Dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan hiburan ini.. banyak sungguh cabaran yang ibu bapa harus tempuhi. Antaranya adalah cabaran dalam menghasilkan anak-anak soleh...
Siapa yang tak nak kalau anak-anak mereka menjadi seorang alim dalam bidangnya. Acapkali kita berbangga dengan kejayaan anak orang lain. Tapi pernah tak kita merancang untuk kejayaan anak-anak...
Sesetengah ibu bapa membimbing anak.. ada yang membiarkan anak memilih jalan sendiri.. dan macam-macam lagi.
Ada ibu bapa yang mempunyai matlamat.. tapi ada juga yang biar sahaja.. setiap tahun tiada perubahan dan tiada azam sebab tak nak fikir dan tak nak letak target. Kita boleh menyediakan target untuk kerjaya... ye la target untuk siapkan kerja. Kenapa kita tak buat benda yang sama untuk keluarga....?
Buatlah azam untuk anak-anak.. jangan biarkan mereka lalai... ayah ummi pernah cakap.. untuk melihat anak berjaya, ayah dan ibu kena banyak bekorban.. korbankan masa rehat dan masa berhibur untuk bersama-sama anak mengulangkaji pelajaran setiap hari. Wujudkan masa untuk lihat perkembangan anak-anak ini.. jangan harapkan cikgu di sekolah sahaja. Check beg mereka... wujudkan jadual waktu ulangkaji.. dan bermacam lagi...
Mungkin kita penat dan letih sebab baru balik kerja... tapi penat ini akan hilang setelah kita lihat kejayaan anak-anak kita nanti... waktu anak-anak membesar sangat singkat... sebaik sahaja mereka membesar.. rehat lah... berhiburlah.... masa itu kita akan rasa amanah yang Allah berikan dah kita laksanakan.. tinggal untuk pantau sahaja...
Oleh itu... kepada ibu bapa soleh solehah sekalian.. berusahalah membimbing anak... peti tv tu dan hp tu letakkan ditepi seketika... macam mana kita boleh fokus bila bersama kawan tanpa ada hp di tangan.. macam tu jugalah fokus kita pada anak-anak... sebab mereka nie mengikut segala tingkah laku kita... kalau baik perbuatan kita.. Insya Allah baik lah anak-anak ini...
Jangan kelak kita salahkan anak-anak atas kegagalan mereka.. sebab kegagalan kita membimbing mereka... dek terlampau asyik dengan tv dan hp tu.. anak-anak terabai...
Semoga memberi inspirasi buat ummi......
No comments:
Post a Comment