Tetiba teringin nak ambil angin malam..... teringat pulak Centrio Seremban 2, tak pernah pergi.. tapi pernah terlihat orang ramai beraktiviti kat sana. Maka pergilah kami. Banyak rupanya aktiviti kat sini, skateboard, roller blade, electric skateboard, basikal dll..... sewa jer, pastu main lah sampai lebam... hahaha. itu tukang sewa yang cakap. Padan lah ramai yang menyewakan peralatan. Sedia duit jer, pastu enjoy... hehehe
Kami pergi berenam jer... masa nie auni belum balik asrama lagi.
Erm.. nak bagi tahu jugak, makanan kat sini pun macam-macam. Mana yang famous tu kena la beratur yer... sebab kami sampai sudah tak dapat makan roti bakar yang macam best tu (lupa plak namanya)... ramai yang order katanya.. hehehe.. tak per, tak de rezeki kan.... nanti kita datang lagi.
No comments:
Post a Comment