Suatu hari selepas waktu berbuka. Seperti biasa Aira adalah orang yang paling lambat yang akan meninggalkan tempat makan. Yang lain dah bersiap untuk solat, makanya pinggan dan mangkuk bertimbun di dalam singki dengan alasan akan diselesaikan selepas solat nanti. Dan Aira pun ke dapur... erm anak nie kejap solat kejap tak.... ummi biarkan dahulu tetapi tegur tetap tegur... Rupa-rupanya semasa di dapur dia telah habis membasuh semua pinggan dan mangkuk... Ummi yang tak tahu menahu nie pun konon-kononnya ke dapur la untuk menyelesaikan tugasan yang tak siap tadi. Amboi settle sinki rupanya... (suka hati ummi.... sambil bercakap dalam hati)... so sebagai penghargaan ummi ucapkan terima kasih kerana membantu... manakala jawapan aira...'ummi tak yah cakap terima kasih... tak pe... Aira tolong jer...' dia senyum dan terus ke hadapan....
Alhamdulillah... semoga anak ini akan terus diberi hidayah dan mempunyai sikap tolong menolong sehingga akhir hayat beliau...
Thanks Aya....
No comments:
Post a Comment