Sebulan jugak auni merancang untuk majlis sambutan hari lahir dia… yang ummi perasan.. perkara-perkara penting dia buat sendiri. Antaranya order cake, gift untuk kawan-kawan sampailah menjemput kawan-kawan. Tang yang order-order tu semua dia mintak kat wed dia. Saje jer ummi dan ayah lepaskan dia buat sendiri. So far ummi perasan yang auni boleh organize. Cuma dia tak de kekuatan kewangan jer. Kot dah besar nanti ok kot.. hu hu hu…
Maka dengan ini, sampailah masanya. Auni pun macam tak lena tidur malam tu.... tapi dia happy sebab kawan-kawan datang walaupun tak ramai.
Pada hari itu... ada la 3 aktiviti yang ummi dan ayah rancangkan. Antaranya musical chair, cuppies deco dan cari mulut kucing.... anak-anak nie sporting jugak... so meriah la rumah tu jadinya...Tapi tak sangka kan.... budak lelaki pun ada masuk pertandingan ini deco ini... Korang memang sporting la... dan creative...
Yang nie plak.. acara cari mulut kucing.... actually pertandingan ekor kuda.. tapi disebabkan ummi tak geti lukis kuda.. ummi buat gambar kucing.. jadilah....
So... hari itu berlalu dengan gembiranya. Anak-anak ummi pun happy dan harapnya tetamu pun begitu...... kawan-kawan auni pun ditunda-tunda untuk balik... kononnya ummi dan ayah nak hantar. Sudahnya ayah masing-masing jemput.. ye lah.. dah sampai maghrib. Maunyer dia orang risau.
Cuma pada hari yang sama kami adakan sekali kenduri tahlil kepada ahli keluarga yang telah meninggalkan kami... semoga kegembiraan ini diingati dan yang telah pergi pun didoakan kegembiraan mereka di sana.....
The end...
No comments:
Post a Comment