Monday, April 19, 2010

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Sunday, April 18, 2010

Baby Khayra - 3 months old

Try this with your three-month-old: put on your dancing shoes, hold your baby close and move to your favourite music! Support her head gently but firmly as you sway backwards, forwards and from side to side. Dance lets her experience smooth, fluid movements - something she's working on developing but hasn't yet managed. Plus, it's great exercise and a mood lifter for you.

You may also find that your baby now enjoys being gently pulled to a sitting position after she's been lying on her back. As the weeks go by, you may find that your baby "asks" to be pulled up so that every time you put your hands out to her, she grabs them. She can't sit up yet but she's thinking about it! A baby of this age changes so fast. Don't forget to keep your memories safe in a photograph album.

Thursday, April 15, 2010

Weekend Program

Demi menyahut seruan jantung sihat.... aunara dan keluarga pun pergilah berjogging-jogging di Seremban 2. Agaknya ummi terjogging ker? Tidak ler jawapannya... tapi ikutkan tolak stroler tu kira jogging la kan...


tengah-tengah jogging terjumpa plak buaian ni.. singgah dulu sebelum sambung lagi...


ha.. kan ummi dah cakap.. ummi tolak stroler jer... ni la buktinya... orang lain jogging ummi dan baby posing.... acikan....

Siapa tu ek????

Tiba-tiba ummi ternampak kelibat orang nie... sungguh meragukan apa yang sedang dilakukan... agaknya apa ek??? mari kita terjah.. ekehkehkeh

Uish... baru nampak muka... abang rupanya ekk...

Abang buat apa tu??? Jawapan nyer... tengah buat keje ler.... (dlm hati dia jer yang tahu)... kah kah kah..

hah... ini keje abg rupanya yer.... kantoi...... wa wa wa.........

cop... abang tak marah kan????

Wednesday, April 14, 2010

Hari Ini hari Khamis

Tiba-tiba ummi rasa sungguh exited untuk bekerja hari nie walaupun ummi masuk lewat... kelewatan ini adalah disebabkan ummi membawa Khayra mengadap misi untuk dicucuk... namun begitu darling ummi nie sungguh kuat. Nangis sikit jer... pastu tidur.. huhuhu...... setabah ummi lah tu... kah kah kah..

So???? apa kaitan dengan tittle nie.... kaitan nya adalah sebab hari ni hari khamis... ummi bawak khayra gie check up... tu jer.... hahaha... osah ummi dah biol kejap....

ok.. back to work... work smart ummi... chiok.....

Tuesday, April 13, 2010

Hari pertama pam dengan kaedah marmet

Tq mama ain sebab ajar ummi cara nak pam susu kaedah marmet.... terabur jugak la mula2 tu... tapi hendak seribu daya kan... so ummi pun buat la... walaupun lengoh2 tangan nie.... dapat la satu botol... sebagai permulaan. ummi akan cuba lagi dan lagi.. sehingga stok susu khayra memenuhi satu peti.. wah... Good luck ummi...

Monday, April 12, 2010

Bila Aira Dapat Homework....

Nak dijadikan cerita, jumaat lepas Aira dapat homework.. dengan penuh happy dia bagi tahu..
Aira: Ummi, hari ni aira ada 2 homework
Ummi: Ok.. mana buku?
Aira: Dalam beg affa... (dalam hati.. suke hati kamu jer buli kakak tu. Actually dia memang berlenggang hari tu masa ke sekolah)
Ummi: Ok kita buat kat rumah nanti...

So dipendekkan cerita. Sampai la ke rumah wek. (sebab dia org mmg duduk situ pun sementara ummi keje).. sesampai jer terus dia jerit....

Aira: wek... aira ada 2 homework...

auni ngan husna pun cakap yg masing2 ada hw gak... so masing2 bukak buku. Tapi yang comel nie still tak bukak2 lagi buku dia...

Wek : aira kata ada hw tadi. Meh la kita buat.
Aira: Teacher kata buat homework kat rumah
Wek : yela... ni kan rumah... jom la kakak dah buat dah
Aira: tak.. ni rumah wek... bukan rumah aira
wek : ek???? (terkesima.... tak tahu nak jawap apa lagi...)

ha ha ha.... anak siapa la nie... ummi tak ajar tau....

Thursday, April 8, 2010

Bingkisan Doa

Sekiranya kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
Andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh Mu kepada ku,
Maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah kerana Mu,
Dan campakkanlah dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana Mu.

Namun,
Andainya dia bukan jodoh yang ditetapkan oleh Mu kepadaku,
Berikanlah ku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
Yang kau berikan kepadaku.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada Mu,
Agar bertambah kekuatan untuk mencintai Mu.

Ya muhaimin,
Jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada Mu.

Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada Mu.

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu.

Ya Allah,
Jika aku rindu,
Jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurga Mu.

Ya Allah,
Jika aku menikmati cinta kekasih mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir mu.

