Wednesday, December 27, 2017

Adik.....

Alhamdulillah... adik-adik ummi lebih berjaya dari ummi. Tak per... tak perlu cemburu atas kejayaan mereka. Bersyukur dan jadikan mereka idola kita.. yup.. idola untuk lebih terus berjaya.

Ummi masih ingat.. papa selalu berpesan pada ummi untuk jadi contoh buat adik-adik. Setiap kali papa mama datang ziarah ummi di UKM.. itulah pesan papa..

Ayat nyer simple..

'Atie... awak anak sulung.. belajar rajin-rajin.. dan jadi contoh untuk adik-adik"

Alhamdulillah.. ummi berjaya menjadi pencetus.. bukan contoh.. sebab adik-adik ummi berjaya dari ummi... ummi hanya pembuka ruang untuk adik-adik ummi lihat apa itu universiti.. sebab masa mereka kecil.. mereka selalu ziarah ummi di sana...

dan kini.. adik-adik ummi berkali-kali masuk universiti.. malah ada yang menetap terus dalam U tu untuk berkhidmat.. hehehhe

Apa-apa pun ummi bersyukur kerana mereka berjaya...


Yang ini adik kedua... kami baru tahu rupa-rupanya dia pernah berniat untuk keluar di kaca TV... dan nie adalah kali ke 3 dia bersiaran.. tahniah Ain..


Adik ketiga dan ke empat plak ada cerita masing-masing... nanti kita sambung yer...


Sunday, December 24, 2017

Anak Soleh dilanda Demam Campak....


Terkejut ummi bila dapat tahu yang uzayr kena demam campak. Cepat nyer... Agaknya macam mana la nak uruskan adik nie... especially masa dia gatal...

Tapi Alhamdulillah.. kebetulan ummi  dapat cuti kuaratin selama 5 hari.. boleh la ummi tengokkan adik...  


Wednesday, November 22, 2017

Bukan Rezeki....

Cuti sekolah pun dah hampir... esok merupakan hari terakhir anak-anak di sekolah. Ibu bapa pun akan rasa tenang tanpa perlu kelam kabut uruskan menghantar dan menjemput anak.... Perancangan cuti pun dah dibuat...

Yey.... ummi pun suka.. sebab tak kehulu kehilir lagi... anak-anak di Rembau pun semua balik.. so ummi boleh la bersenang-senang hujung minggu....

Dalam syok fikir pasal cuti tetiba ummi terjumpa nota Khayra dalam diari ummi... erm.. terus rasa sayu.. anak-anak nie dah semangat nak bermusafir. Perancangan pergi dan balik pun dah dicatit... tapi tuhan jer yang tahu.. kami tidak direzekikan ke sana. Email tentang harga tiket kapal terbang pun dah tamat semalam.. Ummi siap terima ucapan terima kasih sebab menggunakan perkhidmatan mereka...


Dan sekali lagi ummi sedih bila ramai yang mengupdate facebook masing-masing tentang perjalanan ke tanah suci.... bukan salah dia orang pun... itu rezeki mereka...

Tak per la.. mungkin ada masa lain yang terbaik buat anak-anak nie... dan mungkin cuti sekolah nie ummi kena penuhkan dengan aktiviti ulang kaji pelajaran... erm.. nampak zalim sebab tak bagi anak cuti.. tapi ianya berjadual. Ada masa kita cuti.. ada masa kita ulangkaji..

Yang penting auni kena buktikan yang terbaik untuk PT3 dan Aira juga akan buat yang tebaik utk UPSR..

dan yang penting... niat untuk melihat anak berjaya tu ada... macam tu juga niat untuk menggembirakan mereka.. erm.. lepas nie mana sahaja ummi pergi ummi nak mereka ada bersama ummi.. biarpun apa jadi.. sebab Allah tahu.. kalau kita berniat baik dengan keluarga.. akan murah rezeki kita 

Tuesday, November 21, 2017

Tahniah Aira....


Alhamdulillah... Aira dah berusaha dengan sehabis mungkin... maka keputusan Aira pun baik dari sebelum sebelum nie... 

Gambar nie ummi ambil masa Aira terima Slip Keputusan... Aira nampak happy sangat.. tapi bila semua dah diumumkan Aira menangis... mungkin dia perasan ada kawan-kawan dia yang dapat semua A...


Tengok tu ada Jaiid Jiddan kat bawah keputusan Aira... Alhamdulillah.. Aira tidak pernah dapat keputusan sebaik ini sebelum nie... macam-macam gred ada... Tapi dengan keputusan nie.. nampak yang usaha Aira selama nie tak sia-sia... yang ummi perasan.. masa nie Aira masih kena diingatkan lagi.. jadinya lepas nie Aira mesti berusaha lebih lagi untuk UPSR.. 

Ummi tahu Aira boleh... so... good luck.. semoga Aira terus cemerlang...

UPSR 6A untuk Aira...




Wednesday, November 8, 2017

Arikel bagus untuk rujukan ibu bapa


Ummi sokong perkara ini....

Sebab dari dulu ummi dah dibiasakan dengan makanan yang baik-baik.. ummi ingat sampai sekarang, papa (atok) sehabis mungkin mencari ayam dara (ayam yang belum dewasa) untuk diberi kami makan... ada sesetengah orang perlekehkan usaha dia.. tapi dia tetap mencari. Pantang dia kenal orang pelihara ayam.. mesti dia beli ayam dara nie... Katanya ayam nie elok untuk perkembangan otak anak-anak.. so.. setiap kali dia beli ueik mesti buatkan sup untuk kami.... dan Alhamdulillah.. sekarang baru kami nampak hasilnya... dan sekarang dah mula ada peniaga membuka kedai makan yang menjual ayam dara nie....

