Biasa terdengar dialog-dialog berikut atau kita sendiri pernah ucapkannya?
•"Tuan kaunselor saya tak tau nak buat macam mana lagi dengan anak saya. Dia lembab sungguh dalam pelajarannya"
•"Anak aku tu degil betul. Susah nak dengar nasihat... nak ikut kata dia jer!"
•"Aku kalau boleh anak aku tu tak perlulah pandai sangat. Nanti bila besar masuk asramalah, universitilah... sunyilah aku nanti"
•"Si Ana tu tak boleh diharap sangat. Tak macam abangnya"
Moralnya di sini: Dalam pada kita berbual atau mengadu nasib kepada pihak lain (rakan, ahli keluarga, kaunselor dan lain-lain) seringkali kita menceritakan akan kelakuan atau sifat anak kita. Mungkin niat kita untuk memberikan deskripsi yang tepat agar pihak ketiga dapat memberikan pandangan yang bersesuaian. Adakala kita tokok tambah sini-sana sikit agar cerita lebih menarik. Tapi pernahkah kita sedar bahawa setiap percakapan dan ucapan yang keluar dari mulut kita terhadap anak merupakan satu doa?! Dan doa ibu bapa untuk anaknya akan sampai terus kepada Allah!!!
Istaghfirullah... apa dah kita ucapkan, ni?! Kita kata anak kita lembap, kita kata anak kita degil... keras kepala... nakal... tak berguna. Rakan-rakan semua... semua ucapan tu doa belaka. Khuatir jika Allah s.w.t memperkenankan semua doa-doa tersebut... dan kitalah punca kenapa anak kita tidak menjadi insan cemerlang.
Apa kata kita bermuhasabah diri dan kenal pasti bagaimana harus kita memperbetulkan diri kita, dan letakkan kembali peranan diri kita sebagai ibu bapa pada landasannya yang betul. Senario-senario di atas hanyalah sebahagian kecil yang sempat saya coretkan. Tentunya banyak lagi senario yang menyumbang kepada fenomena ibu bapa mensabotaj anak sendiri.
Rasulullah merupakan model ibu bapa terhebat. Kisah Luqman Al-Hakim yang terwahyu di dalam Al-Quran juga model seorang bapa yang cemerlang. Tidak perlu kita cipta ilmu keibubapaan yang baru... kerana Allah telah menyediakan dan RasulNya telah mempamerkan panduan yang jelas untuk kita ikuti. Kita cuma perlu belajar, faham dan amalkan... dan kita juga akan menjadi ibu bapa yang hebat juga, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment