Tuesday, January 31, 2012

Kuatnya Ukhuwah Anda..

Tetiba hari ini ummi tergerak untuk menghantar puteri ummi ke kelas.. yang pasti puteri pertama dan puteri kedua hanya sehingga di tangga kelas sahaja, dan puteri ketiga yang akan sampai ke kelas (almaklumlah anak ini anak yang sangat manja dengan ummi). Happy betul anak itu membuka kasut, meletakkan di tempatnya dan menguruskan peralatan sekolahnya. Rupa-rupanya mereka telah didik dengan tertib di kelas. Alhamdulillah. Dan komen gurunya.. Aira anak yang baik, lembut dan tidak banyak ragam. Alhamdulillah... semoga sifat-sifat itu akan berterusan hendaknya.

Sambil tengok anak ini bersedia untuk ke kelas, ummi terpandang seorang kakak sedang memeluk adiknya sambil seakan akan memberi nasihat. Mereka senyap, berkata-kata dengan nada antara mereka sahaja yang dengar. Ummi mula-mula tak kisah. Agaknya saje je kot... tiba-tiba ummi lihat kakak melepaskan adiknya masuk ke kelas dengan juraian air mata... hairan jugak.. kenapa yer.. dan apabila melihat adik... rupanya adiknya pun sama-sama menangis.. tapi kenapa yer? Apabila ditanya kepada guru.. katanya anak itu demam semalam. Mungkin kakak tadi memberi semangat kepada adik agar kuat untuk belajar. Walaupun sebenarnya kakak itu masih di dalam darjah lagi dan bersekolah sama dengan adiknya. Pun begitu, seawal pagi mereka dah merindui antara satu sama lain.

Kagum ummi, bahagianya ibu bapa mereka. Semoga ikatan ukhuwah adik beradik tersebut akan terus kuat hingga akhirnya. Begitu juga harapan ummi agar puteri-puteri ummi saling memahami dan membantu antara satu sama lain.... Ameen....



Bahagianya Di Alam Syurga



Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat. Angin bertiup dari sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka, menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik, tampan dan indah. Ketika mereka pulang ke rumah didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah. Kata mereka kepada isterinya, “Engkau sungguh-sungguh tambah cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalanku.” Jawab isterinya, “Engkau demi Allah sungguh tambah tampan dan pakaianmu tambah indah pula sekembalimu.”(HR Muslim)

Menutup Aurat Hingga Ke Syurga =)

Hari-hari yang menyeronokkan..

Beginilah rutin harian kami... seawal pagi dah keluar.. ke sekolah ke tempat kerja dan kembali ke rumah pada petang hari..... tapi kami happy... letih?? ummi tak nak guna istilah ini. Tapi alangkah sedap jika menggunakan istilah puas hati.. yup... puas hati berkhidmat untuk hari ni... sebab ayat letih adalah ayat negatif (ini cuma pendapat ummi jer tau..) ummi cuba untuk menghindar dari menggunakan ayat-ayat negatif ini... sebab ummi akan terus lemah dan lesu.. tapi sebaliknya bagi ayat yang positif seperti seronok, happy, bangga, puas dan lain-lain...

Huh... apa-apa pun tugasan untuk hari ini telah selesai.. esok bermula tugas baru yang lebih menyeronokkan.. ummi dan aunara boleh.. Insya Allah.... kini ummi tahu yang masa itu sebenarnya sangat berharga. Masa bersama keluarga dan kerjaya.. dan pada kala ini.. pada saat ini adalah saat ummi meng'update' diari ummi... semoga diari yang menjadi tempat luahan kegembiraan ummi ini akan terus meriah dengan semangat dan cerita-cerita indah hasil nukilan kreativiti puteri-puteri ummi... luv u all...

My Love,

Make all that has happened today as inspiration to us through the next day. That's excellent you all..




It's our Collection......

Amat sukar untuk dapatkan gambar-gambar ini..... rasanya boleh dikira bilangan gambar ummi dan ayah... dan yang pastinya gambar anak-anak lebih banyak....

tapi gambar puteri-puteri ummi lebih menarik... kerana ummi dapat lihat perkembangan mereka dari kecil hingga besar.... cuma untuk ummi dan ayah rasanya ini jer collection yang ada... dah jenuh ummi cari... yang ini jer yg ummi jumpa....



