Sunday, January 30, 2011

3 TIP BERUBAH KEARAH KEJAYAAN

Oleh: Irfan Khairi

Cuba renung kembali keadaan kita 4-5 tahun yang lepas. Bagaimana bezanya dengan sekarang? Renungkan pula setahun dua yang lepas. Ada tak apa-apa perubahan? Bagaimana pula dengan beberapa bulan yang lepas? Ada tak sebarang perubahan yang besar pada hidup kita? Ataupun tiada bezanya 4-5 tahun yang lepas, setahun dua yang lepas, beberapa bulan yang lepas dan hari ini, lebih kurang sama sahaja hidup kita.

Pepatah Arab berbunyi "Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam"

Amat mendalam maksudnya untuk kita sentiasa memperbaiki diri setiap hari. Akibatnya, perubahan yang lebih positif akan terjadi pada diri kita.

Manusia merupakan insan bertabiat. Tabiat yang sering kita alami adalah perasaan selesa pada keadaan semasa. Untuk kita berubah kearah kebaikan atau keburukan, sememangnya susah oleh kerana tabiat kita tidak membenarkan.

Bagaikan magnet yang menarik kembali diri kita ke aras keselesaan, walaupun sedikit demi sedikit kita cuba melakukan satu perubahan, magnet tersebut akan kembalikan kita ke aras asal.

Jadi apakah yang perlu kita lakukan untuk berubah? Berikut adalah 3 TIP untuk kita berubah!

1. 1. Tenaga, mental dan emosi
Seperti magnet, memerlukan tenaga yang kuat untuk mengasingkan dua magnet. Lagi kuat magnet tersebut, makin kuat juga tenaga yang diperlukan untuk mengasingkannya. Kekuatan diperlukan dari segi tenaga, mental dan juga emosi untuk melakukan sebarang perubahan terutamanya perubahan yang kita impikan adalah besar.

Untuk berubah sekadar untuk bersenam setiap hari di halaman rumah pastinya lebih mudah daripada berubah untuk pergi ke gym seminggu dua kali untuk melakukan senaman yang lebih jitu! Bagaimana pula untuk mengubahkan badan kita menjadi lebih maskulin seperti Arnold Susah-Nak-Eja? Pastinya tenaga, mental dan emosi yang lebih kental diperlukan.

Tidak kira apa sahaja perubahan yang kita ingin lakukan, lebih besar perubahan tersebut, lebih besar tenaga, mental dan emosi kita perlu usahakan.

2. 2. Pengorbanan
"Bekorban apa saja... harta ataupun nyawa" Mesti teringat lagu dendangan P Ramlee! Dalam apa sahaja perubahan, perlu adanya pengorbanan. Pengorbanan bukan sahaja harta (atau nyawa), tetapi juga masa yang perlu dikorbankan. Dalam mencapai apa sahaja kejayaan yang berbaloi, pengorbanan masa diperlukan- masa daripada apa yang kita telah pun selesa.

Mungkin hari- hari kita pulang dari pejabat, balik rumah berehat dan beriadah. Malam hari, menonton TV sampai terlena. Tetapi, sekiranya impian kita adalah untuk berubah dan menjadi usahawan, maka perlu korbankan masa-masa kita yang seperti mana kita telah pun selesa. Mungkin korbankan masa menonton TV, dan alihkan tumpuan kepada membaca buku-buku perniagaan. Ataupun menghadiri majlis-majlis ilmu perniagaan. Ataupun berjumpa dengan usahawan-usahawan yang berjaya dan mempelajari ilmu perniagaan dari mereka.

Sememangnya untuk berubah, kita perlukan pengorbanan. Pengorbanan apa saja!

3. 3. Lakukannya dengan mendadak!
Pernah dengar tak nasihat jika ingin melakukan perubahan, lakukannya sedikit demi sedikit. Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Dan kita akan berjaya berubahkan diri kita! Betul? TIDAK!

Penyelidikan ada mengatakan bahawa sekiranya ingin melakukan perubahan, manusia seringkali melakukannya secara mendadak. Manusia mencapai kejayaan dalam keadaan lonjatan secara tiba-tiba untuk sesuatu masa. Kemudian pada waktu yang lain, lonjatan secara tiba-tiba dilakukan kembali.

