Thursday, July 1, 2010

Fitrah Sayangku

Oleh Rosnah Ahmad

Sayang
Tika kau lahir
Tangan mu genggam erat
Lalu ku buka jari jemari mu
Ku beri kau sentuh pipi ku
Dan pelbagai nya

Kau mula mengapai
Ku galakan kau capai
Mainan pilihan mu
Ku sediakan kerincing
Pelbagai bunyi
Untuk kau ketuk
Berulang kali

Kau memegang objek
Ku berikan mainan
Yang berwarna dan berbentuk
Untuk kau manipulasi
Moga menyeluruh perkembangan mu

Kau membuka dan menutup jari-jari mu
Ku nyanyikan lagu tradisi
“Cekur dan gamit ,
minta cekur beri kunyit”
Gelagat mu menciut hati ku
Ku cium pipi mu
Tanda penghargaan

Kau mengutip dengan tiga jari
Ku beri kau makan sendiri
Biar bersepah
Tak mengapa sayang
Agar kau mahir

Kau melepaskan barang
Ku galakan kau berlatih
Memasukkan dan mengeluarkan
Mainan dari bekas
Agar kuat otot jari mu

Kau pandai menconteng
Ku berikan krayon dan kertas
Ku terima dan puji hasil karya mu
Ku hiaskan dinding rumah kita
Dengan seni mu
Agar kau bertambah yakin

Kau pandai mengoyak
Ku berikan kertas
Untuk kau koyak
Supaya semakin halus skil mu

Kau suka meramas
Ku berikan span dan air
Agar kau berlatih
Ku buatkan doh
Agar kau membentuk
Dan mencipta sesuka mu

Kau suka menuang
Ku sediakan cawan dan air
Agar kau lakukan sendiri

Kau menumpahkan
Ku berikan peluang
Kau menyelesaikan masalah
Agar kau berfikir
Ku sediakan peralatan mengelap
Agar kau bertanggungjawab

Kau mengetuk-getuk
Ku berikan apa minat mu
Untuk kau ketuk
Dan membezakan bunyi

Kau mula bertatih
“ Tak teh kayu api
Sudah letih jalan lagi”
Alunan lagu ku
Mengiringi gerak mu

Langkah mu makin tegap
Kau berlari ke sana ke mari
Ku kejar langkah mu tanpa jemu
Ku bawa kau ke alam
Biar kau meneroka persekitaran mu
Agar kau kenal Pencipta mu

Bila kau jatuh
Ku galakkan kau bangkit
Lari lagi sayang
Ku beri semangat

Kau mengadu calar kaki mu
Ku cium luka mu
Penawar tangis mu

Kau bercakap dan bertanya
Ku layan keletah mu
Ku bacakan buku cerita
Agar meningkat bahasa mu

Sayang ku
Kau terus membesar
Ku rangsang diri mu
Ke asah bakat mu
Ku pupuk potensi mu
Ku asuh fitrah mu
Diiringi doa tanpa henti

Kerana
Kau insan hebat
Kau khalifah bumi tercinta
Kau pewaris perjuangan
Kau kesayangan ku…..

No comments:

Hari Lahir Anak

 Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...