Thursday, June 19, 2014
Alhamdulillah.... Allah masih menyayangi kami....
Alhamdulillah..... Allah masih menyayangi kami.... Dia memberi kami peluang untuk sentiasa berada disamping keluarga...
Sebenarnya kami telah diuji dengan ujian yang hebat pada pertengahan bulan april yang lalu.... bagi kami inilah hikmah yang Allah hendak berikan... Dia memberi peluang kepada kami sekeluarga untuk bersama-sama setelah sekian lama berasingan.... kalau ada pun untuk beberapa ketika sahaja....
Huhuhu.... kenapa yer... sebenarnya ayah telah ditimpa kemalangan motorsikal.... inilah perkara yang paling ummi tak nak dengar... cuma bila difikirkan balik... ada sebab kenapa perkara ini berlaku... erm..... nak dijadikan cerita, kemalangan berlaku sehari selepas ayah kembali dari kerja di Thailand... dan beberapa hari sebelum ayah sepatutnya ke Brunei..... yang ummi perasan ayah agak seronok kembali ke Malaysia... dan sedang bercerita tentang apa yang akan dilakukan di brunei.... bagi ummi pulak... ummi risau sebab ayah terlalu excited untuk ke Brunei (kenapa yer???? ).... tapi apa yang dirancang ada kalanya tidak menjadi dan hanya Dia sahaja tahu kenapa ianya begini...
Akibat dari kemalangan ini, tangan ayah (antara siku dan bahu) patah dua.... memang betul2 jelas nampak semasa ayah terbaring di atas jalan raya.... pada hari kejadian ayah dalam perjalanan membeli roti canai untuk Allena... sebab itu jer yang dia nak makan... malangnya brake motor ayah rosak dan ayah terlanggar devider... mujur tiada kenderaan dari arah bertentangan, dan ayah pulak baring betul2 selari dengan devider... (Alhamdulillah... tiada sebarang luka pada badan ayah).... dan kami sangat bersyukur kerana rupa-rupanya ramai ortopedik menetap disekitar rumah kami.... dan kebetulan adik pun antaranya... dengan kata lain.. Allah memang sayangkan hambanya dan hanya menduga kami dengan kemampuan yang kami ada dan memberi bantuan dari kalangan sahabat-sahabat di sekitar kejiranan kami...dari membetulkan tangan ayah yang dah patah tu sebelum dinaikkan ke dalam ambulan sampailah melaksanakan pembedahan... semua yang terlibat adalah saudara mara yang terdekat... Alhamdulillah...
Setelah selesai pembedahan...Adik dah berpesan.... ayah@abang ni akan direhatkan minimum selama 3 bulan... supaya tulangnya cepat sembuh... hehehe.... maka bermula la aktiviti ayah di rumah... ummi seronok sebab ada pembantu..... sejak ayah cuti, urusan membasuh, mengangkat dan melipat kain semua ayah yang selesaikan... hehehe... ummi ada keje lain. Bukan curi tulang tau atau bagi alasan mengandung untuk tidak buat kerja....
Tapi rupa-rupanya ayah hanya boleh bercuti selama 60 hari.. selebihnya boleh ambil cuti tapi tanpa gaji... huhuhu... sedih ummi... tapi tak pe la... sekurang-kurangnya 2 bulan telah berlalu dan kami bahagia untuk kemana-mana bersama....
Dan kini.. telah masuk bulan yang ke tiga.... kami melaksanakan tugasan di tempat masing-masing... kalau dulu ummi dan ayah dah jadi satu pejabat,...tapi sekarang ayah dah kena ke ofis di PJ... sunyi pulak rasanya tak de PA di depan meja... hahaha...
Apa-apa pun... sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui rezeki hambanya.... semoga segala ujian yang telah diberikan menjadi ikhtibar bagi kami untuk menghargai setiap masa yang ada.... dan semoga.. kita semua bahagia hingga akhir hayat..
bubai.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hari Lahir Anak
Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...
-
Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...
-
Selamat tahun baru 2018 semua.... semangat tak???? mesti bersemangat tau... tahun nie tahun yang agak berat buat ummi sebab Auni ak...
-
Ummi.. Cikit jer lagi nie... Kita jumpa di Majlis Konvo ke 50 yer... Adus.. Best nyer dapat tgk live konvokesyen kali nie.. Rasa macam diat...
No comments:
Post a Comment