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasih Mu,
Janganlah biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada Mu.

Ya Allah,
Jika kau halalkan aku merindui kekasih Mu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada Mu.


Seperti biasa semua perlukan peringatan. ummi terjumpa doa ini... tak salahkan kita kongsi.... sebab kadangkala kita terlalai dengan dunia..... so marilah kita sama-sama berdoa.... amin...

Tuesday, April 6, 2010

Anak-anak

Hari nie pun Aira still mc.... Slip mc ummi yang bagi hehehe.. Husna biasalah sesorang ke sekolah. Tapi balik tadi teacher dia kata husna nie cepat pick up. Ha.. amik apa... terangkat dia sekejap. ALhamdulillah. Auni plak balik jer kat depan pagar sekolah lagi terus dia tunjuk piala yang dia menang. Dapat tempat ke-2. Tapi katanya kawan kakak dapat banyak hadiah. Kakak sikit.. kenapa yer? Jawapan ummi kawan kakak banyak masuk acara. Kakak sikit. Tak pe la tahun depan cuba lagi yer kakak...

Apa-apa pun Alhamdulillah mereka nampak berjaya......

Monday, April 5, 2010

dah start dah...

Aira dah 2 hari demam. Hari nie dia cuti sebab kebetulan kakak pun cuti. Gara-gara ganti hari sukan sabtu lalu. Seperti biasa kalau Aira demam dia akan muntah2 dan tak talu nak makan. Ye la kan... orang tak sihat...

Ummi pun dah nak dekat seminggu tak sedap badan. Kadang kala sejuk kadang kala ok.... entah le... cuaca kot. Atau badan ni dah tak stabil. Apa2 pun hari nie ummi start selsema. Ades... semoga cepat sembuh. Kesian la kat anak2 ini.....

So... ummi kena kuat.... semoga Allah bagi kekuatan... ha.. jangan nak perasan terer ye ummi....

Adios....

Sunday, April 4, 2010

Pabila barangan itu telah lama...

Setiap insan ada kemahuan...... dan tatkala kemahuan untuk mendapatkan yang baru datang, maka yang lama diabaikan. Tapi sedarkah kita bahawa yang lama itu telah banyak berbakti dan berbudi kepada kita. Cuma disebabkan perasaan ingin dan mahu menyebabkan kita tidak peduli kepada barangan itu. Kita akan terus dan terus berusaha untuk yang baru.... Akhirnya kita hanya akan sedar pentingnya barangan lama itu pabila kita tahu yang barangan baru yang menjadi idaman kita sebenarnya mempunyai banyak kekurangan dan tidak dapat berbakti sebagaimana barangan lama.... maka pada masa itu... barangan lama mungkin telah tiada disimpanan......

Sebagai konklusi.... hargailah segala apa yang menjadi hak kita sekarang sebelum ianya menjadi hak orang lain atau hilang dari pandangan kita.....

???????????????

Sebenarnya teringat karangan masa sekolah-sekolah dulu.... "Saya Sebuah Beg" dan yang sewaktu dengannya....

Rutin Seorang Insan...

Terasa over plak entry nie.... so ummi deletekan... siapa yg dah terbaca tu abaikan jer ek....

memang rutin semua orang lebih kurang sama jer tiap2 hari kan....

oleh itu hargailah ibu kita.... sesungguhnya pengorbanan mereka amat besar... to kaum ayah plak tak dilupakan sebab merekalah yang bertungkus lumus mencari rezeki... so hargailah mereka...

masa akan terus berlalu.... hargai masa itu...

Gambar Lama



Ni kategori saje tak de keje.... kita masuk gambar lama. Gambar ni diambil semasa perkahwinan salah seorang member di KL... Masa tu ummi masih bujang. Kurus tuh.... sekarang??? eeeeeeeeee... nanti ummi loadkan gambar sebelum dan selepas keh.... kita buat perbezaan ikut timbangan kilo... kah kah kah

Saturday, April 3, 2010

Setelah Seminggu Berlalu..

Setelah seminggu Aira ke sekolah nampak dia memang happy.... so Ummi dah boleh terima statement yang AIRA DAH KE SEKOLAH.... ada la satu hari dia cuba untuk tidak ke sekolah kerana lambat tidur... tapi Alhamdulillah akhirnya dia tidak ponteng.. walaupun macam tu aira selalu ditinggalkan oleh husna gara2 lambat turun dari kereta... so berlari-lari lah budak tu mengejar kakak nya... kesian... tapi semangat punya pasal ikutkan jer la...

Auni plak ada sukan sekolah hari nie... She won the game... happy sungguh kami. Walaupun tak nampak mana hadiahnya.. Ade ke? Apa apa pun petang tadi dia dah mengeluh sakit kaki... yela mana tidaknya 2 minggu duduk di padang. Sampai muka pun dah berbelang...

Oklah nanti ummi upload gambar yer.. tak best plak tak de gambar kan.....

Hari Lahir Anak

 Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...