Monday, July 25, 2011

JADILAH HAMBA ALLAH YANG SEBENAR-BENARNYA..!!



Sesunguhnya celaka dan rugilah barangsiapa yang sibuk dan kasih kepada makhluk dan menjadi hamba dan memperhambakan dirinya kepada makhluk.
Celakalah hamba syaitan dan nafsu..!!
Celakalah hamba dunia..!!
Celakalah hamba wanita..!!
Celakalah hamba raja dan penguasa..!!
Berbahagia dan sejahteralah hamba2 ALLAH ....!!
Sesungguhnya ALLAH Tuhan sekalian alam…!!
Tiada Tuhan melainkan ALLAH....!!!!!!!!!!

Justeru itu keluarkanlah..!!!
Bebaskanlah dan merdekakanlah diri daripada terus menjadi hamba2 dan memperhambakan diri kepada makhluk dan kembalilah kepada ALLAH dengan menjadi sebenar2 hamba ALLAH dan memperhambakan diri semata2 kepada ALLAH…!!!

Betapa ramai manusia zaman ini secara sedar dan tanpa sedar, sukarela atau terpaksa telah menjadi hamba2 nafsu, syaitan, dunia dan makhluk dengan berpaling daripada ALLAH, Tuhan yang telah menjadikan mereka atas tujuan menjadi hamba dan memperhambakan diri kepada ALLAH semata2....!!!!

Kebanyakan manusia zaman ini telah diperhambakan oleh nafsu syaitan, dunia dan makhluk kerana buta terhadap PENCIPTA mereka... Mereka buta dan jahil dengan ALLAH ..!!!
Tiada mengetahui, tiada mengenal akan diri sendiri dari manakah asal usul mereka …!!!
Atas tujuan dan matlamat apakah kejadian mereka dan kehidupan mereka didunia ini... !!!
Dan kemanakah dan apakah akhir kesudahan kehidupan mereka …????

Lantaran buta dan jahil dengan diri sendiri maka butalah mata hati mereka daripada melihat PENCIPTA..!!
Butalah dan jahillah daripada melihat kejadian mereka ... !!
Siapakah yang mencipta mereka dengan sebaik2 dan sesempurna kejadian ini dan siapakah yang mencipta alam buana yang terlalu luas dan tanpa sempadan ini..????????

Atas tujuan dan matlamat apakah mereka diciptakan dan dilahirkan dibumi…!!!!

Apakah sekadar hidup dibumi dalam kadar yang tertentu mencari kesenangan dan kebahagiaan dibumi dan memuaskan segala kehendak dan kepentingan diri sendiri kemudian mati...... ???????

Apakah tiada mengetahui bahawa masih ada kehidupan yang hakiki dan abadi selepas mati......?????????

Apakah tiada mengetahui akan adanya kebangkitan, perhintungan dan penghisaban dan akhir kesudahan dua tempat istimewa yang disediakan bagi hamba2 ALLAH itu…????

SYURGA yang mengalir dibawahnya sungai disediakan bagi orang2 yang beriman dan beramal soleh…!!!

NERAKA dijanjikan bagi orang2 yang derhaka, kufur, musyrik dan munafiq.....!!!!

Oleh kerana itu bersiap sedialah selagi nyawa masih ada.. !!!
Buatlah pilihan antara menjadi hamba makhluk atau menjadi sebenar2 hamba ALLAH..!!

Apakah mahu mendiami Syurga atau duduk dalam neraka.....????

Kehidupan selepas mati adalah hakiki dan abadi maka bersiap sedialah untuk menghadapinya kerana ia adalah pasti akan terjadi selepas mati....!!!!

YA ALLAH jadikanlah kami antara hamba2 yang beriman dan beramal soleh dan selamatkanlah kami daripada azab neraka....!!!

ALLAH ya Tuhan…!!!
Pimpinlah kami kembali ke arah yang BENAR..!!
ALLAH….!!!!!!!!!

ALLAH..ALLAH..ALLAH..ALLAH​..!!!

~TOK FAKIR~

No comments:

Hari Lahir Anak

 Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...