Abaikan muka ummi yang tak semenggah tu.. nampak sangat muka kepenatan ... tudung pun senget..
Tapi disebabkan excited nak jumpa Pokcik... plus Pokcik nak kidnap & bawa jalan-jalan, maka ummi pun rela & serahkan diri... eceh....
Kemana?.. pastinya kami isi minyak (makan la tuh...hahaha).. makan, minum, borak dan gelak sampai sakit gigi . Sedar tak sedar.. sampai 3 jam kami berbual... banyak flashback & cerita semasa kami bincangkan... mana tak nyer, last jumpa pokcik ada kot 2 tahun lepas (baru jer lagi)... erk.. cop, ada la jumpa tahun nie.. masa pokcik mesyuarat kat seremban. Tapi masa tu tak dapat la nak bual panjang sebab jumpa pun dah lewat malam. So kami pun sambung la berbual di JB. Hehehe... jauh kan... Pokcik nie la yang jaga ummi masa ummi mengandungkan auni dulu (16 tahun lepas). Setiap malam dia akan potongkan buah dan suruh ummi makan.. sebab katanya elok untuk baby. Disebabkan masa tu ummi di JB dan ayah di KL, maka pokcik la tempat ummi bermanja (manja ker ummi????... hehhehhe).. dengan perut memboyot, ummi ulang alik JB - KL dengan bas.... syok jugak. Sebab tu auni kuat, plus kulit dia putih dan cantik bersih... anak2 lain?.. ummi buat benda yang sama jugak, tapi masa tu ayah yang jaga.. sebab ummi dah pindah seremban. Banyak kenangan dengan Pokcik nie.. sebab kami bersahabat dari Universiti lagi.
Apa2 pun best kawan dengan dia.. hilang stress sebab gelak memanjang.... Tapi tak tahu la macam mana kami kalau se pejabat satu hari nanti.. hehehe
No comments:
Post a Comment