Monday, December 27, 2010

Kala Mereka Kecil



Inilah wajah anak2 ummi ketika kecil.. comel..... montel... dan dah besar pun mereka dengan wajah yang berbeza...

Nur Khayra Aleena

Posting ini ummi buat khas untuk Aleena yang bakal menyambut hari lahir ke-1 januari ini... Doa ummi dan ayah serta kakak semoga adik menjadi anak yang solehah, taat kepada perintah Allah, hormat orang tua dan semoga adik berjaya di dunia dan akhirat....

Ini semua adalah senyuman adik... happy betulkan masa kanak-kanak.... kalau lapar dan tak selesa baru menangis..... kalau tak adik main jer...... enjoy...... & Happy Birthday to u...

Luv Ummi, Ayah, Kakak Auni, Kakak Husna dan kakak Aira

My Baby is going to be 1 year old....


Kejap jer masa berlalu.. dah nak satu tahun baby ummi nie.... rasanya baru sebulan dua ummi start keje... lepas pantangkan khayra...

Disember last year adalah bulan yg paling mem'panic'kan ummi.... setiap hari bila ke pejabat mesti org tanya.. aik.. tak bersalin lagi... nah amik.. disember tahun nie.. ummi tak de benda yg nak ditunggu... tunggu nak habiskan keje jer... maka dengan ini... anak2 ummi pun dah besar....

Apa khayra boleh buat sekarang :-
- makan (for sure.... semua jenis dah dirasa)
- jalan (masih berpaut pada something walaupun kengkadang dia cuba jugak lepaskan tangan)
- mulut nyer agak bising... tapi apa yg disebut? ah ah ah.... tah tah tah...
- pandai berebut dgn kakak (so kenalah kakak mengalah)
- kalau nak kan sesuatu mesti menjerit.. itu tahap paling kritikal.. so kakak2 dia kenalah dapatkan barang untuk adik dia...
- panjat tangga.. hobby paling disukai...

"And a happy birthday to your baby! Can you believe a whole year has gone by since you gave birth? A lot has happened, in his life and yours. If only you had one ringgit for every dirty nappy, every papaya-stained shirt, and every precious baby smile, you'd be able to buy yourself the great big bunch of flowers that every parent deserves! Your little one is probably toddling around now, or on the verge of that crucial physical milestone. The next step is independent walking, talking and curious toddlerhood. You'll love seeing his growing sociability and vocabulary - but prepare yourself, those first temper tantrums go hand-in-hand with his budding independence" Baby Centre

Thursday, December 23, 2010

Kisah Cinta Kopi Masin

Sweet.. terjumpa plak cerita nie...

Dia baru sahaja tamat belajar dan kini telah bergelar seorang doktor. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup.

Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah sekolah tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik.

Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan.

Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka.

"Astaghfirullah," bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya.

Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya.

Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu, "Kau kenal ke gadis itu?"

"Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa. Dan masih belum berpunya lagi," jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini!

Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata,

"Berikan saya kopi masin!"

Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya.

Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?"

"Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut... masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini," jawab lelaki ini.

Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan mereka mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya.

Dia pasti lelaki itu adalah seorang yang menyintai dan mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sangat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya.

Setelah peristiwa terseburt, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di sekolah tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka.

Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya.

Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya.

"Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu..

Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi."

Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu.

Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya, "Bagaimana rasa kopi yang masin?"

Dia dengan pastinya menjawab, "Rasanya manis sekali."

Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan, dalam pelayaran menuju cinta Tuhan.

Our New Hobby



Ada tetamu baru di rumah... Anak2 enjoy... ummi yang 50 - 50 nie pun akhirnya terima jugak... semoga hobby baru hasil idea ayah nie menggembirakan aunara.. so far... kalu di ikutkan dia orang nak bawak kehulu kehilir... idok ler... kang cecir bere plak binatang tu...

so... korang dok diam kat rumah yer.... nanti kakak balik...

Monday, December 20, 2010

Persiapan Sekolah

Pencarian dah bermula.... ini adalah senarai keperluan untuk ke sekolah

Auni
- beg - pakai tahun lepas punya... bila tanya dia.. dia kata ok.... checked
-stationary... yg nie dapat hadiah masa masuk pertandingan mewarna.. so... checked
- buku... tengah cari... kalu tak jumpa beli jer kat skolah... checked
- baju.... dah tempat... tunggu siap jer... checked
- kasut dan stokin... CHECKED... ok dah boleh ke sekolah...
- cop... yuran belum da...... tak pe sempat lagi.. he he he..

Husna
- sama macam auni.. baca jer..... cuma beza dia orientasi 1hb nanti.... so checked

Aira
- tak de persiapan pun untuk anak nie... semua pakai tahun lepas punya... ye la kakak2 dia banyak baju... tak perlu membazirkan.....
- tapi dia dapat beg baru, crayon baru, buku conteng baru... kira ok lah kan....
- apa yang ummi dan ayah risau.... nak ke dia ke sekolah sebab husna dah sekolah lain ????? hu hu hu

Tuesday, December 14, 2010

Siapakah...????

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA...........

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Monday, December 13, 2010

cuti sekolah




Cuti sekolah pun dah tinggal separuh.. so kena la start prepare untuk sesi yang baru... anak2 macam happy je ke sekolah.. ummi tengah tunggu si aira tu.... macam mana agaknya ek... tapi dengan penuh confident dia cakap.. tak pe aira boleh gie sekolah sorang2 sebab aira dah ada kawan.... tapi kengkadang dia cakap plak... ala... aira nak sekolah dengan affa... hu hu hu.. perlu ke ummi dan ayah amik cuti 3 januari 2011 untuk hantar dia ke sekolah....?

Monday, December 6, 2010

kelas buat coklat



Sebagai memenuhi sesi cuti sekolah.. satu kelas membuat coklat telah diadakan di rumah wek... dengan penuh huru hara... beberapa bentuk coklat telah siap.. tapi dengan 'aman'nya dapur wek tunggang langgang.... dan akhirnya coklat tu masuk ke dalam mulut tukang buat... ha ha ha.... janji korang bangga dengan ciptaan masing-masing...

