Tak tahu macam mana, minggu lepas salah seorang ibu saudara berkongsi gambar perkahwinan semua anak saudaranya. Mungkin sambil-sambil duduk sesaja kot. Sambil-sambil belek album. Ummi dah terkejut dulu. Mood ummi terus bertukar masa zaman muda-muda dulu... hahaha.. tak pasal-pasal seharian ummi dok flash back kenangan 15 tahun dulu. Masa ummi bertunang dengan ayah....
Sebenarnya ayah dan ummi hanya berkawan atas kawan. Tapi tak sangka jodoh plak... ummi lebih rapat dengan kawan ayah plus masa tu ummi ada kawan lain. Hahahah... Tapi mungkin bukan jodoh kami. Walaupun kami rapat selama 8 tahun, sudahnya ummi bersetuju memilih ayah atas sebab istikharah. Alhamdulillah, ustazah ummi pernah berpesan, buatlah Istikharah seawal umur 20. Istikarah ini bukan sahaja untuk jodoh tetapi untuk buat pilihan mana yang terbaik dalam semua perkara. Dan pastinya sepanjang di universiti ummi akan pastikan ummi laksanakan solat ini sekurang-kurangnya 1 kali seminggu... sememangnya ummi ada kawan lelaki. Yang hanya kerap bertanya khabar hanya seorang. Dialah yang selalu ingatkan ummi tentang pentingnya pelajaran dan keluarga, dan dialah yang selalu ucap tahniah setiap kali ummi tamat semester dan sambung semester baru. Hadiah .. jangan cakap.. ummi sangat mewah dengan coklat, bunga dan hadiah. Tapi ummi yakin dengan ketentuan Allah, Ummi kerap diingatkan agar beristikharah agar Allah tunjukkan yang terbaik. Buat ummi, mama dan papa banyak membantu, mereka turut ber'istikharah' untuk ummi.. dan nyata suatu hari Allah tunjukkan bakal suami ummi. Masa tu ummi yakin sangat sebab ummi ingat malam tu ummi ber'istikharah'... dalam mimpi tu ummi hanya nampak belakang... jadi bila balik ke rumah ummi bercerita dengan mama.. dia pun kata benda yang sama.. sesungguhnya kami yakin ketetapan Allah. Kita dah minta yang terbaik.. maka inilah yang dibagi.. Ummi tak kata kawan ummi tu kurang baik, malah dia sangat berjaya sekarang, mewah dan berjawatan tinggi plus ada tittle dihadapan namanya.... tapi itu rezeki masing-masing.. sekarang kami semua happy.
Moralnya... ber'istikahrah' lah dan tunaikan solat hajat untuk membuat keputusan. Hanya Dia sahaja yang tahu mana yang terbaik buat kita. Insya Allah hanya dengan mengingati dia kita akan tenang....
No comments:
Post a Comment