Monday, January 30, 2012

Selamat Tinggal Januari

akhirnya pergi jua januari.... jumpa lagi di tahun hadapan... itu pun kalau ditakdirkan umurnya masih panjang dan diberikan kesihatan yang terbaik. Di bulan ini... ummi bersemangat untuk memulakan yang baru... ye la sebab tahun baru, azam baru dan semangat baru. Tetapi hingga ke hari ini... ummi masih dengan keadaan dan semangat tahun lepas. Ya Allah.. berikan ummi kekuatan, sesungguhnya masih jauh perjalanan ini dan masih banyak dosa yang perlu diampuni. Namun,, walaupun yang tinggal hanya 11 bulan.. tindakan perlu cekap dan matlamat kena jelas.. baru tercapai impian

Saturday, January 28, 2012

Doa Apabila Berhadapan dengan Perkara Rumit dalam Rumah Tangga

رَبِّ احْكُمْ بِالْحَقِّ وَرَبُّنَا الرَّحْمَنُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, hukumlah (antara kami dan mereka) dengan yang benar dan Tuhan kami yang Memberi Rahmat-Nya yang dipohonkan pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu sifatkan itu.” (Surah al-Anbiya’ 21:112)

Amalan
Daripada Qatadah, beliau berkata bahawa Nabi Muhammad SAAW diajar oleh Allah s.w.t. agar berdoa dengan doa ini. Maksud doa ini ialah Baginda sentiasa berada pada pihak yang benar, sedangkan musuhnya sentiasa berada pada pihak yang salah. Maka Baginda diriwayatkan akan sentiasa membaca doa ini ketika bertemu musuh. (Tafsir Ibn Hatim)

Selain membaca doa ini ketika berhadapan dengan musuh, para suami dan isteri juga boleh mengamalkan doa ini ketika berhadapan dengan masalah atau kerumitan dalam rumah tangga seperti kehadiran orang ketiga yang cuba mengganggu gugat keharmonian rumah tangga. Berdoalah agar Allah s.w.t. mengikat hati-hati setiap pasangan agar sentiasa saling mencintai dan menyayangi.

Dipetik daripada buku ana, Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari. (Solusi 40: Misteri Poligami)

Wednesday, January 25, 2012

Hari ini...........

tetiba terasa miss sangat hari ini........... anak-anak cuti dan ummi sibuk bekerja. Entah lah.. kengkadang terasa jugak, apalah yang ummi kejarkan sangat. Kenapa tak adakan masa dengan mereka.

Maaf yer sayang-sayang ummi.......... esok kalian akan ke sekolah.. hujung minggu nanti kita habiskan masa sama-sama yer....

Apa-apa pun hari nie mereka gembira kerana wek belanja makan........... siap tapau lagi sebab tak kenyang.. ha ha ha....

Tuesday, January 24, 2012

Kad Birthday Untuk Ummi

Untung sungguh ummi... anak-anak suka buat suprise.... diam-diam dia orang create card birthday untuk ummi.....

Ini kad dari kakak.............

Ini pula dari husna....

dan ini dari Aira...

Anak-anak ini penuh dengan impian ... semoga mereka akan terus mengecapi impian sebagaimana yang dikehendaki.... dan kebanyakkan impian mereka telah diterjemahkan di dalam kertas. Oleh kerana telah banyak karya aunara di pejabat ummi.... maka ummi telah meletakkannya di dalam satu kotak yang diharap akan menjadi tatapan mereka pabila besar kelak....

Adios..

Ayu kan Alynn....


Ayu nyer anak ini.......... tapi dalam banyak2 gambar, gambar nie je yang clear. Yang lain blur.. cuma yang pasti Alynn sedang mengikut jejak kakak-kakaknya yang suka melawa.... so dengan kata lain, lepas nie ummi pun kena la bagi vouge sikit kan... boleh gosip-gosip dengan anak-anak... best-best....