Itu bab makanan.....

Begitu juga dengan persekitaran... sediakanlah persekitaran yang baik untuk anak-anak... elakkan perselisihan faham di depan mereka.... dan jangan menjatuhkan antara satu sama lain. Pilihlah rancangan tv yang bersesuaikan... kurangkan mendedahkan anak-anak ini dengan rancangan drama cinta cintu dan ganas yang pastinya tak de manfaat buat mereka.

Erm.....Sejak astro buat rancangan percuma nie... banyak sebenarnya cerita yang baik-baik.. baru-baru nie ummi terjumpa satu dokumentari yang dijadikan drama, cerita tentang macam mana Henry Ford mula-mula keluarkan kereta ... cerita nie ada dalam channel History... agak menarik... tapi sebab dah lewat malam.. ummi pun tidur..

Macam tu juga kalau inginkan anak menjadi hafiz .... tak kan dengan harapkan sekolah ... mestilah didikan dari ibu ayah...

Oklah.. rasanya macam ummi membebel untuk diri sendiri...

Apa kata kita ubah... nak anak berjaya.. kita lah yang kena didik mereka (ajar mereka, sama-sama ulang kaji.. bukan suruh jer anak belajar pastu kita terbongkang tengok tv sebelah meja study anak tu. memang pakat tak masuk la apa yang diulangkaji).. nak jadikan anak hafiz & hafizah.. pastikan banyak mengaji di rumah.... solat berjemaah sama-sama....

Buat dulu yang nie.... nanti kita tambah lagi.. tau ummi... heheheh

Thursday, November 2, 2017

Nota....

Ini antara petikan yang ummi dapat.. jom kita baca....

Kredit kepada https://www.thevocket.com/3-jam-tan-sri-ali-hashim/



3 Jam Bersama Tan Sri Ali Hashim, Saya Belajar Benda Penting Ini Tentang Bisnes

Diam-diam saya menyimpan hasrat berjumpa dua orang tokoh korporat. Tan Sri Muhammad Ali Hashim adalah seorang daripadanya.

Cerita tentang beliau yang bijak dan berani menjadikan saya berkata sendiri, alangkah seronok andai dapat mencuri sedikit ilmu yang tersimpan di dadanya.

Tanpa diduga, peluang bertemu 4 mata datang mengetuk pintu.

Terus sahaja saya berkata, “Ya!”, setelah disoal jika mahu bertemu Tan Sri.

Buat mereka yang belum mengenali Tan Sri, beliau adalah mantan CEO Johor Corporation. Johor Corporation yang gah dan kaya raya berkembang di bawah pimpinan Tan Sri, sehingga mampu memiliki 280 buah anak syarikat dengan aset berjumlah RM14 bilion pada tahun 2009.

Keberanian beliau membeli jenama dan syarikat ayam goreng antarabangsa, KFC pada tahun 2006 melalui anak syarikat, Kulim (Malaysia) Bhd adalah sesuatu yang membanggakan.

Ketokohan Tan Sri sekali lagi terserlah di media apabila beliau bangkit melawan agar jenama KFC kekal di bawah Johor Corporation walaupun ketika itu terdapat campur tangan politik yang ingin menjual jenama berkenaan demi keuntungan segera.

Pertemuan pertama

Di bawah cahaya kuning restoran makanan Johor bernama Fickles itu, saya berjabat tangan bersama Cik Roziyah yang mengatur pertemuan kami.

Tidak berapa lama kemudian Tan Sri sampai bersama-sama orang kanannya, Hafiz dan anak perempuannnya, Alia.

Kami melabuhkan punggung di atas kerusi makan sambil berkenal-kenalan. Bau laksa Johor memenuhi ruang, lalu Tan Sri menjemput agar memesan makanan.

Buka sahaja mulut, Tan Sri mula bercerita.

Orang Melayu tidak minat bisnes

TAN SRI ALI HASHIM BERSAMA RAKAN KONGSI BELIAU, HAFIZ.

“Alhamdulillah saya melalui pengalaman bisnes selama 28 tahun selaku Ketua Pegawai Operasi (CEO) sebuah GLC di Johor, Johor Corporation. Johor Corporation bermula sebagai Perbadanan Ekonomi Negeri Johor ditubuhkan pada 1970.

“Saya menjadi CEO pada Januari 1982 dan berhenti pada Julai 2010. Selama 28 tahun, Alhamdulillah, Johor Corporation berkembang, diiktiraf sebagai sebuah badan korporat, GLC yang diterajui oleh warganegara Malaysia berketurunan Melayu.

“Kenapa saya kena tekankan itu? Kerana orang Melayu ini tak ramai dalam bisnes.

“Kenapa tak ramai dalam bisnes? Kerana ada yang tak minat bisnes. Ada juga yang membawa sikap, seolah-olah anti bisnes.

“Kenapa anti-bisnes? Mungkin ada ibu bapa, guru-guru, ustaz, penceramah, pendakwah yang kadang-kadang mempengaruhi kita dengan mengatakan bisnes ini duniawi. Materialistik. Mudah memesongkan akidah. Mudah membuat kita lupa diri. Lebih mengutamakan dunia berbanding akhirat.

“Saya faham kenapa ada ustaz, ulamak atau ibu bapa berfikir begitu.