Berubah sedikit demi sedikit, sememangnya mempunyai tempatnya, tetapi untuk lebih efisyen dalam berubah, lakukan lonjatan tiba-tiba berbanding dengan berubah sikit demi sedikit.

Sekiranya ingin memberi kesan positif kepada boss kita, bukan dengan cara perlahan-lahan mendapatkan pelanggan sedikit demi sedikit untuk syarikat, tetapi, dengan terus mendapatkan pelanggan yang besar secara mendadak! Pastinya kesan kepada boss anda - dan juga anda, adalah lebih mendalam.

Anggap berubah seperti sebuah kapal terbang. Apabila hendak berlepas, tenaga yang kuat, pengorbanan masa dan juga kelajuan yang mendadak diperlukan. Tanpa tenaga, masa dan kelajuan, pastinya kapal terbang tersebut tidak dapat berlepas. Hanya bergerak dan berpusing-pusing di run-way sahaja! Tetapi, dengan tenaga, masa dan kelajuan, kapal terbang boleh berlepas ke udara. Dan anda perasan tak apabila kapal terbang sudah di udara, kelajuannya boleh dikurangkan?

Begitu juga dengan manusia yang memerlukan ketiga-tiga elemen di atas untuk melakukan perubahan. Apabila sampai satu tahap perubahan, boleh relax sedikit kerana momentum perubahan kita akan membawa kita mencapai kejayaan yang lebih hebat!

Untuk Wanita Sahaja..

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelakiyang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala80 tahun ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.

Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail.

Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?

Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan,etc... .

Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;
Januari 1992.

Hadis nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.
Insya - ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".
Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"
Ibnu - Majah.

Baik Buruk FB...

Saya ada terima 3 email daripada 3 orang wanita yang
menceritakan bagaimana rumahtangga mereka musnah
gara-gara facebook.

Mereka menyuruh saya menasihati rakan-rakan agar berhati-hati
dengan pasangan kita yang terlalu leka dan terlalu berahsia
apabila dikaitkan dengan facebook.

Mereka mendedahkan kepada saya terlalu ramai wanita-wanita
diluar sana yang tergila-gilakan suami orang.

Walaupun wanita pengoda ini sudah tahu bahawa lelaki
berkenaan sudah berumah tangga namun mereka tetap ghairah
untuk merampas kebahagian orang lain.

Saya amat kesal dengan situasi begini. Saya terfikir adakah
sudah kurang kualiti lelaki bujang pada masa kini? Sehinggakan
suami orang sanggup dirampas mereka.

saya faham soal cinta tidak boleh dipaksa tetapi cinta sebenarnya
tercipta kerana dipupuk dari awal lagi.

Bagaimana cinta itu dipupuk? Jawapannya adalah Facebook...

Ya, facebook adalah tempat atau medium cinta itu disemai
sehingga tumbuh akarnya...

Tidak kiralah, lelaki atau wanita jika sudah berumah tangga, sila
fokuskan tanggungjawab itu kepada insan yang sanggup sehidup dan
semati dengan kita dahulu.

Tapi ingat... yang di atas tu tak semestinya berlaku.... tak semestinya fb penyebab..... kengkadang layanan pasangan yg buat yg sorang tu cari lain... ha ha ha.. apa-apa pun fokus pada family... yang penting faham dan saling hormat esp pd org tua...

adios...

Saturday, January 29, 2011

erm..

weekend datang lagi..

so hari nie jalan-jalan gie kenduri kahwin di seksyen 19 shah alam, pastu gie beli RV di Sunway Kayangan.. dan makan2 di rumah mama iza...

seharian jalan-jalan....so esok.. ontok2 kat umah la yer...

Wednesday, January 26, 2011

Thanks my dear AV

Hingga ke hari ini dah 3 hari ummi, ayah dan aunara tinggalkan WPL kami..... sayang betul kami pada dia... ummi masih terbayang2 WPL ummi... tiap kali Av biru lalu mesti tertoleh.... semoga Av dapat owner yang sayang Av sebagaimana kami sayang Av yer.... semalam husna tiba2 bersuara... 'ummi kereta kita la' rupanya dia nak cakap 'macam kereta kita dulu la'... huh sedih betul.... ayah gelak bila cakap ummi dan wek berair mata bila tahu yang hari berikut ummi nak let go dia... tapi sebenarnya memang pun... nanti ummi up load gambar2 kenangan yer..