Gambar ini diambil semasa Alynn sedang berskype dengan ayah.......... sekarang merajuk sikit nak ayah.... menangis pun nak ayah....... memang anak ayah la alynn nie... :)

Monday, January 23, 2012

Happy Birthday to me...

Alhamdulillah... ummi masih berkesempatan untuk menyambut hari lahir ke 34. Dah lama ummi di dunia ni... tapi rasanya makin banyak dosa dah dilakukan. Harap Allah terima taubat ummi sebelum ummi ke sana....

Sambutan kali ini adalah bersama family ummi, tetiba teringat pada ayah @ abang... dia selalu buat surprise pada ummi.... kali ni dia jauh dan tidak dapat pulang... erm... siapa kata ummi tak sedih.. kalau boleh nak dia ada sekali. Tapi bukan rezeki tahun nie kan.. apa-apa pun semua orang selamat di tempat masing-masing, ok lah tu....

Malam sebelum birthday ummi, papa (ayah ummi) dan cuba recall apa yang telah berlaku 34 tahun dahulu. Ceritanya berkisar pada bagaimana mama mula sakit untuk bersalin kan ummi dan sampailah ummi dilahirkan... Kebetulan pulak, mama @ wek tidak sihat pada malam tu.. tapi dia masih bersama-sama menceritakan detik-detik kelahiran ummi... sayu jer rasa.. ye lah betapa susahnya nak lahirkan anak... cuma harapan ummi, semoga Allah balas segala kebaikan yang telah papa dan mama curahkan pada ummi sejak ummi lahir hingga akhir nanti...

Oklah... walaupun itu semua hanyalah flashback.. tapi sejarah itu harus diingati kan....

Seperti biasa ... rumah wek akan dilimpahi dengan kek.... dan pada hari tersebut.. wek telah buatkan red velvet steam cake.... best sangat-sangat tau..... mama iza plak membuat pavlova dan kek lumut... huhu... ummi pun dengan segala hormatnya telah menunda diet ummi.... ye la mana tidak nya.. malam sebelum tu dah makan lamb chop, pastu cakes pastu aneka ikan dari yang digoreng celup tepung sampai yang dikukus... meriah betul.... dan semua hidangan tu iqbal yang buat.... berbaloi betul dia pergi belajar...

Inilah red velvet steam cake... kaedah steam tu pun adalah cadangan iqbal... mulanya mama rasa keciwa sebab macam bantat.. tapi bila dah siap... sedap tu.... tak sampai sehari dah licin.... dan yang menulis di atas kek adalah auni....

Pavlova.... best sangat.....

Dari dekat..........

Apa-apa pun... terima kasih kepada yang tak putus-putus bagi message dan menghubungi ummi untuk mengucapkan selamat hari lahir . Terasa masih ramai sahabat dan saudara disekeliling ummi. Alhamdulillah....

Doa ummi semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat serta diberikan kekuatan untuk beramal dan membantu yang kurang upaya dan diberi kesihatan sebaiknya..

Thank you semua.... semoga Allah yang akan membalas atas segala kasih sayang yang telah diberikan.. Ameen...

Saturday, January 21, 2012

Panggilan Ummi

Ummi sukakan anak yang ramai... dan memang ummi sukakan kanak-kanak.. mungkin disebabkan itu, ummi lebih selesa sekiranya ada kanak-kanak memanggil ummi dengan gelaran ummi.. bukanya aunty atau makcik atau sebagainya... kawan-kawan Auni dan husna pun kadang kala memanggil ummi. Seronok rasanya....

Sekarang baru ummi faham kenapa arwah wed ummi ada ramai anak angkat.. mungkin dia pun sukakan anak-anak.... dan doa ummi semoga semua anak-anak ummi cemerlang dunia akhirat...

Da....

Hujung Minggu Datang Lagi...

Agaknya mereka faham tak apa makna hujung minggu yer...? mungkin tak kot... cuma yang mereka tahu ummi akan berada di rumah... dan bagi yang bersekolah hujung minggu adalah hari cuti... tapi ummi nie tak suka duduk diam... kaki nie gatal sangat nak berjalan.... tapi mood tak der.... Ya Allah......... tolong la kembalikan mood ummi nie...

