Sekiranya kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
Andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh Mu kepada ku,
Maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah kerana Mu,
Dan campakkanlah dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana Mu.
Namun,
Andainya dia bukan jodoh yang ditetapkan oleh Mu kepadaku,
Berikanlah ku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
Yang kau berikan kepadaku.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada Mu,
Agar bertambah kekuatan untuk mencintai Mu.
Ya muhaimin,
Jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada Mu.
Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada Mu.
Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu.
Ya Allah,
Jika aku rindu,
Jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurga Mu.
Ya Allah,
Jika aku menikmati cinta kekasih mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir mu.
Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasih Mu,
Janganlah biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada Mu.
Ya Allah,
Jika kau halalkan aku merindui kekasih Mu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada Mu.
Seperti biasa semua perlukan peringatan. ummi terjumpa doa ini... tak salahkan kita kongsi.... sebab kadangkala kita terlalai dengan dunia..... so marilah kita sama-sama berdoa.... amin...
Thursday, April 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hari Lahir Anak
Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...
-
Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...
-
Selamat tahun baru 2018 semua.... semangat tak???? mesti bersemangat tau... tahun nie tahun yang agak berat buat ummi sebab Auni ak...
-
Ummi.. Cikit jer lagi nie... Kita jumpa di Majlis Konvo ke 50 yer... Adus.. Best nyer dapat tgk live konvokesyen kali nie.. Rasa macam diat...
No comments:
Post a Comment