Monday, November 29, 2010

Aira Di Office...

Dah lama gambar nie.... dan dah besar pun anak nie... apa2 pun gambar nie diambil masa bibik balik dan aira tiada siapa yang boleh tolong jagakan... lama dah...




Sunday, November 28, 2010

Sukernyer....

Nak melompat ummi bila tengok template nie... suke nyer.... tapi bila call mama iza.. dia sibuk... sedey..... actually kami tengah in a mood untuk berkarya.... bestkan.. terasah minda walaupun sebenarnya copy paste jer....

ayah..? any comment.....

SUKENYER......

Sunday, November 21, 2010

Program Cuti Sekolah

Dah mula dah..... dengan kata lain, anak2 ummi dah besar. Auni akan masuk darjah 2, hsna darjah 1, aira tadika 5 tahun dan khayra 1 tahun.. hu hu hu.. so mari kita senaraikan aktivit sepanjang cuti sekolah ni.... rancangan dahulu...

- tusyen BA untuk auni
- buat banyak latihan untuk 3 dara ni.... supaya senang masuk sekolah nanti
- exercise banyak2.. supaya semua slim.. termasuk ummi tau..
- jalan2... yang nie tak de arah lagi.. tak tahu tempat.. kl je kot ngeh ngeh ngeh
- mengaji untuk 3 dara nie..
- yang lain tu.. korang main la sementara kecik nie.. esok dah besar dah malu2....

rasanya itu dulu.. apa2 tambah lagi ek..

erm..

Thursday, November 18, 2010

Aleena - 10 bulan

Melakukan pergerakan yang lebih banyak
Ketika bayi berusia 10 bulan, dia selalunya boleh merangkak dengan baik menggunakan tangan dan lututnya, dengan anggota-anggotanya lurus dan tubuhnya selari dengan lantai. Banyak juga bayi yang cuba merangkak sebelum usia 10 bulan tetapi hanya dapat melakukannya dengan baik pada usia ini. Pada usia ini juga, bayi anda boleh duduk dengan yakin dan mungkin boleh berjalan sambil memegang perabot, dan mungkin juga dapat melepaskan pegangannya seketika dan berdiri tanpa sokongan.

Monday, November 15, 2010

Selamat Hari Raya

Aidil Adha bakal tiba... tapi mood raya macam tak de jer... habis2 pun gie bank keluarkan duit... tu jer... petang nie nak masak.. agaknya ini la kot rasanya kalu kampung dekat kan...?? kalu jauh dah balik dah... mood keje?? ada.. sebab keje banyak.. tapi kepala asyik fikir keluarga jer... nak call cik ayah takut ganggu... so buat tak tahu lah.. ho ho ho...

SELAMAT HARI RAYA...

Saturday, November 6, 2010

Konvokesyen Husna dan Aira..



Akhirnya hari ini datang juga... Husna dan Aira konvo.. so apa kaitan dengan kami.. ? disebabkan ummi dan ayah adalah AJK... ummi pun terkena tempias berdebar takut presentation tak jadi.. walaupun agak laju gambar2 tu.. tapi boleh dibaiki tahun depan... bio la orang lain plak... penat dah...

tapi satu perkara baru ummi dan ayah tahu... rupanya our aira cepat panik... selama nie kakak2 dia exited nak bagi persembahan, tapi kali nie aira boleh menangis plak.. kesabaran ummi goyang jugak.. ada la adegan gertak timbul... tapi kesian.. pujuk punya pujuk.. rupanya bila bagi makan baru dia hilang gabra... betul la tu.. orang kata kalau lapar kita cepat panik.. yo lah... apa2 pun semua dah settle... Alhamdulillah... hilang penat dan panik...

so.. husna bakal ke darjah 1.. dah besar anak ummi... dengan kata lain ummi makin tua.. tinggal la aira sengsorang sekolah kat sana tahun depan... huhuhu.. kita tengok dan lihat apa akan berlaku...

happy dengan persembahan anak2 yang comel...

* kat atas tu gambar husna jer sebab dia yang sebenar konvo.. aira hanya grad 4 tahun... next 2 years she will wear the jubah...erm...

Tuesday, October 26, 2010

25 Perkara yang tidak disukai suami

ha ha ha.. agaknya ummi macam nie ker....????

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak. Walaupun
ianya benar
ie. "hubby i tu kan kan..siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "

2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu
dimasa yang salah.
ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak
cakap..malam nih kita masak sardine jer ..ok tak "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa
barang-barang yang disimpan beliau..
ie. "kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat
atas shelf mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan
menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa
mana-mana seksyen yang hendak dibaca.
ie. "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan.."

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa
bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan
sisuami tak sempat baca/tengok
ie. "eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu..kita dah potong
simpan ..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari
opis,sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru
semalam telah ke pasar.
ie. "bang.. semalam kita lupa beli garam,gula beras dan susu budak
....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh
dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan
suami.
ie. "saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli
susu pekat dan gula pasir ...kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami
terlebih dahulu
ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik
minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa
memberitahu suami.
ie. "screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar
jadi gambar bunga ros..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas
10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber... .
ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami.
ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab
hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "




12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan
rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat
dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar
rumah.
ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan
dinner jer,kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak
keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur.
ie. " sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena
pilih betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri
sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk
dipakai dihari berkenaan.
ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak
ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami
sedang hot dengan budak budak tu..
ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak
tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila
nak dekat asar sahaja.
ie. ",,nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan
mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau
beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda
benda lain.
ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv.
ie. "pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan
liverpool, mari tolong saya potong ayam nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami
untuk bercerita jugak.
ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau
tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then
lagi u tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u
nak tau....bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil
dan di ulang tayang semula tiap tiap hari.
ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan
sekarang dah ...bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah
you "

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa.
ie. " eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep
beep tak henti henti nih...betina mana pulak awak nak nih..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain.
ie. "..eee u tau tak hubby i tu..."