“Sebab kalau kita lihat hari ini (cara sesetengah) orang buat bisnes, kita ikut sahaja cara semua orang buat bisnes. Kita tak boleh salahkan mereka kalau mereka memilih dengan kaedah, cara, pilihan bisnes yang bertentangan dengan nilai Islam atau akidah kita (seperti riba’ dan sebagainya). Kerana mereka bukan Islam.

“Keduanya, kerana tiada kaedah sendiri, ada yang mempercayai cara sesetengah (orang bisnes) yang berkata bisnes ini kena menipu, kalau tidak, susah kaya. Kita lihat banyak berlaku.

“Jadi, apabila ibu bapa, ustaz-ustaz, ulamak melihat perkara sebegini, ianya jadi perkara yang merosakkan. Mereka melihat kiri kanan bisnes dijalankan sebegitu. Jadi wajarlah dia berkata bisnes itu boleh merosakkan akidah.

“Saya pun sebagai seorang bapa, tidak mahu anak masuk bisnes, kalau bisnes itu merosakkan akidah. Cuma soalnya sekarang, bagaimana menjadikan anak-anak kita mendekati bisnes tetapi dengan kaedah yang tidak merosakkan.

“Itu kita kena ada gagasan baru.”

Bisnes dalam sejarah Islam

“Sebagai orang Islam, kita kena berbisnes untuk maju.

“Pertamanya, kerana ramai tidak berbisnes.

“Keduanya, ada yang masuk bisnes mengikut cara yang tidak sepatutnya. Ada yang bergelumang dengan riba’, tidak sensitif isu halal haram, tak ambil kira ayam disembelih betul atau tidak, ada yang mengambil jalan ringkas untuk cepat untung. Ada juga ahli korporat yang lebih keparat daripada korporat. Korupsi, rasuah, menipu.

“Jadi disebabkan itu ramai yang tidak suka bisnes. Ada yang anti bisnes. Ini bahaya.

“Sebab Rasulullah S.A.W. dalam satu hadis besar berkata 9/10 rezeki adalah daripada bisnes. Jadi kalau kita terus meragui bisnes, anti bisnes, tak dapat kita 9/10.

“Orang Melayu, orang Islam lupa bisnes ini adalah satu sunnah besar Rasulullah S.A.W. Hari ini ramai yang berebut-rebut tiru nak menyempurnakan sunnah Rasulullah. Ini bagus.

“Antara sunnah yang paling besar, 25 tahun sebelum Baginda diangkat menjadi Rasul, Baginda terlibat dalam bisnes.

“Dan saya kaji sejarah ini, ramai ulamak mengatakan, Rasulullah S.A.W mendapat pengiktirafan sebagai al-Amin. Terutama kerana Baginda buktikan amanah dalam berbisnes. Modal pelabur Baginda lipat gandakan. Baginda tidak sentuh apa yang bukan hak Baginda.

“Malah Baginda niagakan dengan baik sehingga berlipat ganda untung. Sehingga akhirnya antara salah seorang yang membekalkan modal kepada Baginda, Saidatina Khadijah terus menjadi isteri. Oleh kerana amanah.

“Kita banyak lupan tentang hal ini. Ini sebenarnya yang banyak beri kekuatan kepada Islam pada peringkat awalnya. Rasulullah berniaga, sahabat-sahabat Baginda pun berniaga.

“Ada ulamak menyatakan daripada 10 orang sahabat yang dijanjikan syurga, 6 daripadanya kaya raya, senang, kerana sumber pendapatan mereka daripada bisnes. Ada juga yang susah ketika hijrah tetapi kemudian senang semula.

Jihad bisnes

“Apa pendapat Tan Sri tentang sekarang orang muda bisnes kecil-kecil, bisnes online, bisnes jalanan?” tanya saya.

“Tiada masalah,” jawab Tan Sri.

“Bisnes ini alat untuk menjana harta kekayaan. Seperti pisau, ianya neutral. Nak potong timun, sengkuang untuk buat rojak, boleh. Nak buat jahat, potong rantai orang, boleh. Apa yang penting di dalam hati.

“Dalam bisnes, apa pegangan kita?”

“Saya yakin, orang muda, Melayu oleh kerana berpegang kuat kepada Islam, nak akhirat, bukan setakat dunia sahaja, malangnya menyebabkan ia menjauhi bisnes.

“Sebab tengok kiri kanan buat bisnes macam ‘itu’. Yang kaya raya pun merompak menyamun ikut cara halus, cara besar. Jadi kaya. Cara ‘profesional’ pun ada di atas tu.

“Dengan kroninya, dengan korupsinya. Seolah-olah bagi kita, ini bahayanya.

“Hari ini, kita belum ada model atau ikon yang betul-betul boleh kita banggakan. Kalau ada, tidak ramai.

“Kenapa nak dianjurkan jihad sebagai dasar asas berniaga?

1. Kita nak ramaikan lagi orang bisnes berlandaskan Islam.

2. Elakkan yang korupsi dan rakus.

3. Bila ramai berbisnes dengan nilai Islam, dia akan berzakat, sedeqah, waqaf, infak dan jariah. Kalau bisnes tu berniat jihad, maka semua ini akan dibuat.

“Bisnes ini seterusnya besok akan menjaga masyarakat. Bukan lagi bergantung kepada mereka yang rakus dan rasuah.

“Yang tidak kurang penting, kita nak meramaikan orang soleh, yang tegap imannya, akidahnya masuk bisnes.

“Hari ini mereka menjauhi bisnes kerana tidak faham bisnes boleh buat banyak benda positif. Selagi tidak ramai orang soleh, orang beriman, kuat pegangan agama masuk bisnes, selagi itu bisnes akan korup.

