Wednesday, July 1, 2020

Rezeki ....


Ramadhan dah sebulan berlalu.. Aidil Fitri pun dah meningalkan kami. Jujur ummi sangat rindu masa-masa tersebut. 

Bulan Ramadhan baru-baru nie adalah waktu yang amat lapang untuk ummi dan keluarga sama-sama bersahur, berbuka puasa, mengaji  dan solat jemaah. Kami tak terkejar-kejar untuk ke pejabat atau pun menghantar anak ke sekolah. Aktiviti harian kami hanya disekitar rumah sahaja.... cuma ada kala kami berbuka di rumah Ueik... atau masak sama-sama dengan Ueik.

Dan yang lagi menarik.... kerap kali kami terima makanan yang kami tidak tempah. Kata penghantar, makanan tersebut telah dibayar.. ada penghantar yang menyebut nama pembayar.. ada pulak yang tidak. Pada yang tidak tu buat kami tertanya-tanya siapa penghantar makanan tersebut. 

Kami tahu.. nie semua kerja adik Ummi (Iza di Saudi)... mungkin nie cara beliau menghilangkan rasa rindu... beliau sangat rajin bersedekah.... ada sahaja barang keperluan rumah untuk mama dan papa yang beliau hantar. Mungkin inilah yang membuat rezeki Iza sangat murah...

Kadang kala.. ummi juga terima juadah berbuka dari sahabat sepejabat dan jiran-jiran tetangga. Bahagia sungguh rasanya masa tu.. Ada juga yang mengingati kami nie...

Oooo... Ummi rindu....

No comments:

Hari Lahir Anak

 Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...