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan.
ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan
rojak pasembor...i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore.."


24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran.
ie. "..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah
rosak.."

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah.
ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu
then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan
pakaian dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak
menuai sekali....."

Isteri...perkara yang disukai...



1. Isteri adalah manusia yang sensitif dan lemah lembut sifatnya. Oleh itu, suami perlu melayaninya dengan lemah lembut, penuh kasih sayang dan berhati-hati supaya tidak melukakan perasaannya.

Sabda rasulullah S.A.W;“Wahai suami, lembutlah terhadap isterimu.”

2. Isteri suka dirayu, dipuji kecantikannya, layanannya serta pilihannya.

3. Isteri sudah menghabiskan masanya berhias bagi menghiburkan hati suaminya. Oleh itu, suami perlu menghargai usaha isterinya itu.

4. Isteri menyukai suami yang dermawan dan murah hati. Oleh itu suami perlu berusaha menjadi pemurah mengikut kemampuan masing-masing.

5. Isteri sangat menyukai suami yang mulia, memiliki keyakinan diri yang tinggi serta mempunyai kedudukan yang baik dalam masyarakat.

6. Isteri sangat menyukai suami yang suka memujinya, khususnya pujian yang diberikan di depan orang lain seperti ahli keluarganya.

7. Isteri sangat senang hati apabila suaminya sering mengingatinya walaupun mereka berjauhan dengan cara menelefon dan mengirim SMS kepadanya.

8. Isteri sangat menyukai suami yang memberikan perhatian istimewa kepadanya ketika dia sedang bersedih ataupun sedang sakit.

9. Isteri menyukai suami yang gemar menggodanya seperti anak-anak dan mencumbuinya mesra.

10. Isteri menyukai suami yang perkasa ketika melakukan hubungan, serta melakukannya dengan kelembutan dan kasih sayang.

11. Isteri sangat senang apabila suaminya membuatnya merasa dirinya penting dalam hidup suaminya.

12. Isteri menyukai suami yang memperlihatkan rasa cemburunya yang wajar serta menunjukkan kekhuatiran sekiranya dirinya ditimpa bahaya.

13. Isteri sangat senag sekiranya suami mempercayainya, mempercayai akhlak dan amanahnya.

14. Isteri tidak suka apabila suaminya memuji kecantikan layanan ataupun pilihan wanita lain.

15. Isteri tidak suka suaminya menyebutkan kelemahannya sekalipun dengan niat bergurau terutamanya di depan orang lain.

16. Isteri tidak suka sekiranya suami mengancamnya dengan penceraian.

17. Isteri tidak senag hati apabila suaminya membicarakan mengenai poligami walaupun secara berguarau.

18. Elakkan daripada memandang wanita lain di depan isteri walaupun secara tidak sengaja. Ini kan melukakan harga diri dan perasaannya serta menumbuhkan rasa cemburu dalam diri isteri.

19. Rumah adalah segala-galanya bagi isteri. Oleh itu, sebagai suami pastikan keperluajn isteri disediakan secukupnya memgikut kemampuuannya.

20. Suami perlu usahakan supaya pekerjaannya tidak mengalihkan perhatiannya daripada isteri dan keluarga.

21. Tinggalkan urusan pekerjaan suami di luar rumah dan berikan sepenuh perhatian kepada isteri dan anak-anak apabila berada di samping mereka.

22. Elakkan meninggalkan isteri sendirian di rumah dalam suatu tempoh yang lama tanpa keperluan yang mendesak, terutama ketika pasangan belum dikurniakan cahaya mata. Sekiranya pasangan sudah mempunyai cahaya mata, sekurang-kurangnya isteri akan menyibukkan dirinya dengan memberikan tumpuan kepada anak-anak di saat-saat mereka berjauhan.

23. Isteri sangat senang dengan perakuan suami yang mengucapkan selamat tinggal dan bersalamam setiap kali meninggalkan rumah. Apalagi sekiranya ia ditambah dengan kucupan

**** from - http://mrs-gordoedi.blogspot.com

blog vs fb

bab ini terpulang pada pembaca.. bagi ummi ada byk kelebihan blog dan fb... ye la fb boleh jumpa kawan lama.. blog tak boleh... cuma fb dan blog adalah tempat untuk luahan perasaan... he he he.. apa2 pun.. ikut suka masing2 la... ummi dah kurang aktifkan fb... sebab ummi suka belek blog ummi nie... lagi satu ummi nak sambung balik minat ummi yg dah lama ummi tinggalkan... ape ek.. pastinya mencari maklumat tentang pelbagai perkara... maklumat rumah tangga, resipi dll.... ha ha ha.. sebabnya ummi dah jadi penyebuk plak rasanya sebab dok baca luahan perasaan orang lain dll... biarlah ummi luahkan dalam blog nie.. kalu nak baca buka kalu bosan tutup...

apa2 pun cuti sekolah bakal datang... perancangan??? nanti kita list outkan yer...

anyway ummi suka template baru nie... so sweet....

Tuesday, October 19, 2010

Ummi mc lagi...

Nama pun mc kan... so ummi dok ontok2 kat rumah... jangan nak ngade nak gie jalan2.. walaupun kaki nie gatal nak berjalan kan.... tapi apa2 pun ummi enjoy dapat tengok anak2 ummi pergi dan balik dari sekolah... mata??? alhamdulillah dan kembali cerah sedikit walaupun masih ada merah2 hati tuh... rugi plak tak amik gambar kan... boleh jadi bukti.. walaupun sebenarnya tak sanggup nak tgk...