Semalam dah seharian kemas rumah... walaupun tak seberapa nak kemas... tapi ok lah sikit... so hari nie... ummi rasa perlu ke pejabat... entah la yer... tak tahu nak kemana sebenarnya.. kalau duduk sahaja di rumah lagi ummi tak keruan... nak jalan.... tu la ... mood tak der... cuti ada lagi 2 hari... nak buat apa?????????

Tak pe la.. ummi update jer blog ini untuk kenangan masa hadapan...


Gambar ini diambil ketika kedua anak comel ini sedang berangan mengemudi kapal (mungkin la.. sebab gayanya macam sedang membawa kapal).. masing-masing cuma menyelit di celah mixer wed... mujur la anak-anak ini comel... muat sahaj mereka masuk.

Pada masa itu mereka bermain secara senyap, tiba-tiba ada bunyi benda jatuh.. ha ha ha.. rupanya bekas letak tepung tu dah tergolek... alynn dan fatih pun panic.... tapi bagi memberi ruang untuk mereka terus berkarya dengan angan-angan.. wek pun gantikan dengan bekas yang lebih kurang sama.. tapi dah rosak sikit... so.. enjoy lah mereka.... dan karya angan-angan pun diteruskan... :)


Peace yer alynn....

Inilah anak-anak ummi yang comel dan malu-malu... kak alynn sering menyebut nama fatih... semoga mereka akan terus membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh solehah....



Friday, January 20, 2012

Hari Ini...

For the first time ummi bangun amat-amat lewat........ saje tak nak fikir aktiviti untuk hari ini... tapi anak-anak lebih gagah... seawal pagi mereka dah bangun, riuh rendah suara mengomen rancangan di tv sambil makan roti cicah coklat...

huh....... akhirnya ummi bangun juga dan terus merancang untuk mengelap segala benda di rumah... memandangkan perkara penting adalah untuk mengelap kipas... dan memandangkan kami nie rendang-rendang belaka.. jadinya kami pun meminjam la tangga wek...

sesampai jer tangga di rumah.. bibik pun memulakan tugas... Ummi... jap baru nak breakfast.. tapi sebenarnya tak lapar pun......... anak-anak? dah masuk pool......... erm aktiviti hujung minggu mereka... alynn plak dah masuk dan keluar balik dari pool angkara kesejukan......... tetiba rasa rumah senyap....... sebab mereka sopan di luar.. he he he... ummi pun ajak alynn nyanyi,... tapi lagu apa yer... wah. terjumpa lagi maher zain...... so apa lagi enjoy.. alynn pun suka.......

huh........ itu sahaja setakat ini... da...

Ada rasa..............

Tetiba rasa bosan, malas, tak de mood dan tak tahu nak buat apa................. esok anak2 cuti sampai hari rabu. Ada la penyeri rumah, tapi ummi nie yang dah tahap rasa menyampah............ nak buat apa yer??? tapi untuk anak2 nie ummi kena happy (walaupun dalam hati tu.........)

Agaknya antara yang banyak-banyak nie yg mana elok dilakukan :-
- pergi shopping
- pergi tengok wayang
- pergi picnic
- pergi melancong
- atau tido dan buat bodo kat rumah

ummi rasa... lebih kepada yang akhir sekali kot...

kalau macam nie baik ummi pergi kerja jer.. banyak benda boleh buat... hu hu hu

sebenarnya gie solat tu, ngaji ker.... zikir ke... kan kan .... tu semua persaan negatif tu setan punya kerja.. erm...........

Wednesday, January 18, 2012

Mereka Berdua...

Cuma bezakan gambar ini... abaikan bantal dan baby disebelah tu... agaknya mana satu aira dan mana satu khayra....


Pastinya yang atas tu Aira dan dibawahnya Khayra.... Rupa mereka sama... dan si adik sering buli kakak ini... kesian Aira... tapi Aira kuat.. merajuknya sedikit jer...kan kan kan...

Monday, January 16, 2012

Aira vs bahiyah ... khayra vs alynn

Perbualan di malam hari...