“Bagaimana kaedah nak menggalakkan orang soleh masuk bisnes? Tidak segan mengajak anak saudara, anak, cucu, ahli keluarga berbisnes?

“Kena ada konsep baru dan fahaman baru tentang bisnes. Inilah yang dianjurkan oleh Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM). Saya dari DPIM. Supaya jadikan bisnes itu satu cabang jihad. Sebagai satu jihad.

“Kenapa dikaitkan dengan jihad? Jihad ini selalunya perang? Ini fahaman biasa.

“Tetapi orang Islam tahu jihad itu bukan hanya perang. Jihad melawan hawa nafsu. Jihad melakukan yang terbaik dalam apa jua bidang kita. Boleh diaplikasi dalam bidang masing-masing.

“Kalau berjihad, maknanya ia beri semangat kekuatan. Jihad, kalau dalam perang, sampai mati pun sanggup. Dalam bisnes, kalau jatuh, bangun. Tidak mengenal kalah. Tidak mengenal penat lelah.
“Kerana dia tahu bila dia berjaya esok, dia boleh berwaqaf, berinfak, berzakat. Tolong orang miskin.

Selamatkan orang Islam.

Bagaimana untuk kekal atas jalan jihad bisnes?

“Tan Sri, bagaimana hendak tahu apa yang kita buat adalah jihad bisnes. Bagaimana hendak tahu kita tidak tersasar?” soalan saya kepada Tan Sri.

“Pertamanya, kena faham apa itu halal haram, kena ada ilmu tentang perkara ini. Kita boleh dengar ceramah, tazkirah, seminar, kelas. Atau kita boleh Google untuk baca tentang halal haram. Yang penting, kita faham tentang sempadan dalam bisnes.

“Dalam Islam, yang haram itu sedikit sahaja. 90% atau lebih perkara tidak menghalang kita untuk berjaya dalam bisnes.

“Sekarang sudah ada bukti kita boleh berjaya tanpa melanggar halal haram. Sebagai seorang muslim, lagi ditekankan tentang halal, insyaAllah lagi besar baraqah yang didapati.

“Sebagai contoh, kalau sesebuah restoran diragui halalnya, agak susah untuk dia berjaya. Restoran yang diyakini halal, masyarakat akan menggunakan undi ringgit membantu.

“Dalam demokrasi, kita mempunyai kedua-dua undi politik dan undi ringgit.

“Undi ringgit, setiap hari berada dalam tangan kita. Gunakannya untuk membeli barangan halal khasnya daripada pengusaha Muslim. Apabila digunakan dengan betul, ianya boleh membina kekuatan ekonomi.

“Pada masa yang sama, kena yakin orang berniaga itu bukan rakus, merosakkan, atau menipu.
“Walaupun tidak ditulis di dahi atau di baju tentang jihad bisnes, pelanggan tetap akan tahu.
“Peniaga yang berjihad, produk dan khidmat yang diberikan mestilah yang terbaik. Ikut landasan bisnes yang betul dan landasan Islam. Pastikan produk halal, tayyiban dan suci.

“Tanggungjawab terletak pada peniaga sendiri. Dia sendiri kena tentukan barang yang dijual halal. Tidak bergelumang dengan riba’, korupsi. Tidak rakus, tiada kroni dan tiada unsur-unsur negatif.
“Apabila ekonomi sudah dikuasai, kuasa politik lebih senang datang. Apabila sudah punya kuasa ekonomi, politik tidak bersatu pun tiada masalah.

“Sebagai contoh, Perdana Menteri Israel tidak mempunyai majoriti pun dalam parlimen. Mereka bergaduh tidak habis. Tetapi apabila Arab mahu sentuh mereka, tidak boleh. Ini kerana ekonomi, bisnes, mereka bersatu. Polis dan tentera mereka kuat. Kukuh.

“Ahli politik kita tidak habis-habis suruh kita bersatu padu. Tetapi, perpaduan itu sebenarnya datang hasil daripada apa yang kita usahakan.

“Selagi kita korup, tak adil, zalim, dan saling aniaya satu sama lain, orang tidak akan percaya kepada kita. Apabila tidak percaya, bagaimana hendak bersatu padu.

“Jangan harap orang politik hendak perbaiki perpaduan selagi sistem ekonomi kita tidak diperbaiki.
“Apabila kita sudah ke depan, ekonomi naik, pendapatan naik dan tidak bergantung hidup pada orang lain lagi, insyaAllah iman di dada akan melorong kita ke depan.

Budaya berjangkit

Ingin tahu, saya menambah soalan, “Di Malaysia ramaikah orang bisnes besar-besar yang jujur?”
Tanpa menunggu, Tan Sri menjelaskan, “InsyaAllah, saya yakin ada. Tapi kena buat kaji selidiklah.

Saya yakin ada.”

“Ini bukan apa. Ini macam budaya. Ia berjangkit.”

“Bila ramai tengok, eh orang ni kaya sebab kenal orang politik. Yang aku kerja kuat ni buat apa. Orang boleh dapat Dato’ Sri dengan bayar duit. Yang aku bertungkus lumus buat apa?”
“Kita kena ubah supaya orang bisnes yang benar-benar bagus boleh dijadikan ikon. Jadi sesiapa (ahli bisnes baik) yang suka bersendiri, kita kena ketengahkan.

Jangan takut

“Pesan saya satu, jangan takut gagal. Kegagalan itu asam garam berbisnes.