Hari nie jugak ummi dapat makluman yg husna dapat masuk SRI, sama dengan kakaknya.... Alhamdulillah.. thanks Allah bagi peluang kat anak nie.. semoga jadi anak2 yg solehah.. jgn nakal mcm ummi.... dan satu lagi berita best tentang result kakak... Alhamdulillah... elok2 belaka.. sekarang ummi kengkadang terfikir dolu punya soalan susah atau budak2 sekarang pandai.. sebab dolu result ummi teruk betul... malu jer.. nasib report card tu dah hilang... nanti keluar lagi statement kakak.. 'kenapa ummi tak pandai?'... ish ish ish...

so... ummi go and get ready ur things 4 tomorrow.... buek2 la gosok baju tuh... so bubai... khayra dah tido la... tiada lambaian dari nya malam nie...

Sunday, October 17, 2010

Ummi cuti lagi..

hu hu hu.. mata ku masih merah... kepala pun berat lagi... harap2 esok dah boleh start keje... belambak amet amet keje yg pending..... apa pun hari nie ummi kena enjoy jaga anak2 nie.... pastinya pepagi tadi hantar kakak dulu baru hantar adik2nya... itupun kakak sampai depan pagar jer.. biasanya sampai dalam... adik2 pulak ummi hantar sampai dalam biasanya sampai pagar jer... tak sampai pun.. ummi hantar tepi longkang jer... keh keh keh.. pandai2 la korang jalan sendiri... zalim betul ummi nie...

so next.. apa mahu buat?? masak dan membelek si comel aleena... pastinya... mesti esok ummi rindu nak buat keje2 nie... Ayah!!!! ada idea tak??? haruskah ku ......... atau ...... (balik kang ayah jawap ek..)

bubai... aleena pun melambai...

Sunday, October 10, 2010

My Babies (part 2)



Seperti yang dijanjikan... inilah anak2 ummi.. Semoga anda semua berjaya di dunia dan akhirat yer.... jadilah anak2 yang solehah dan taatilah ibu bapa (ummi ngan ayah la tuh) serta semua orang... harapan ummi kelak anda semua tidak sombong dan bangga diri... amin

Saturday, October 9, 2010

My babies...




Dah besar pun mereka... tapi inilah rupanya kalau mereka kecil-kecil dahulu.... erm.. Aira dan Aleena akan ummi upload yer..

Monday, September 20, 2010

Khayra @ aleena @ alin @ adik @ baby



My name is Nur Khayra Aleena....but ummi always call me alin.... hahaha...banyak betul gelaran untuk si baby nie.... ummi pun ikut suke jer memanggil semua nama.... paling suka ummi panggil alin... macam lembut sikit.. sebab kalau panggil khayra nanti kakak aira dia yang menyahut.. tapi aleena pun banyak kali jugak.. tak kisah la kan.. apa2 pun ayah dan kakak2 panggil baby khayra...anyway baby ummi dah ada 1 batang gigi di atas dan 1 batang gigi di bawah.. dan perkembangan fizikal pun boleh tahan... hehehe.. tak lama lagi boleh la dia berjalan.. Insya Allah...

Monday, August 23, 2010

USED vs LOVED

While a man was polishing his new car,
his 4 yr old son picked up a stone
and scratched lines on the side of the car.
In anger, the man took the child's hand
and hit it many times not realizing
he was using a wrench.

At the hospital, the child lost all his fingers
due to multiple fractures.

When the child saw his father.....
with painful eyes he asked, 'Dad when will my fingers grow back?'
The man was so hurt and speechless;
he went back to his car and kicked it a lot of times.

Devastated by his own actions......
sitting in front of that car he looked at the scratches;
the child had written 'LOVE YOU DAD'.
The next day that man committed suicide. . .

Anger and Love have no limits;
choose the latter to have a beautiful, lovely
life & remember this:
Things are to be used and people are to be loved.
The problem in today's world is
that people are used while things are loved.

Let's try always to keep this thought in mind:
Things are to be used,
People are to be loved.

Watch your thoughts; they become words.
Watch your words; they become actions.
Watch your actions; they become habits.
Watch your habits; they become character;
Watch your character; it becomes your destiny.

Thursday, August 19, 2010

Selamat Menyambut Puasa...

Dah cukup seminggu kita semua berpuasa... kejap sahaja rasanya.. tinggal lagi beberapa hari lagi nak raya.. eceh... dah jangan fikir.. lambat lagi... anyway.. auni lengkap berpuasa cuma hari jumaat lepas je yang di amat2 tidak larat gara2 kena pjk di dlm kelas...

Adik2 dia.. dah selamat

Sunday, August 1, 2010

Happy.. Happy Always....

DOAKAN KEBURUKAN KE ATAS ANAK

Ini adalah petikan dari Buletin Adik Bijak....

Biasa terdengar dialog-dialog berikut atau kita sendiri pernah ucapkannya?

•"Tuan kaunselor saya tak tau nak buat macam mana lagi dengan anak saya. Dia lembab sungguh dalam pelajarannya"
•"Anak aku tu degil betul. Susah nak dengar nasihat... nak ikut kata dia jer!"
•"Aku kalau boleh anak aku tu tak perlulah pandai sangat. Nanti bila besar masuk asramalah, universitilah... sunyilah aku nanti"
•"Si Ana tu tak boleh diharap sangat. Tak macam abangnya"


Moralnya di sini: Dalam pada kita berbual atau mengadu nasib kepada pihak lain (rakan, ahli keluarga, kaunselor dan lain-lain) seringkali kita menceritakan akan kelakuan atau sifat anak kita. Mungkin niat kita untuk memberikan deskripsi yang tepat agar pihak ketiga dapat memberikan pandangan yang bersesuaian. Adakala kita tokok tambah sini-sana sikit agar cerita lebih menarik. Tapi pernahkah kita sedar bahawa setiap percakapan dan ucapan yang keluar dari mulut kita terhadap anak merupakan satu doa?! Dan doa ibu bapa untuk anaknya akan sampai terus kepada Allah!!!

Istaghfirullah... apa dah kita ucapkan, ni?! Kita kata anak kita lembap, kita kata anak kita degil... keras kepala... nakal... tak berguna. Rakan-rakan semua... semua ucapan tu doa belaka. Khuatir jika Allah s.w.t memperkenankan semua doa-doa tersebut... dan kitalah punca kenapa anak kita tidak menjadi insan cemerlang.