Aira : Ummi... panggil bahiyah yer.. jangan panggil aira tau. Pastu panggil Aleena bukan Khayra yer..
Ummi : Kenapa? Tak sedap ke?
Aira : Bahiyah lagi best... aira tak best....
Ummi : Tak nak la. Nak panggil Aira jugak
Aira : Ala... tak nak.....

Selepas 1 jam (dan semasa berbual dengan ayah)

Ummi : Ummi panggil Aira yer bukan Bahiyah
Aira : Tak nak... nak Bahiyah jugak
Ummi : Tak pe la... Aira yer
Aira : Suka hati la.... ( ha ha ha... dia dah tak moh layan....)

Panggilan di Awal Pagi

Seawal 5.30 pg alynn dah bangun mengejutkan ummi. Mana tidak nya... malam tu pukul 8.00 dia dah tidur.... ummi pun kena siap cepat, nanti kena marah dengan pengawas. So untuk mengelakkan anak kecil ini menggangu... ummi pun call ayah.. lagi pun alynn memang nak cakap dengan ayah. Sambil-sambil tu ummi tertidur plak... ha ha ha...

Tengok la.. alynn sungguh happy bila dapat bercakap dengan ayah, walaupun hanya sebut ayah.. ayah... ayah... ayah kan (ayah makan)... ayah do ( ayah tidur).... pastu dia nyanyikan lagu untuk ayahnya.... sayu jer ummi tengok... tapi pagi nie kakak-kakak dia pun bangun temankan adik berbual dengan ayah......... dan dengan kata lain, ayah kena bangun awal jugak... he he he..

Ayah............ alynn rindu ayah........ :)

Macam-macam gaya alynn buat.. saje dia nak test suara ayah...





Sunday, January 15, 2012

Mandi lagi...

wah... hebat anak-anak ini... tiap-tiap hujung minggu mandi dalam pool.... tapi kali nie ummi kena tuang sendiri dalam pool tu......... alasannya sebab ada masalah pada paip.. tapi ok jer.... yang best tu mama iza pun joint tuang... ha ha ha.. kuat yer mama fatih....

tuang punya tuang... ada yang tak kena air.. tension masing-masing.... terus jerit.. 'ummi tak kena pun'............ ala......... letih la plak.....

ha ah ek...... ada yang tak kena air... padan la... :(

so sesi mandi hari kedua berakhir jam 11.00 tgh hari... itu pun... alynn dan fatih dah boleh siap tidur dulu.. baru kakak-kakak naik.... seronok mereka....

apa-apa pun......... enjoy..

Mandi manda di hujung minggu ...

Disebabkan tiada perancangan untuk ke mana-mana.... so ummi pun menuangkan air ke dalam kolam ini untuk aunara mandi manda... sambil2 tu boleh la ummi buat apa apa yang patut dalam rumah tu... huish... penat jugak mengemas... dan lagi best bila dengar hiruk pikuk kat luar tu... tapi kengkadang malu jugak.. anak dara ummi nie suaranya lantang kalau menjerit.. tapi bila tanya soalan terus suaranya tenggelam... sabo jer la..

inilah kenangan pada hari berkenaan............ enjoy betul anak-anak ini..



peace alynn.... he he he... punya la dia nak mandikan baby dia... ce tengok.. dah habis basah baby nyer..
'jom baby... kita mandi sama-sama' kata alynn.. tapi sebelum tu ummi kena bukakan baju baby yer... erm....

Tuesday, January 10, 2012

Adik dan mula rindu ayah...

Ayah.... panggil adik @ alynn.......... tapi bila ummi call ayah, alynn tak nak cakap. Segan kot. tak pe la dik, ayah pergi kerja...nanti ayah balik.... tapi dalam diam dia cium jugak gambar ayah. Hu hu hu... terharu ummi, malu-malu adik.... tapi mahu yer.

Kakak-kakak yang lain dah menghitung hari, bila ummi kata ayah akan balik 24 hari lagi, ramai yang mengeluh. Katanya lamanya lagi.......... Aira terus menyampuk.. 'bukan ummi kata 4 minggu ke'... ek? itu lagi lama.... (dalam hati ummi berkata-kata)......... mesti dia ingat 4 minggu tu sama dengan 4 hari kan???

:)

Menariknya....

suka plak tengok simbol google pagi nie......

