Tuesday, January 31, 2012

Kuatnya Ukhuwah Anda..

Tetiba hari ini ummi tergerak untuk menghantar puteri ummi ke kelas.. yang pasti puteri pertama dan puteri kedua hanya sehingga di tangga kelas sahaja, dan puteri ketiga yang akan sampai ke kelas (almaklumlah anak ini anak yang sangat manja dengan ummi). Happy betul anak itu membuka kasut, meletakkan di tempatnya dan menguruskan peralatan sekolahnya. Rupa-rupanya mereka telah didik dengan tertib di kelas. Alhamdulillah. Dan komen gurunya.. Aira anak yang baik, lembut dan tidak banyak ragam. Alhamdulillah... semoga sifat-sifat itu akan berterusan hendaknya.

Sambil tengok anak ini bersedia untuk ke kelas, ummi terpandang seorang kakak sedang memeluk adiknya sambil seakan akan memberi nasihat. Mereka senyap, berkata-kata dengan nada antara mereka sahaja yang dengar. Ummi mula-mula tak kisah. Agaknya saje je kot... tiba-tiba ummi lihat kakak melepaskan adiknya masuk ke kelas dengan juraian air mata... hairan jugak.. kenapa yer.. dan apabila melihat adik... rupanya adiknya pun sama-sama menangis.. tapi kenapa yer? Apabila ditanya kepada guru.. katanya anak itu demam semalam. Mungkin kakak tadi memberi semangat kepada adik agar kuat untuk belajar. Walaupun sebenarnya kakak itu masih di dalam darjah lagi dan bersekolah sama dengan adiknya. Pun begitu, seawal pagi mereka dah merindui antara satu sama lain.

Kagum ummi, bahagianya ibu bapa mereka. Semoga ikatan ukhuwah adik beradik tersebut akan terus kuat hingga akhirnya. Begitu juga harapan ummi agar puteri-puteri ummi saling memahami dan membantu antara satu sama lain.... Ameen....



No comments:

Hari Lahir Anak

 Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...