Apa kata kita bermuhasabah diri dan kenal pasti bagaimana harus kita memperbetulkan diri kita, dan letakkan kembali peranan diri kita sebagai ibu bapa pada landasannya yang betul. Senario-senario di atas hanyalah sebahagian kecil yang sempat saya coretkan. Tentunya banyak lagi senario yang menyumbang kepada fenomena ibu bapa mensabotaj anak sendiri.

Rasulullah merupakan model ibu bapa terhebat. Kisah Luqman Al-Hakim yang terwahyu di dalam Al-Quran juga model seorang bapa yang cemerlang. Tidak perlu kita cipta ilmu keibubapaan yang baru... kerana Allah telah menyediakan dan RasulNya telah mempamerkan panduan yang jelas untuk kita ikuti. Kita cuma perlu belajar, faham dan amalkan... dan kita juga akan menjadi ibu bapa yang hebat juga, insyaAllah.

Istana Budaya

Akhirnya dapat juga Ummi tengok teater muzikal.... dah lama sgt2 nak merasa masuk Istana Budaya... so nak dijadikan cerita ada orang belanja.. Alhamdulillah.. akhirnya tuhan gerakkan jugak hati Abang utk bawa Ati kesini... eceh... ha ha ha...

Apa-apa pun thanks a lot Abang.... katanya sempena Anniversary. Dah 8 tahun rupanya yer.. banyak perkara yang masih perlu dipelajari dan perlu dikenali... Semoga Allah ikhlaskan hati kita di dalam semua perbuatan dan pekerjaan.... dan semoga Auna2ra menjadi anak2 yg solehah dan berjaya di dunia dan akhirat....





















Kalau gambar2 tu terover gedik... abaikan jer la yer.. ini semua coretan ummi semata2... sebab jarang amet2 ummi bergambar macam nie... macam tak percaya pun ada.... wa ka ka... ada ummi kisah????

Monday, July 26, 2010

Mendidik Anak-anak

Sebenarnya banyak kesilapan yang telah dilakukan di dalam proses untuk mendidik anak2 ini..... memang kadang kala ummi sendiri tak perasan. Bila dok ingat balik baru perasan yang selama ini banyak yang silap... antaranya..
- jangan terlalu marah anak... nanti dia tak confident
- kita selalu marah kalau anak memilih makan... tapi kita tak sedar kita tu lagi dasyat.... yeke??.... ye kot.. sebab kita selalu cakap jangan memilih, itu semua rezeki... tapi kalau kena yg tak kena dengan selera.. kita pun tak makan..
- selalu marah anak depan orang ramai.. tapi bila kita tengok anak orang kena marah kita plak cakap teruk betul mak ayah budak tu... dah tentu budak tu kecil lagi.. itu pun nak marah.. cakap elok2 tak boleh ke???
- selalu marah anak kalau lewat balik main.. tapi selalunya mak ayah lagi suka berborak sampai maghrib... macam mana tu...

itu antara apa yg ummi dapat melalui bacaan... nanti kita kongsi lagi.. sesungguhnya anak2 ini adalah anugerah Allah... perlu dididik dengan sebaiknya. Jangan salahkan dia orang kalau dia orang buat salah bila besar nanti... cuba perhatikan.. kadang kala cara percakapan dan perbuatan mereka adalah apa yang kita tunjukkan sebab anak2 ini meniru segala perbuatan mak dan ayah mereka..... belajar lah.... lately nie dalam IKIM banyak dibincangkan tentang didikan anak.....

so.. ummi jangan dok bersosial sesangat ek.... cari ilmu.... Insya Allah...

so what... ada ummi kisah apa yang ummi tulis... benarkan....? hehehe..

Saturday, July 24, 2010

peringatan itu penting....

ini adalah koleksi kata-kata semangat yg ummi dapat dari fb Prof dr. muhaya... Semoga dapat berkongsi dgn semua... have great2 day.... and success always...

MOst people say they have no time instead of plan. Action without planning is the reason for failure. MOSt success is accompanied by plan. Better and more complete plan the better is the result

Before we do anything we have to do something first. The more we spend time planning the better result we get in whatever we do. We have to have a place for eveything and have everything in its place. THe more we plan the more we drive it into our subconscious mind where it takes on a motivational power ofits own. 1 m...inute of planning saves at least 5 minutes in execution.

If you do not have goals for yourself you are doomed to be working for goals of others

People who value themselves use their time better

Affirm good things to our self. Eg I am excellent at time management. Our subconscious mind will organise our being into what we affirm. Repeat . I am punctual, I am good at completing my big impact tasks. Visualise ourself to be good.

When we meet someone always appreciate, acknowledge and do not criticise

Say good words, Take good actions & Think good thoughts

Tuesday, July 20, 2010

KEMULIAAN MENJAGA SOLAT

Rasulullah SAW. bersabda,
"Barangsiapa menjaga shalat, niscaya di muliakan oleh Allah dengan lima kemuliaan" :

1. Allah menghilangkan kesempitan hidupnya
2. Allah hilangkan siksakubur darinya
3. Allah akan memberikan buku catatan amalnya dengan tangan kanannya
4. Dia akan melewati jembatan (Shirat) bagaikan kilat
5. Akan masuk syurga tanpa hisab

Dan barangsiapa yang menyepelekan shalat, niscaya Allah akan mengazabnya dengan lima belas siksaan ; enam siksa di dunia, tiga siksaan ketika mati, tiga siksaan ketika masuk liang kubur dan tiga siksaan ketika bertemu dengan Tuhannya (akhirat).