“Amerika adalah satu negara yang sangat maju. Salah satu terhebat, mungkin yang paling hebat dalam bisnes. Atas sebab itulah mereka kaya raya. Di Amerika sekalipun, perangkaan menunjukkan, 4 daripada 5 mereka yang baru berniaga akan gagal dalam 5 tahun pertama. Maknanya ianya perkara biasa.

“Amerika yang 4 daripada 5 pun gagal, bagaimana mereka boleh jadi negara kaya? Ini kerana 4 yang gagal ini masuk balik ke dalam dunia bisnes.

“Dia berusaha, belajar semula. Katanya, aku gagal mungkin kerana aku tertipu. Mungkin aku tak pandai mengurus wang. Mungkin aku terpedaya.

“Dari kegagalan itu kita belajar hikmah baru. Jadi kita elak.

“Rasulullah pun ada sebut. Orang Islam tidak akan masuk lubang ular 2 kali. Carilah hikmah dari kegagalan.




Tan Sri Ali Hashim... perginya tak kembali


Petang Selasa yang lepas... dalam perjalanan ummi dan anak-anak kembali ke rumah. Kami dapat maklumat yang Tan Sri telah kembali ke rahmatullah...

Apa kaitan beliau dengan kami????

Untuk ummi... dia hanyalah salah  seorang idola ummi... seorang tokoh korporat yang berjaya dan banyak memberi sumbangan kepada negara...

Tapi untuk papa...

Dia adalah rakan sekolej masa mereka sama-sama di English College Johor Bahru....  Katanya arwah tidur di sebelah katil papa... erm.. banyak papa cerita pasal arwah nie.. antaranya.. dulu dia paling pandai main guitar, belajar tu off course la pandai.. Zaman-zaman dulu kalau dapat masuk kolej macam nie.. memang orang pandai-pandai...

Cumanya... masa dimaklumkan pasal perginya arwah nie.. papa senyap... dia hanya ceritakan yang baik-baik pasal arwah.. dan lepas 2 hari.. dia minta ummi dapatkan artikel tentang arwah. Ummi tahu.. papa kerap jumpa arwah dahulu. Especially pasal business dan satu lagi.. arwah nie suka menyumbang... cakap apa sahaja.. akan ada sumbangan dari beliau...

Apa-apa pun.. semoga beliau bersama orang-orang soleh...

Pemergian beliau meninggalkan banyak kebaikan pada orang ramai.... agaknya bagaimana pula dengan kita yer... semoga kita semua pun ada memberi sumbangan yang terbaik buat islam dan dapat bersama-sama menetap di dalam syurga satu hari nanti...

Nanti ummi sharekan artikel yang ummi dah jumpa yer...

Wednesday, October 25, 2017

Ada iras la plak...


Wah... baru ummi tahu yang kakak nie ada iras ummi...

Rasanya macam kakak lebih ikut muka ayah.... atau ayah dan ummi ada iras... tapi tak perasan.... kan...


cuma.. yang bezanya ... kulit ummi lebih gelap dari ayah.. nge nge nge....

nasib ayah nak kat ummi.... dan yang pasti anak-anak semuanya cerah-cerah belaka....

huhuhu

Tuesday, October 24, 2017

Kasi cantik itu rumah....


Adus tenang nyer..... 

nanti kita buat macam nie yer..... 

Anak-anak dah janji dengan ummi untuk belajar rajin-rajin dan rajin kemas rumah..... Ummi pun dah perasan yang kalian memang boleh buat...

So.. cuti sekolah nanti kita kejekan rumah kita yer...

Insha Allah.....

Sunday, October 15, 2017

Sana... sini.. situ


Anak nie akan menjerit sekuat hati bila ayah tak de di sisi.... suaranya macam nak marah.. tapi bila ada sahutan dari ayah terus dia senget.... erm.... boleh tahan boy sorang nie....


Dalam kereta pun dia tak moh duduk di kerusi.. rela dia duduk kat tempat letak tangan tuh... bertuah kan... 

Untung jadi adik...

Tapi sekarang tak boleh panggil baby.. sebab dia dah cakap dia abam... hahahaha..

Ini buka abam yang ada adik tau.. nie abam sebab dah besar. 


Sempat lagi adik menyelit masa ayah packing barang... Dia tak buat apa pun. Dapat pegang kain ayah pun jadi lah...

Cuma pesan adik...

Ayah.. nanti balik yer.....

Sunday, August 13, 2017

Pesan Ummi.....


Duduk berjauhan dah memang jadi perkara biasa buat ummi. Dari mula kami berkahwin sampai lah sekarang. Cuma bezanya tempoh masa tu dulunya sekejap... paling lama pun sebulan sekali pasti ayah balik. Tapi sekarang 3 bulan sekali..

Erm.. bila fikir balik, ramai jer yang duduk jauh macam ummi nie... mungkin pada mulanya agak kekok sebab serba serbi kena uruskan.. harap-harap bila dah lama nanti ok la... 

Cumanya.. pohon doakan ummi kuat dan sihat. Kesian jugak kat anak-anak, bila ummi letih, mesti korang kena marah. Tapi yang ummi pasti.. boleh jer ummi buat semua tu ... kalau tak dulu semua harap ayah. Manja ker ummi???... tak kot.. ayah pun tahu, ummi lebih suka buat sendiri dari harap orang. Kang tak jadi kang.. tak pasal buat keje dua kali..

Tapi bila ayah balik, ummi nak rehat plak.. biar ayah buat semua.. hahahahha.. aci kan...

