuanya kakak2 pentadbiran.. (rasanya belum ada pegawai perempuan lagi disana masa tu).. selepas ummi masuk baru lah ada 2-3 orang pegawai perempuan joint sama. Itupun setelah hampir setengah setahun ummi disitu.
Sebulan selepas lapor diri... ummi dan beberapa pegawai baru ditugaskan untuk 1 projek lexicon (ummi boleh tulis sebulan sebab pada gambar tu dah siap ada tarikh.. tak boleh nak kelentong.. hehehe). Maka berangkat la kami berlima (4 pegawai 1 pemandu) ke seluruh daerah di Johor. Rasanya tak de bukit yang kami tak naik. Semua dah kami sampai. Macam-macam kami jumpa.. ada tu dengar suara gajah (agaknya nak sambut kami kot.. ekeke).. jumpa ular... tapak kami harimau dan anak-anaknya pun ada (rasanya masa nie ummi jalan tak jejak tanah kot.. sebab terbayang-bayang ibu dan anak-anak nie 😖).. Tapi masa tu badan ummi comel, kalu lari tu masih laju.. boleh main lompat-lompat sambil panjat batu lagi... erm sekarang pun boleh.. tapi lambat la skit.. hehehe... cumanya melompat tu macam sedih skit nak ngaku 😊.. Habis projek tu.. ummi buat projek lain plak.
Kebetulan plak masa tu... ada projek Hidro... dapatlah ummi merasa buat beberapa telaga. Tiga bulan ummi duduk sebelah rig tu sambil rekod sampel tanah. Masa tu... siapa yang jumpa mesti senyum.. sebab muka ummi dah legam. Ummi bujang lagi... tapi dah bertunang. Mujur la tunang ummi masih boleh terima.
Celoteh ummi nie tak cerita pun perkaitan dengan gambar-gambar tu kan?... Gambar pertama & kedua tu.. kami ambil selepas selesai turun dari bukit.. kami rehat dulu sebelum balik. Sebab tu semua pakai selipar tu. Kasut dah ditanggalkan sebab basah kot (rasanya lah).. Sambil-sambil tu senior sedang merancang untuk site keesokannya. Sebabkan kami junior.. banyak yang beliau ajar kami. Dah arwah (En Asbi) dah senior nie.. semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang soleh.. Segala ilmu yang disampaikan akan kami gunakan sebaiknya. Gambar yang ketiga tu plak.. site terakhir sebelum bos kasi cuti. Masa tu tinggal 1 bulan untuk bernikah. Bos cakap... yati.. kamu pergi spa ka.. facial ka.. kasi putihkan muka tu.. dah gelap sangat dah.. nanti gambar tak menarik plak.... hehehe.. bos ummi ni orang kedah.. dia punya loghat memang kaw punya... tapi sporting.. paling best bila dia gelak.. bab menyakat memang no.1 tapi tegas...
Erm.. Semua nie cerita masa ummi bujang dulu.. apa-apa pun semua tu kenangan manis untuk ummi. Sekarang lagi best.. macam-macam cabaran ada. Ummi tetap happy... Tahun ke-20 nie pun buat ummi rasa excited.. harap yang baik-baik yer.. semoga diberikan ilham dan kekuatan untuk terus berkhidmat.
💓💓💓Happy 20th Anniversary ummi.. 💓💓💓
No comments:
Post a Comment