Thursday, April 23, 2020

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH USTAZ ISMAIL KAMUS


untuk rujukan semua yer.. Ummi copy & paste jer nie..

1. Bangun Malam sekitar jam (2 - 3 pagi) - Mandi dan ambil wuduk
2. Solat Sunah Wudhuk.
3. Solat Sunat Taubat.
4. Solat Sunat Tahajjud (2, 4  ~ 8 rakaat).



5. Solat Sunat Hajat (mohon Allah maqbulkan do'a permintaan kita)
6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.
7. Istighfr ( أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه ) 100X
8. Tahlil ( لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) 300X
9. Baca Doa Nabi Yunus ( لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ ). 40x
10. Tasbih 40x( سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ ) 40X
11. Solat Sunah Fajar (2       raka'at)
12. Solat Subuh (2 raka'at)
13. Baca Yaassin lepas subuh.
14. Solat Sunah Dhuha (2, 4 ~       8 raka'at.
15. Solat Dhuhur.
      - Solat sunah sebelum  ( 2 ~ 4 raka'at )
      - Solat sunah selepas    ( 2 raka'at )
16. Solat Ashar.
       - Solat sunah sebelum  ( 2 raka'at )
17. Solat Maghrib.
       - Solat sunah selepas   ( 2 raka'at )
18. Solat Isya'
       - Solat sunat sebelum   ( 2 raka'at )
       - Solat sunat selepas     ( 2 raka'at )
19. Sebelum tidur baca :
       - Al-Quran
       - surah Al-Mulk
       - surah Sajjadah
       - surah Al-Waqiah
20. Setiap hari mesti 
      sedekah, walaupun sedikit.

“ Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadah."

[Ustaz Ismail Kamus]

## Share ilmu ini utk peringatan kita semua
Ps: kongsi ilmu walau sedikit moga2 yg sedikit ini membawa kita ke syurga Allah S.W.T in shaa Allah Allahuma Aameen!

😘
Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

• Allah akan sibukkan kita 
  dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita
  dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita
  dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita
  dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita
  dengan mencari pengaruh
  pangkat dan kuasa.

• Alangkah ruginya kerana
  kesemuanya itu akan kita
  tinggalkan. Sekiranya kita
  mampu bertanya pada 
  orang-orang yang telah pergi 
  terlebih dahulu menemui 
  Allah SWT dan jika mereka
  diberi peluang untuk hidup
  sekali lagi sudah 
  semestinya mereka memilih
  tidak lagi akan bertarung
  bermati-matian untuk
  merebut dunia.

• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadah kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah ditentukan oleh Allah SWT.

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kendaraan mewah dan rumah besar.

• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk sholat tahajjud.

• Kita cemburu melihat orang lain tukar kendaraan baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

• Kesemua pertanda-tanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak rayakan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesadaran bahwa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi) 🙏

No comments:

Hari Lahir Anak

 Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...