Apa2 pun... WUV best... rezeki anak2 kan.... AV pun best... cuma bila anak dah besar ruang sempit sikit.....

Bye2 Av.. take care...

Sunday, January 23, 2011

Nombor nombor nombor...

Nie semua adalah koleksi papa dan mama
CJ 3833
MR 618
BEA 9896
WJC 8305
WQW 4672

dan Ini plak koleksi Ummi dan ayah
WJC 8305
WKH 1042
WPL 5243

itulah nombor-nombornya..... dan??? WUV??

Hobby Khayra...




Baby ummi nie suka explore.... so gambar2 nie ummi amik masa hari raya lepas.. tetipa plak kakak dia pakaikan tudung.. so adik buat tak geti jer... akhirnya ayah dapat shot gambar2 nie sebagai kenangan... hu hu hu

licin nyer muka budak3 kan... kalau dah tua macam ummi.. bekeladak... ish ish ish.. mujur la ada yg nak :)

Saturday, January 22, 2011

Di pejabat bos, di rumah isteri.

MEMANG jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Perkahwinan adalah penting. Ia adalah permulaan kepada pembentukan sebuah masyarakat kecil yang akan berlanjutan ke anak cucu dan turun temurun.

Oleh itu, merancangkan satu perkahwinan yang tepat dan baik adalah ikhtiar yang tidak boleh dipandang kecil.

Malah, Rasulullah SAW sudah berpesan tentang empat syarat yang perlu dilihat ketika memilih isteri iaitu harta, rupa, keturunan dan agamanya.

Namun, sanggupkah seorang suami menerima hakikat isterinya lebih berpangkat daripadanya?

Senario ini mungkin satu perkara biasa kerana lebih ramai wanita yang bergelar isteri berjaya menjawat jawatan tinggi.

Keadaan ini tentulah sesuatu yang membanggakan suami tetapi pada masa yang sama mereka bimbang jika isteri akan lupa daratan kerana terbawa-bawa dengan sikapnya sebagai bos di pejabat.

Namun, bagi isteri yang solehah, bagaimana tinggi pangkatnya tetapi apabila di rumah tugasnya tetap seorang isteri.

Bahkan, kehidupan harmoni yang berlandaskan kasih sayang akan terpancar jika wujud perasaan sayang-menyayangi dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

Manakala di pihak suami pula patut menyuarakan apa yang dirasakan tidak kena kepada isterinya bagi mengelakkan sebarang kepincangan dalam rumah tangga.

Perunding Psikologi Keluarga, Suzana Ghazali menjelaskan, biarpun ada perbezaan darjat tidak bermakna mereka tidak boleh mencipta kebahagiaan.

Ia adalah acuan kehidupan yang dipilih oleh pasangan tersebut. Oleh itu kebahagiaan dan kedurjanaan dalam rumah tangga kita sebenarnya terletak di bahu kita sendiri.

“Inilah hasil daripada acuan yang kita pilih, maka sudah menjadi tanggungjawab masing-masing dalam menjalankan peranan,’’ ujarnya tegas.

Akui Suzana lagi, perkara pertama ialah sedar dan tahu kedudukan dan peranan sebagai isteri ataupun suami.

“Walaupun isteri lebih bijak dan berpendidikan, bukan bererti si isteri boleh memperbodohkan suami anda sesuka hati. Andai ditakdirkan kita sebagai ketua kepada suami di tempat kerja, tetapi di rumah pula suami tetap ketua rumah tangga.

‘‘Di pejabat kita boleh memberi arahan dan marahkan suami jika ada urusan pejabat yang tidak diurus dengan sewajarnya, tetapi harus diingatkan urusan pejabat hanyalah boleh diselesaikan di pejabat sahaja.

“Keadaan ini berbeza apabila pulang ke rumah, wanita harus berperanan sebagai isteri atau ibu.

‘‘Harus diingatkan bahawa segala yang berlaku di pejabat tidak boleh dibawa balik ke rumah.