Sebab ummi nak pergi rehatkan badan... nak pergi spa... nak buat facial... nak urut-urut... bleh kan????? plus semua tu ayah sponsor... hoyeyyyyyyy..

Oklah.. tu jer ummi nak pesan kat ayah...

nge nge nge.....

bubai....

Friday, August 11, 2017

Mengaji vs bersilat......

Bila ada masa lapang... ayah akan mengajar anak-anak mengaji... termasuk la yang si kecil tuh.

Tapi dia bukan nak mula dari muqaddam.. dia nak terus pakai AlQuran... tapi belajarnya ikut mood..

Masa nie mood agak baik.. boleh duduk dan mengaji lagi..


Dah mula bosan.. dia pun akan bangkit dan bersilat dengan ayah...



Dah penat bersilat... dia pun duduk sambung mengaji...


ummi tak boleh nak cakap apa.. nak gelak pun ada... 

yang pasti confident adik tinggi.. tak moh start dari rendah.. tup tup dah pakai baca Quran...

Hahahah... semoga hafiz nie akan terus berjaya dunia akhirat... hehehehe

Monday, August 7, 2017

Jalan-jalan Cari makan


Huh.. dah lama ummi tak makan dengan ayah. Masa ayah ada kat Malaysia, boleh dikatakan pagi petang siang malam kami makan nasi. Tu yang buat masing-masing ada spare tyre..

Gambar kat atas nie masa kami makan di Nasi Kandar Lawood.. antara tempat yang menjadi favourite ayah... kuah tu plak mmg perangai ummi. Nak makan mesti kuah lebih.. bagi banjir (walaupun tahu.. ini semua lah penyumbang kepada kegemukkan)... huhuhu.. Kami pergi masa ayah jemput ummi balik di UKM.. ada kala kedai nie buka.. ada kala tutup. Bila tutup tu mmg akan ada kekecewaan sikit, sebab tak tahu kat mana  tempat makan yang best kat nilai nie..

Tapi sekarang ayah dah makan nasi 1 kali sehari jer... adus.. memang mencabar ummi sungguh-sungguh. Plus berat ayah pun dah kurang 20 kg... lagi pengsan ummi dengar. Anak-anak pun tak percaya.

Nah.. meh tengok gambar nie.. baju yang sama, tapi bahunya dah mengelebeh...

Seluar pun nampak dah macam pinjam.. huhuhu..


Kan... ummi sangat jelous...


Wednesday, August 2, 2017

ce karang skit...


Dua beradik nie pantang jumpa... bila berjumpa jer mesti bergaduh. Tapi kalau tak jumpa mencari pulak.Uzayr plak tu.. hanya tahu nama kak alynn jer.. yang lain pun dipanggilnya kak alynn... mungkin sebab nama tu kot yang selalu di sebut.

Tengah-tengah syok ummi membelek hp.. terjumpa plak gambar nie.. erm.. kita buat karangan la pasal gambar nie... apa ek..

Agaknya ;

Alynn nak ajak adik dia buat muka paling comot

atau... nak tengok hidung sape paling besar

atau.. kita buat jer apa-apa muka sebab kita dah tak de keje.....

hahaha...



bye...

Happy Anniversary Abang.......


Alhamdulillah dah masuk tahun ke 15 perkahwinan kami...macam-macam dah kita tempuh bersama.. suka duka, senang susah, merajuk.. tak kawan.. dan macam-macam lagi.....

Tapi semua ini menyebabkan kita makin matang, makin faham perasaan kita...


Untuk abang...

Terima kasih kerana terus mempercayai ati.. terima kasih juga atas budi baik abang, tunjuk ajar abang kepada kami, menjadi pemimpin kepada kami dan yang pasti kasih sayang yang sentiasa abang bagi kepada kami... tindak tanduk abang jadi ikutan anak-anak.. sekarang mereka sangat menghormati ati, sebagaimana yang selalu abang buat. Dalam apa sahaja keadaan, anak-anak akan dahului ati, macam mana abang selalu ingatkan mereka agar sentiasa ingat pada ummi....



Terima kasih juga atas hadiah ini... macam tak nak makan jer.. kita makan sama-sama hujung bulan 9 nanti ek..

Cekelat nie tak basi kan... hehehehe


Semoga hubungan kita akan terus diberkati Allah...

Terima kasih sekali lagi atas segalanya... harap sangat dapat berjumpa selalu macam dulu...

Take care abang.. luv u so much...

Thursday, June 8, 2017

Kisah Bidadari Tercantik di Surga ''Ainul Mardhiah''

Sejak kebelakangan ini.. anak-anak ummi gemar mendengar lagu Ainul Mardhiah.. ada antara mereka yang bertanya siapakah beliau.. nah...

ummi copy cerita ini untuk bacaan kalian...

semoga anak-anak ummi dan ayah akan bersama beliau di syurga nanti...


Di suatu pagi di bulan Ramadhan, Nabi sedang menyampaikan targhib (semangat buat berjihad) kepada pasukan Islam. Nabi pun bersabda, "Sesungguhnya orang yang meninggal syahid karna Allah, maka Allah akan memberikannya Ainul Mardhiah, bidadari paling cantik di surga ". 

Salah satu sahabat nabi yg masih muda belia yg mendengar penjelasan itu menjadi bertanya-tanya. Namun, karena malu kepada Nabi dan  sahabat-teman lain, sahabat ini tak jadi mencari informasi lebih dalam tentang Ainul Mardhiah.

Ketika waktu menjelang Zuhur. sesuai sunah Rasul, para sahabat dipersilakan buat tidur sejenak sebelum berangkat perang. Bersama rombongan yang lain, sahabat ini juga tidur terlelap dan  bahkan bermimpi.

