Kerap kali ummi dengar orang-orang Alim kata.. antara kriteria ahli syurga adalah orang yang rumahnya tidak putus-putus dikunjungi oleh orang dan orang yang hidupnya sangat diperlukan oleh orang lain...
Dalam kan maksud dia...
Point 1 : Orang yang rumahnya tidak putus-putus menerima tetamu
Ramai yang selesa dengan apa yang beliau ada. Tak nak berkongsi malah merasa bangga sebab dapat sesuatu hasil usahanya. Orang sebegini kerap rasa apa yang dia ada adalah hasil titik peluhnya sendiri. Bila ada yang memerlukan bantuan cepat dia mengelak.. macam-macam yang ditakutkan.. takut barang pinjaman rosak, takut duit habis.. tak de masa dan macam-macam lagi lah.... tetapi orang yang macam nie, tatkala dia susah.. seboleh mungkin dia nak orang bantu. Kadang kala menggunakan orang lain untuk bantu mereka...
Rugi kan...
Apa kata tukar cara berfikir. Dari rasa semua apa yang kita ada tu adalah milik kita sahaja.. tukar ke apa yang kita ada ini adalah untuk membantu orang lain. Ada kenderaan untuk bawa ibu bapa @ keluarga berjalan-jalan @ ke majlis, jemputan orang ramai atau sebagainya.. ada rumah untuk ditumpangi, untuk dijadikan lokasi berkumpul untuk tujuan majlis ilmu dll... sebab yakin lah makin kerap kita membantu makin murah rezeki kita.
Point 2 : Orang yang hidupnya sangat diperlukan oleh orang lain
Orang sebegini pula kerap didatangi untuk bantuan.. bantuan persekolah anak-anak, bantuan kebajikan, bantuan persatuan.. bantuan recomend sesuatu untuk dapatkan sesuatu dll... walaupun mereka orang biasa-biasa sahaja tapi keihklasan memantu buat orang yang macam nie sentiasa sibuk. Masa untuk rehat kurang tapi mereka puas. Puas tatkala dapat membantu saudara yang pada suatu masa memerlukan bantuan persekolahan anak-anak.. akhirnya dapat dan bila besar anak itu berjaya (nie contoh jer... hehehe).. perasan tak, mereka nie masa untuk berehat di depan tv pun kurang... erm.. cemburunya ummi.
Jom kita ubah... ubah cara fikir.. ubah rasa kita hebat.. ubah sifat kedekut membantu ke rasa hidup kita adalah kepunyaan semua orang.. seboleh mungkin nak bantu semua disekeliling supaya mereka bahagia dan berjaya..
Biarlah masa untuk kita rehat kurang.. nie dunia sahaja.. agar masa berehat di akhirat nanti kita dapat rasa sepuasnya..
Semoga semua orang disekeliling kita bahagia dan berjaya..
(erm.. gambar sekadar hiasan..tapi macam suka jer.. kita parking dulu yer gambar nie.. ada rezeki kita buat mcm nie)
No comments:
Post a Comment