Adapun siksa di dunia adalah :

1. Dicabut keberkahan umurnya
2. Dihapus tanda orang saleh dari wajahnya
3. Setiap amal yang dikerjakan, tidak diberi pahala oleh Allah
4. Tidak diterima do'anya
5. Tidak termasuk bagian dari do'anya orang-orang saleh
6. Keluar ruhnya (mati) tanpa membawa iman

Adapun siksa ketika akan mati :

1. Mati dalam keadaan hina
2. Mati dalam keadaan lapar
3. Mati dalam keadaan haus, yang seandainya diberikan semua air laut tidak akan menghilangkan rasa hausnya

Adapun siksa kubur :

1. Allah menyempitkan liang kuburnya sehingga bersilang tulang rusuknya
2. Tubuhnya dipanggang di atas bara api siang dan malam
3. Dalam kuburnya terdapat ular yang bernama Suja'ul Aqro' yang akan menerkamnya karena menyia-nyiakan shalat. Ular itu akan menyiksanya, yang lamanya sesuai dengan waktu shalat

Adapun siksa yang menimpanya waktu bertemu dengan Tuhan:

1. Apabila langit telah terbuka, maka malaikat datang kepadanya dengan membawa rantai. Panjang rantai tsb. tujuh hasta. Rantai itu digantungkan ke leher orang tersebut, kemudian dimasukkan ke dalam mulutnya dan keluar dari duburnya. Lalu malaikat mengumumkan :'Ini adalah balasan orang yang menyepelekan perintah Allah'. Ibnu Abbas r.a berkata,'seandainya lingkaran rantai itu jatuh ke bumi pasti dapat membakar bumi'.
2. Allah tidak memandangnya dengan pandangan kasih sayang-Nya Allah tidak mensucikannya dan baginya siksa yang pedih.
3. Menjadi hitam pada hari kiamat wajah orang yang meninggalkan shalat, dan sesungguhnya dalam neraka Jahannam terdapat jurang yang disebut "Lam-lam". Di dalamnya terdapat banyak ular, setiap ular itu sebesar leher unta, panjangnya sepanjang perjalanan sebulan. Ular itu menyengat orang yang meninggalkan shalat sampai mendidih bisanya dalam tubuh orang itu selama tujuh puluh tahun kemudian membusuk dagingnya.

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan
dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan
Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan
baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah
akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi
mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu,
nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak
berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan
mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan
melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal)
mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya
nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.

Kiranya Lelaki Tahu...

Satu lagi petikan dari email yang diterima...

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang
paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam
matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana
nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh
mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan
dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak
berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan
senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan Persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu
ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu
panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia
sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk
memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki
yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan
tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang
mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa."

DOSA IBU BAPA MENGATASI KESALAHAN ANAK-ANAK

Email dari teman .... harap menjadi ikhtibar buat kita semua..

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala. Di atasnya ada malaikat yang amat kasar lagi keras perlakuannya.

Mereka tidak mengengkari Allah apabila disuruh dan mereka tentu melaksanakan apa yang diperintahkan"
[al-Tahrim 66 : 6]

Kadang-kadang saya rasa tersinggung apabila permintaan saya tidak dihargai. Saya bukan meminta kelebihan. Apa yang saya pohonkan ialah pada beberapa kotak kosong di dalam diari bulanan saya, ia adalah masa saya untuk isteri dan anak-anak.

"Bolehlah ustaz, janganlah macam itu. Anak hari-hari boleh jumpa. Kami sudah tiada masa lain yang sesuai untuk menjemput ustaz. Harap ustaz dapat pertimbangkan permintaan kami", kata seorang pemanggil yang menelefon saya.

Dialog seperti ini meletakkan saya pada situasi yang menjadikan saya serba salah. Mengapakah masa seorang ustaz untuk anak-anaknya tidak dianggap penting?

Bukankah itu sesi beliau menunaikan kewajipan nafkah kasih sayang, didikan dan perhatiannya kepada anak- anak. Semasa saya kecil, saya tinggal di sebuah kawasan perumahan dan seawal usia 10 tahun, saya pernah membuat kesimpulan bahawa budak-budak jahat pada masa itu, sama ada anak ustaz, tak pun anak polis!

Alangkah prejudisnya saya semasa itu. Saya tidak faham bagaimana saya boleh beranggapan sedemikian rupa.

Mungkin kerana geram saya apabila basikal yang ayah belikan, dibengkokkan oleh si Samseng Kampung Dusun, anak seorang ustaz. Tetapi hari ini hati saya menjadi gundah semula. Terutamanya selepas menerima maklum balas seperti dialog di atas.

Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Itulah peribahasa Melayu yang amat menusuk perasaan saya. Ketika saya menaip artikel ini, Saiful Islam dan Naurah sedang tidur nyenyak di depan saya. Memandang mereka telah meretak hibakan hati saya.

"Maafkan Abi, wahai anak-anakku, Abi berdosa mengabaikan kalian", saya sukar menahan hati dari bersedih.
Saya masih ingat, semasa saya di Ireland , usaha saya mendidik dan membesarkan Saiful Islam, ternyata amat mudah. Malah saya setiap hari memanjatkan syukur kepada Allah kerana Saiful Islam amat mudah untuk diurus. Dengan tugas saya sebagai Imam, saya tidak keberatan untuk membawa anak sulung saya ke masjid, saya baringkan di kepala sejadah dan matanya berkelip-kelip melihat saya menyampaikan khutbah Juma at.

Semasa itu, untuk saya menegurnya ketika dia melakukan kesalahan, caranya amat mudah. Saya tunding jari, tanpa perlu membuka bicara, Saiful Islam sudah menghamburkan air mata takutkan `kemarahan' saya.

Tidak dinafikan, ketika itu mungkin usia anak saya baru setahun dua. Memang tidak susah menjaganya.

Tetapi apabila saya fikirkan, hari ini saya tetap saya yang sama. Anak bertambah, usia mereka juga bertambah, tetapi mereka tetap berayahkan ayah yang sama. Tetapi kenapa hari ini, fikiran saya selalu kusut memikirkan mereka?

Ya, suasana di Ireland amat saya rindui. Saya duduk di negara Kuffar, tetapi usaha mendidik anak memang mudah dan menggembirakan.