Didalam mimpinya itu dia berada di daerah yg sangat indah  yang belum pernah dia kunjungi sebelumnya. Dia juga bertemu dengan seseorang wanita yg sangat cantik yang belum pernah dilihatnya.

Dia lalu bertanya kepada gadis cantik   tadi, "di manakah ini?".

"Inilah Syurga.", jawab gadis cantik itu.
Lalu sahabat ini bertanya lagi, "Apakah kamu Ainul Mardhiah?".

"Bukan, saya bukan Ainul Mardhiah. Jikalau Anda ingin bertemu dengan Ainul Mardhiah, dia sedang beristirahat di bawah pohon yang rindang itu."

Sahabat itu pergi ke tempat yang tunjuk dan dia berjumpa dengan seorang perempuan   yg kecantikannya berkali-kali lipat dibanding perempuan   pertama yang dia temui.
"Apakah kamu Ainul Mardhiah ?"
"Bukan, saya  ini penjaganya. Bila Anda ingin bertemunya disanalah singgasananya."

lalu sahabat ini pun pergi ke singgasana tersebut dan  sampailah ke suatu mahligai. Didapatinya seseorang wanita yg kecantikannya berlipat-lipat dibanding perempuan   sebelumnya yg sedang mengelap-ngelap perhiasan. Teman ini pun memberanikan diri buat bertanya.

"Apakah kamu Ainul Mardhiah?"

"Bukan, aku bukan Ainul Mardhiah. Aku  penjaganya di mahligai ini. Bila Anda ingin menemuinya, temuilah ia di mahligai itu."

Pemuda itu pun pergi dan  sampailah dia ke mahligai indah yang ditunjukkan. Dilihatnya seorang perempuan   yg kecantikannya berlipat-lipat dibandingkan perempuan   sebelumnya serta sangat pemalu. Pemuda itu pun bertanya.

"Apakah kamu Ainul Mardhiah ?"
"Ya, betul saya Ainul Mardhiah"
Pemuda itu ingin mendekat, namun Ainul Mardhiah menghindar dan  mengatakan , "kamu bukan seorang yang mati syahid."

Saat itu juga pemuda tersebut bangun dari mimpinya. Dia pun menceritakan mimpinya ini kepada seorang sahabat kepercayaannya yg dimohonkan buat merahasiakan mimpinya sampai ia tewas syahid.

Komando jihad pun bergemuruh. Sahabat ini pun dengan semangatnya berjihad agar bisa bertemu dengan bidadari Ainul Mardhiah. Dia pun akhirnya meninggal  syahid.

Di petang hari waktu buka puasa, sahabatnya tadi menceritakan mimpi sahabat yang meninggal  syahid ini kepada Nabi. Nabi pun membenarkan mimpi teman muda ini serta Nabi bersabda, "sekarang ia berbahagia bersama Ainul Mardhiah ".

Tuesday, June 6, 2017

Abang Dammam..


Alhamdulillah.. dapat jumpa muka pun jadi lah..

Berbual melalui media.. buat kadang kala stress bila kejap line ok kejap line tak ok... tak campur lagi dengan suara yang kejap ada kejap tak de..

Adus... rasa nak masuk jer dalam line .. kan senang sebab cepat sampai....

tapi tak mungkin lah kan...



Tugas...


Enjoy dengan tugas yang diberikan...

Itu yang harus ummi buat bila tugasan datang bertimpa-timpa... Seronok dalam penat bila semuanya selesai...

Saje je ummi upload gambar nie.. gembira mungkin sebab semua perancangan berjalan dengan lancar. Plus.. sedikit kenangan ummi di tempat kerja..

Minat tetang silat..


Anak ini memang sangat la lelaki nya... huhuhu.. Alhamdulillah.. adik minat sangat dengan silat. Gambar nie diambil masa umurnya baru 2 tahun.. nampak kecil tapi bila dia mendebik kita.. mau nyer lebam.... kakak alynn la yang selalu jadi mangsa adik.. sabar la yer... 


Masa nie ummi kononnya nak rakam video.. terambil plak gambar... 

Nasib masih ada gaya lagi....

Sunday, June 4, 2017

Kami rindukan Ayah....


Ya Allah.. lamanya tak jumpa ayah.... rindunya rasa....


Semoga urusan kita dimudahkan....

Bukan senang duduk berjauhan.. tapi demi mencari rezeki.. inilah yang terbaik buat kami..

Happy 14th Birthday.....


Masa pantas berlalu... rasa macam baru semalam kakak dilahirkan. Sekarang kakak dah 14 tahun. Ummi ingat lagi.. masa melahirkan kakak, ummi berada selama 10 jam di dalam labour room.. punyai nak menahan sakit masa contraction sampai ummi tak perasan ummi terpulas leher ayah. Hahaha... dan bila tiba masa kakak nak keluar, kakak menggelongsor laju tapi darah melambak atas lantai.. kat dinding pun ada.. Masa tu ayah dah mula nak pitam. Baru la ummi tahu ayah mabuk darah. Mujur ada Dr yang perasan.. dia minta ayah cepat-cepat duduk.. kalau tak 2 troli yang keluar.. satu ummi satu ayah.. nge nge nge..