Menariknya....

suka plak tengok simbol google pagi nie......

Sunday, January 8, 2012

Selamat Datang 2012

Dah seminggu 2012 tiba...

Ummi masih tiada perancangan lagi. Sibuk sangat ke? Atau mungkin ummi tak nak fikirkan lagi... apa-apa pun perancangan @ target kena ada....

Cuma seperti tahun-tahun sebelum ini.... azam ummi untuk tahun 2012 adalah :-
- nak kuruskan badan (ha ha ha.... ayah dah bosan dengar kan... jgn komen yer)
- memberi lebih tumpuan kepada anak-anak.... yang ini, ummi kena cekal sebab kena uruskan anak sengsorang diri .... tapi ummi ada keluarga di sekeliling.. ok rasanya...
- fokus pada kerja... supaya tak kacau ayah.... (nanti ummi fikir lain sebab ayah jauh.. kan?)
- thinks positive
- perbanyakkan amalan............
- dll

apa-apa pun perancangan nya... hanya Allah sahaja tahu sehingga mana usia kita. Semoga ummi dipanjangkan usia untuk membesarkan anak-anak ini dan diberikan kesihatan dan kecergasan untuk terus membantu semua orang sekeliling....

Diharap keluarga besar ini.... (anak-anak ummi, anak susuan dll yang disekeliling ummi) akan terus berjaya di dunia dan di akhirat...

Ummi sayang semua....

Untuk ayah yang pastinya selalu melawati blog aunara.... take care... luv u so much.. miss u... keje elok2 dan semoga hidup kita diberkati Allah, Insya Allah. Walaupun ayah jarang ada... ummi dan aunara akan sentiasa doakan ayah.... thanks for everythings... muah....

Wednesday, January 4, 2012

Happy 2nd Birthday Alynn...

Happy Birthday Khayra Aleena.... semoga menjadi anak solehah dan berjaya dunia akhirat..

Ummi, ayah dan kakak-kakak sayang Alynn...

Alynn punya peace.. erm...

Baby alynn yang dipakaikan pampers

Dah mula sekolah

Alhamdulillah........... akhirnya segala persiapan sekolah selesai diadakan dan anak-anak gembira cum tak sabar untuk menggayakan. Pepagi lagi, seawal 5.00 pg auni dan husna dan mandi... aira plak?? masih golek2... ummi..... paling liat nak bangun hari tu sebab tidur lambat. Padan muka ummi. Bila ummi turun jer..... tengok anak-anak nie dah siap untuk ke sekolah. Wah semangatnya mereka. Comel-comel belaka dengan warna pakaian seragam yang macam-macam.. ha ah kan........ baru ummi perasan, sorang merah, sorang purple dan sorang biru. Meriah nyer..

Anak-anak......... ambil gambar dulu sebelum pergi sekolah yer.......... ini gambar paksa namanya.. he he he..

Barisan anak-anak untuk ke sekolah yang didahului oleh ayah dan alynn.... panjang jugak yer...

Aira... peace........... he he he

Kesimpulannya :-
- mereka bersemangat untuk ke sekolah
- ummi tak cuti pun tak per, dia orang dah boleh bawak diri
- bila balik rumah jer.......... macam-macam cerita ummi dengar (cerita kelas masing-masing)
- dan yang penting mereka happy dan akan ke sekolah lagi. Cuma ummi kena hantar awal sebab nak sampai sekolah sebelum pukul 7.30pg.......... wah....... hebat mereka.. ini semua gara-gara ada pengawas di rumah... hu hu hu

Tuesday, January 3, 2012

Yey... esok skolah

Anak2 ummi dah bersungguh nak ke sekolah......... so bagi memastikan semua segar di pagi hari, ummi pun pesan supaya tidur awal..........

Erm...... tapi dia org plak yg tetiba sound ummi....... katanya "ummi pun kena tidur cepat supaya boleh bangun pukul 5pg esok".... ek??? musykil.............

Ha ha ha..... tapi sampai sekarang ummi tak tidur lagi.. boleh ke bangun awal nie ummi?? dah.. gie tido.....

(12.37 tgh malam)

Hari Lahir Anak

 Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...