Saya tidak menyesal menjadi `suri rumah' selama beberapa tahun. Saya bertugas secara sambilan di beberapa masjid, menyambung pengajian Master secara distance learning dengan The Open University, UK , dan sambil itu saya menjaga soal makan minum, hal ehwal rumah tangga, dan Saiful Islam membesar di depan mata.

Itu lebih baik, daripada saya bekerja sebagai kasyer di pasar raya, kemudian semua gaji dibayar kepada nursery yang mencecah harga ratusan Euro sebulan. Masakan tidak, semua nanny memegang Ijazah Early Childhood Learning malah mahir pula dengan rawatan kecemasan Paedriatrik dan first aid.

Namun saya gembira membesarkan anak dengan tangan saya sendiri. Isteri saya sibuk bekerja di wad kecemasan hospital, shifnya tidak tentu siang malam. Maka saya mengambil alih tugas di rumah. Setiap pagi saya mandikan anak, menyalin bajunya, menggoreng kentang atau pasta kosong untuk sarapan. Saya bermain bersamanya seketika, kemudian ke dapur memasak untuk makan tengah hari. Saiful Islam tidur semula sekitar jam 11 dan saya naik ke bilik ulangkaji untuk membuat assignment. Zohor kekadang di masjid, jika cuaca baik.

Tengah hari saya qailulah seketika, solat Asar dan kemudian membawa Saiful Islam ke hospital untuk mengambil isteri saya dari tempat kerjanya, pulang bersama sambil menghirup udara petang yang segar.

Ketika di Naas, kadang-kadang kami melencong ke belakang hospital bersama roti keras yang saya bawa dari rumah, untuk memberi burung undan di tasik, makan petang bersama kami. Saya mencampak roti ke tasik, Saiful Islam dan Umminya turut sama.

Jika isteri saya oncall, saya akan ke hospital menghantar nasi dan lauk, khususnya semasa isteri saya mengandung anak kedua kami, Naurah Sabihah. Suasana ketika itu memang nyaman, fikiran saya tenang dan prolifik, kegiatan kemasyarakatan banyak dan saya sanggup mengayuh mountain bike selama 2 jam untuk memberi kuliah Tafsir Surah Yasin kepada adik-adik yang tinggal di South Circular Road, Dublin.

Itulah suasana saya membesarkan anak ketika di Ireland . Memang hati kami sunyi tidak mendengar laungan azan dari menara masjid bertahun lamanya. Namun derita melihat laungan azan tidak diendahkan di Malaysia , lebih menghiris rasa.

Hari ini saya sudah pulang ke Malaysia . Cabaran membesarkan anak- anak semakin meruncing. Semasa di Ireland, saya pernah berbual dengan isteri sambil merenung daun-daun perang gugur di petang musim luruh.

"Abang rasa, kita hanya boleh tinggal di Ireland sampai usia anak kita mencecah umur tadika. Apabila dia perlu bersekolah, kita harus pulang ke Malaysia ", saya meluahkan pandangan tentang perancangan masa depan kami.

Isteri saya mengangguk tanda setuju.

Saya berfikiran begitu kerana saya khuatir dengan Aqidah anak saya. Tentu sahaja saya patut risau.

Semasa bertugas sebagai Pengetua dan guru di Belfast Islamic School, saya ada banyak pengalaman yang menakutkan. Selain kisah di Belfast Zoo dan cerita evaluation test anak-anak murid kami, saya juga tidak lupa kepada suatu insiden di sebuah pasar raya di Lisburn Road , Belfast . Seorang anak muda bekerja sebagai kasyer di situ dan tag namanya tertulis "OMER".

Wajahnya ada iras Irish dan ada sedikit iras Asia .

Apabila ditanya sama ada beliau Muslim atau tidak, beliau termenung seketika dan berkata, "my father is a Moslem!"

Aduh, adakah krisis identiti itu yang mahu saya risikokan kepada anak-anak dengan menyekolahkan mereka di Ireland ? Tentu sekali tidak.

Tetapi selepas pulang ke Malaysia , pandangan saya berubah sama sekali.

Kadang-kadang saya menangis sambil merenung jauh dari tingkap rumah kami, "apakah selamat anakku membesar di Malaysia ?"

Ya, semasa di Ireland , saya kira amat mudah untuk saya gariskan batas-batas Iman dan Kufur kepada anak-anak.

"Jangan ikut perangai Spencer itu, dia bukan orang Islam!", saya boleh menyebut begitu kepada Saiful Islam dan Naurah.

Apabila anak-anak pulang ke rumah, saya boleh berbicara dengan mudah bahawa yang jahat itu bukan Islam, bagi mereka agama mereka, dan bagi kita Islam yang satu. Garis hitam putih amat jelas.

Tetapi bagaimana di Malaysia ? Spencer, Ah Meng, Ravin, Shahril, semuanya lebih kurang sama. Perangai dan akhlak tidak banyak berbeza. Grey area melebar luas.

Nak dikatakan tidak Islam, dia Islam. Tetapi kelakuannya tidak mencerminkan agama di kad pengenalannya. Habis, mudahkah saya menerangkan semua ini kepada anak-anak? Saya tabik kepada rakan yang sanggup menyekolahkan anak-anak di SRJK(C), walau pun terpaksa berulang ke sekolah menghantar bekal makanan sendiri. Semuanya kerana mereka mahu anak-anak membesar di dalam suatu suasana yang garis hitam dan putihnya jelas.

Mampukah saya begitu? Entahlah...

Lebih menyedihkan, sabar saya tidak seperti sabar saya semasa di Ireland . Hari ini apabila anak-anak buat semak, ada kalanya macam mudah benar untuk darah saya tersirap. Terutamanya apabila saya pulang ke rumah selepas dua jam meredah lautan kereta. Syukurlah saya banyak berusaha membaca dan belajar tentang topik-topik yang membina sikap pro aktif. Saya cuba menapis setiap insiden, agar saya memberikan respond yang tepat dan bukannya marah berbalas marah, geram berbalas geram, degil berbalas cubit dan sebagainya.