“Kepada suami, jangan ada rasa rendah diri. Biar siapa pun anda, anda adalah suami dan ketua rumah tangga, biarpun lebih rendah tahap pendidikan dan berpendapatan lebih rendah berbanding isteri tetapi itu bukan bermakna anda boleh menjadi hamba isteri,” katanya.

Terang Suzana lagi, biarpun pendapatan si suami kurang sedikit namun ia tidak menafikan tanggungjawab si suami dan bapa.

‘‘Suami tetap wajib mengeluarkan perbelanjaan untuk menanggung segala keperluan isteri dan anak-anak. Jika isteri menghulur bantuan, ia adalah bonus tetapi sekiranya isteri anggap ia sebagai hutang maka perlu suami melangsaikan segala hutang tersebut walaupun tidak dituntut,’’ tegasnya.

Terang Suzana lagi, dalam hubungan suami isteri memerlukan keserasian begitu jua dengan kehidupan harian biarpun isteri lebih berpangkat tetapi suami tetap berperanan dalam urusan rumah tangga.

‘‘Untuk mengekalkan kerukunan rumah tangga, perkara yang penting adalah jangan mengungkit latar belakang masing-masing.

‘‘Isteri jangan sesekali menjadikan latar belakang suami sebagai senjata untuk menjatuhkan air muka dan harga diri suami,” katanya lagi.

Dalam situasi sedemikian, terimalah pasangan kita seadanya, malah jangan bandingkan pasangan kita dengan orang lain

‘‘Jangan pertikaikan ketidakupayaan suami dalam memberikan kehidupan yang lebih sempurna, inilah rentak acuan kehidupan rumah tangga yang dipilih oleh kita sendiri, oleh itu terimalah dengan hati terbuka,’’ ujarnya.

Terang beliau lagi, sebuah perkahwinan adalah satu amanah yang amat berat untuk dipikul tetapi sesuatu yang sangat mulia.

‘‘Dalam menjalinkan hubungan kita perlu ada tiga ciri utama, cinta dan kasih sayang serta komunikasi yang baik. Cinta atau kasih sayang perlu dipupuk agar terus berputik dan disuburkan,” katanya.

Happy Birthday to me..


Rasanya sepanjang bulan nie ummi sambut birthday... dari 4 hb lepas (birthday Khayra) sampai la ke hari ini.... happy.... banyak suprise ummi terima especially dari ayah... (tq dear.. luv u so much)...


Rasaya potong kek dah.... hadiah pun dah dapat.... belanja pun dan dapat.... wah.. meriah kan... tak pe la.. sekurang2 nya.. anak2 pun pun dapat tumpang makan sekali kan... happy betul..


Anyway ummi dah 33 tahun......... dah tua.... so kena banyak2 la yer beribadat tu.. buang la perangai tak elok tuh.. (ade ke??? sure ade.. ngade2 kata baik sangat yer).. think +ve, do the best 4 family, banyak2 doa... work smart... dan buat yg terbaik... lebih2 kan keje.. kurang2 kan makan.. hu ha ha ha..
ok... adios... happy 4 ever. Insya Allah..

Thursday, January 20, 2011

Pengunjung ke 2000

Kepada pembaca blog saya yang ke 2000, maklumkan pada saya yer... Insya Allah ada token untuk anda..

Emailkan print scrin ke norhayati1978@yahoo.com.

tq...

Wednesday, January 19, 2011

Khayra dan berjalan

Akhirnya cabaran ayah dapat disahut oleh khayra... berjalan juga dia pada umur cukup 1 tahun 4 hari... so sebagai imbuhan... dapatlah dia kasut yang dijanjikan. Masa nak pilih kasut tu pun pening ummi dan kakak2 dibuatnya... agaknya anak nie dah lama tak dapat keluar.. so dia enjoy pusing keliling pasaraya tu.. macam rumah dia di buatnya...

erm.. alamatnya kena lah ummi dan ayah selalu bawak khayra berjalan yer... dah nak berlari pun dah anak nie...

dah besar rupanya anak ummi dan ayah nie yer...