Tapi masa tu kakak tak menangis.. jenuh Dr tepuk bontot kakak.. kakak senyap... Dr mula panik, cepat-cepat dia ambil kebuk oksigen.. masukkan kepala kakak dalam kebuk tu.. tapi masa tu ummi macam perasan kakak pandang ummi... kakak senyum dan terus menangis... ummi tak sempat pegang kakak sebab Dr terus tolak kakak ke nicu. Sebab ada infection pada pau-paru kakak. Kebetulan pulak ueik ada di depan labour room. Dia nampak Dr tolak baby, tapi dia tak tahu yang ditolak tu kakak... Ayah pulak selesai jer kakak ke nicu ayah pun keluar, dek sebab happy ayah menangis.. Ueik dan atok dah mula panik.. tapi bila tahu semua selamat, baru semua lega..

Alhamdulillah... cerita 14 tahun yang lepas akan terus ummi ingat setiap kali sampai tarikh hari jadi kakak.. waktu dan situasi sentiasa berputar di kepala ummi...

Dan kini.. anak ummi nie makin comel, cantik dan cerdik.. semoga kakak dipelihara dari segala kejahatan dan sentiasa bersama orang-orang baik...


HAPPY BIRTHDAY 

NUR AUNI KHALIESA BT KHAIRUDDIN

Wednesday, May 31, 2017

Sebab Kain ......

Entah kenapa 2 hari lepas ummi merajuk dengan anak-anak... silap dia orang sikit jer.. dia orang tak jemur kain jer pun.. tapi ummi merajuk... huhuhu... agaknya ummi dah lama tak merajuk dengan ayah kot. tu yang ummi merajuk dengan anak. Tapi... Alhamdulillah.. lepas jer kejadian tu anak-anak ummi dah tahu.. setiap pagi mereka akan jemur kain dan angkat bila petang. So... nak dijadikan cerita petang semalam bila ummi balik kerja, ummi tengok anak-anak ummi tengah lipat baju.. sambil bercerita dan gelak... entah la apa yang diceritakan.. tapi ummi nampak mereka bahagia.. Alhamdulillah...

Semoga anak-anak ummi pandai mengurus rumah tangga bila besar nanti. Jangan tunggu di suruh tau.. dan ringan kan tulang sentiasa dimana sahaja kita berada dan siapa kita nanti. Biarlah besar mana pun jawatan.. tapi kita perempuan, ringankan tulang.. Insha Allah semua orang akan selesa dengan kita..

Semoga cerita kain ini menjadi pengajaran buat anak-anak ummi.. ummi tak suka membebel, cukup sahaja ummi buat tak geti kat korang... erm.. zalim tak???


Jauh tapi dekat




Kami jauh.. tapi kami dekat..

Teknologi sekarang memudahkan kami bertanya khabar. Alhamdulillah... setiap saat kami berhubung. Cuma kami tak berhadapan.. semuanya melalui hp. Tapi ummi yakin, walaupun jauh... hati kami makin dekat... ummi dan anak-anak sentiasa ingat kat ayah.

Tapikan... kenapa ummi nampak muka ayah makin cerah... tak aci la... mungkin sebab ayah banyak minum air kot.. sebab panas ek...

Erm.. apa-apa pun.. semoga urusan ayah dimudahkan di sana.. kami sentiasa mengingati ayah..

Jaga diri baik-baik..

Miss u so much...

Kami Student Dr. Norbert


ha.. nie semua senior master ummi... dia orang masuk UKM dulu sebelum ummi.. tapi dia orang semua dah siap.. ummi jer sangkut lagi. Hahahaha... kenapa kah???

Yang best.. kami semua student Dr. Norbert.. mentang-mentang la dr tu baik.. ummi buat tak endah jer ek... erm.. sebenarnya ummi agak sibuk. Betul kata Dr... kalau akak masuk keje nanti akak akan busy.. yey.. masa tu ummi dah excited kot nak ke pejabat.. tu yang terbayang-bayang nak sambung master masa kerja.. sudahnya.. erm.. noo komen...

Ummi pun dah lama tak dengar ayah bising-bising pasal menulis.. hehehe. kalau tak dulu setiap malam ayah akan nasihat ummi supaya menulis.. sekarang.. ummi kena ingat sendiri.. padan muka..

Ok.. ok.. abang.. ati janji ati akan siapkan segera yer... doakan ati yer..

tq abang.. luv u....


Tuesday, May 30, 2017

Tugas....


Tamak tak?.. 

hehhe....nie baru 3 unit tau.. kengkadang tu sampai 4.. berlapis-lapis... situasi nie jarang berlaku.. tapi ada kala nya sampai serentak masalahnya sampai.. 

Tapi bila masalah berkaitan mesin nie selesai.. tak terkata bahagianya ummi.... ikutkan latar belakang ummi sedikit pun tiada kaitan dengan penyenggaraan mesin nie.. tapi ummi bersyukur sebab dikeliling ummi semuanya pakar IT.. ummi hanya perlu call @ msg mereka jer bila ummi perlukan pertolongan... dan kini setelah 16 tahun berkhidmat.. ummi dah sebati dengan tugas nie. Alhamdulillah.. sejujurnya ummi memang tak arif.. tapi Allah kerap kali datangkan ilham untuk ummi selesaikan masalah-masalah ini...

Alhamdulillah....

Lately nie ummi merancang untuk berhenti awal.. mungkin dalam 4 tahun lagi. Cukup lah ummi berkhidmat selama 20 tahun.. ummi tahu ummi tak mampu untuk jadi pegawai yang baik. Sebab ramai lagi lebih hebat dari ummi.. ummi macam nak fokus pada family dan nak belajar agama plak...

Doakan ummi yer... manalah tahu ummi dapat besarkan anak-anak di tempat ayah sekarang...


Hari Lahir Anak

 Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...