Sunday, May 7, 2017

check personaliti dengan wangian kesukaan

Tahukah anda bahawa jenis haruman minyak wangi yang anda gemari juga membawa maksud tentang personaliti diri anda? Selalunya orang ramai banyak menjadikan cara berpakaian, cara berkomunikasi, dan apa yang kita lakukan ketika masa lapang dalam mencerminkan diri kita sebenarnya. Namun, dari segi menghidu haruman minyak wangi anda juga boleh mencerminkan personaliti diri kita.

Ketahui jenis haruman minyak wangi yang boleh mencerminkan diri anda yang sebenarnya.

Haruman: Citrus, lemon dan mandarin.

Personaliti: Seorang yang spontan. Anda seorang yang tidak gemar merancang sesuatu yang tidak pasti. Namun anda suka akan sesuatu yang berlaku dalam kehidupan anda seharian dan hanya ambil peluang yang datang dengan tiba-tiba.


Haruman: Floral, segar, dan manis.

Personaliti: Seorang yang romantik. Anda seorang yang suka akan momen yang romantis bersama kekasih atau pasangan anda. Bunga ros, puisi dan nota cinta menjadi kegemaran anda.


Haruman: Bumi, kayu-kayuan dan menusuk.

Personaliti: Anda seorang yang sayang pada alam semulajadi. Anda lebih selesa jika anda berada di luar dan dikelilingi alam semulajadi dan hutan.


Haruman: Haruman yang unik, sofistikasi dan urban.

Personaliti: Anda merupakan seorang yang konfiden pada diri anda. Orang sekeliling anda seakan terpegun apabila melihat anda. Sebarang halangan dan cabaran, anda sanggup tempuhinya dengan keberanian kerana anda seorang yang betul yakin dan konfiden.


Haruman: Haruman yang bersih dan segar.

Personaliti: Anda seorang yang ada semangat kesukanan. Sama ada anda gemar akan ke gim atau anda seorang atlet sukan, anda suka akan melakukan aktiviti-aktiviti kesukanan seperti berlari, dan work-out.

Dipetik dari : http://eh.com.my/artikel/kecantikan/personaliti-diri-melalui-haruman-minyak-wangi/


Ok lah... tu saje je ummi sharekan maklumat tentang perfume dan personaliti yang pakai.. tapi untuk ummi plak.. ummi prefer yang agak keras. Sebab tu ummi suka pakai perfume ayah walaupun ummi ada ummi punya sendiri... tp tengok mood jugak. Ada kala ummi suka pakai yang lembut macam perfume chloe... ayah punya paco rabbane; 1 million.. macam kat bawah nie.. huhuhu.. tp ummi suka jugak pakai perfume nie ..so perfume ayah akan habis dulu.. 

Paco nie jenis spicy... chloe plak jenis floral... so pandai2 la tafsir personaliti ummi yer... korang pun boleh check jugak.. yang penting kita sentiasa wangi dan jangan biarkan masyam tu ada kat badan especially bila dengan pasangan... sebab korang pandai plak nak berwangi bila pergi keje kan.. bila keluar dengan pasangan siap boleh salahkan baju.. konon dah spray tapi sebenarnya haram... sikit pun tak sembur... pastu siap boleh kata baju tu yang tak wangi.. tapi bila pakai baju yang sama ke ofis.. wangi plak.. kan..........


No comments:

Hari Lahir Anak

 Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...