Sunday, January 9, 2011

Tahun 2011

Dah 9 hari masuk tahun 2011.. kalau dulu ummi selalu senaraikan azam ummi... rasanya tahun nie kena buat lah.. kalau tak... tak de target... ok... ummi hanya listkan azam yang umum shj.. yg lain... bio ummi jer tahu... tapi target is still target...

the targets are:-
- keluar lebih awal supaya dpt hantar husna dan auni ke kelas... kalau tak depan pintu pagar jer
- belajar masak.... (kek dll... hu ha ha ha....)
- buang lemak... (ngeh ngeh ngeh.... bdn nie kalu naik satu bdn kalu turun pun satu bdn... erm....)
- pam susu untuk khayra selalu (ummi dah maleh... torok boto) buat stok untuk dia
- yang lain tu... pastikan makanan yg sihat... persekitaran yg sihat.... otak dan hati yg sihat....
- last sekali... tutup2 la mulut nie dari berkata pasal org lain... bak kata org... kalau nak cemerlang tinggalkan org yg menggagalkan kita... dan jadikan hati nie dr perasaan dengki.. biaq pie la org tak suka pun... kot org nak dengki pun buat dia dpt apa2....
- last sekali.. think positif.... sebab ramai yg persekitaran yg suka berfikiran negatif... cakap tak fikir.. tahu nak sakitkan hati org jer... (ha tu kan dah mengutukk)

ok lah.... tutup cerita lama... kita buka hari baru

good night...

Wednesday, January 5, 2011

1717


cantik jugak no nie kan...

Hari Pertama ke Sekolah



Seronok mereka.... excited teramat sampai ummi dan ayah tak sempat nak amik gambar sebelum ke sekolah... hasilnya gambar auni hanya dapat dilihat dari kelas husna... sebabnya auni dah beratur.. husna plak.. disebabkan dia first time masuk darjah satu so ummi dan ayah temankan dia...

Hari ini.. masuk hari ke empat mereka bersekolah.. Alhamdulillah.. auni pandai menjaga adiknya.. dan husna plak rupanya masih bergantung pada kakak... Ingatkan dia ok... di sini baru ummi perasan yang mereka nie sangat rapat walaupun kat rumah selalu bergaduh...

So statement mama iza semalam...'dulu ummi dan mama ain macam nie tak' maksud dia berpegangan tangan tak? ummi bawak mama ain jalan2 ke kelas ummi tak masa mama ain darjah 1... jawapan ummi tak kot.. ummi nie garang.. tak gitu mama ain??? ummi bio jer dia.. pandai2 la cari sendiri... ye ke?? itu statement yang ummi ingat la.... tapi sebenarnya ummi dah lupa macam mana kecik dulu.... erm....

Monday, January 3, 2011

Sekolah dah bermula....

Akhirnya tiba juga tarikh 3 jan 2011.. Happy, exited dan tak sabar tengok gelagat anak2 ke sekolah.. Pagi1 lagi auni, husna dan aira dah ready untuk ke sekolah. Ummi dan ayah confirm cuti nak tengok anak2 nie.. so tugasan pertama hantar auni dan husna ke SRI dahulu.. Husna malu2 sebab first time sekolah rendah.. auni plak.. suruh jer cari kelas sendiri.. ok plak tuh.... pastu dia dah tak heran kat ummi dan ayah lagi.... so oleh kerana last year ummi tak berkesempatan hantar kakak ke sekolah pada hari pertama jadinya tahun nie ummi pun balas dendam.... seronok jugak tengok gelagat anak2... Alhamdulillah tak de yg menangis tapi yg amat2 aktif ramai.. macam dah lama sekolah kat situ...

so setelah settle kakak berdua.. hantar la pulak si adik aira ke sekolah... disebabkan sekolah tu sekolah tadika.. ada la yg menangis.. termasuk la si aira... tapi dia cover tak nak bg tahu tuh.. tub2 pecah rahsia sebab teacher bg tahu.. tapi boleh lagi nak cover line bg tahu sebenarnya dia menangis sebab ummi dtg lambat... ape2 la dik...

petang plak menjemput auni dan husna.... ok lah tuh... semua happy ke sekolah.. husna pun dah pandai membeli.... auni?? paw ummi sebab dapat jimat duit dia... tak kisah la kak...

ok lah.. kita tengok esok plak.. semoga anak2 ini akan terus rajin untuk belajar.. amin..

Hari Lahir Anak

 Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...