Saya sentiasa berasa malu apabila membaca kisah keluarga Stephen Covey. Profesyennya sama seperti saya. Kami selalu out station untuk memberikan training. Jadual kami ketat. Tetapi Stephen Covey, mempunyai 9 anak dan dia tidak pernah terlepas daripada menghadiri majlis dan peristiwa yang penting berkaitan dengan anak-anaknya.

Bukan suatu yang mudah untuk seorang American membesarkan 9 anak. Saya yang dua ini pun sudah pening kepala.

Sebab itu jugalah saya tidak suka memarahi anak-anak dengan tengking dan leteran. Lagi banyak kita menengking, lagi cepatlah bisanya hilang. Saya tidak percaya kepada pendekatan marah sebagai teknik default menegur kesalahan anak. Berapa ramai yang menjadi baik hasil siri marah di sepanjang usia membesarnya? Apa yang pasti, anak yang selalu dimarahi akan menjadi pemarah dan kemudiannya bakal memarahi anak-anaknya pula suatu hari nanti. Ingat, anak kita mungkin gagal mengikut kata-kata kita, tetapi mereka tidak akan gagal meniru perangai dan tingkah laku kita sebagai ibu dan bapa.

Jika anak kita buruk kelakuan, jangan cari sebab yang jauh. Anak- anak adalah cermin wajah ibu dan bapa mereka.
Ya memang marah itu perlu, tetapi ia bukan pendekatan harian saya. Saya lebih suka bercakap dengan anak-anak dan cuba memahamkan mereka kenapa satu-satu perbuatan itu betul atau salah. Jika Saiful Islam naik angin, saya akan tangkap dia dan mandikan agar `sejuk', kemudian saya ke bawanya ke bilik dan kami berdialog.

Biar pun soalan anak-anak bertali arus dan kekadang berpusing ke belakang, saya sentiasa setia melayan.

Rasa marah atau letih, rasa mengantuk atau sengal badan, semuanya diketepikan dan saya mesti mendengar isi bualan yang ingin dikongsi oleh Saiful Islam dan kini Naurah juga. Biar pun isunya hanya soal kad Grandsazer dan Kamen Rider. Itulah wasilah saya mendengar dan menunjukkan kasih kepada anak-anak.

Namun punca sebenar yang menjadikan saya tidak tergamak untuk memarahi anak saya, ialah kerana saya rasa berdosa kepada Allah terhadap mereka. Malah kesalahan anak-anak saya yang belum mumayyiz dan tidak aqil aligh ini kepada saya dan ibu mereka, tidak terbanding dengan dosa saya dan isteri terhadap mereka.

Masakan tidak. Saya telah memilih isteri yang solehah dan sebahagian cita-cita saya, agar akhlak mahmudah isteri akan tumpah kepada anak-anak suatu hari ini.

Saya percaya, ramai dari kalangan kita yang melakukan perkara yang sama. Pendidikan anak-anak bermula dengan memilih ibu yang baik untuk mereka.

Tetapi tumpahkah solehah isteri kepada anak-anak?

Turunkah baik saya kepada anak-anak? Sukar untuk menjawab soalan ini kerana orang sebenar yang membesarkan anak-anak hari ini, adalah guru di tadika atau pembantu rumah Indonesia . Alhamdulillah jika yang Indonesia itu orangnya baik, bersolat dan menjaga batas-batas agama. Bagaimana dengan yang berpembantu rumah seorang penyembah berhala dari Myanmar , Thailand atau Filipina.

Kita berjumpa dengan anak-anak ketika kita sudah letih. Kita sudah hilang seri di wajah dan jiwa malah bahasa. Anak-anak juga sudah mengantuk ketika saya sampai di pintu menanggalkan kasut. Bilakah masanya kita menumpahkan akhlak mahmudah kita kepada anak-anak?

Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak adalah pembantu rumah, guru nursery, dan entah siapa lagi. Ibu dan ayah di mana?

Jawapannya mudah sahaja, SIBUK BEKERJA.

Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Itu hanya taraf lembu membesarkan anak-anaknya.

Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak putus-putus. Bekalan (rezeki) yang kita dapat adakah dari sumber yang halal untuk kita memberi makan anak-anak kita, bekalan yang tidak berkat atau tidak halal yang menjadikan anak-anak jauh dari ALLAH dan melahir kan anak-anak yang bermasalah tanpa kita sedari…… sebagai contoh kita sebagai ibu bapa berkerja lebih masa, semata-mata untuk dapat kan bekalan tambahan, tetapi kita tidak melakukan kerja lebih masa dgn bersungguh-sungguh (curi tulang).
Lagi 1 yang saya nak ingatkan kepada ibu bapa zaman sekarang, jangan lah berkira @ kedekut dengan anak-anak, kita sebagai ibu bapa berkerja siang dan malam untuk keperluan anak-anak. Kalau kita kedekut dan berkira dengan anak-anak, bila anak-anak dewasa mereka pula akan kedekut dan berkira dengan kita… masa tu jangan salahkan anak-anak kita, salah kan diri kita yang mengajar anak-anak kita menjadi begitu... (biar kedekut dengan orang lain, tapi jangan kedekut dengan anak-anak kita)
> Apa yang paling utama adalah soal jumlah masa yang kita luangkan bersama mereka. Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan mereka?

Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak diswastakan kepada pihak lain. Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis. Anak buat perangai mungkin semata-mata atas dorongannya untuk mencuri perhatian kita…. Menasihati anak-anak, biar lah dari mulut kita sebagai ibu bapa yang menasihati, cara lebih berkesan, dari kita mewakilkan orang lain menasihati anak-anak… terutama mulut ibu….. nasihat biar cara lembut… bukan berkasar dgn anak-anak…
Ingatlah, dalam suasana kita hari ini, dosa ibu dan bapa terhadap anak-anak, lebih besar berbanding kesalahan mereka kepada kita.

Insaflah wahai ibu dan bapa, jangan mudah melenting, sebelum cukup kasih diberi.

Seandainya saya memohon kotak kosong itu kekal dikosongkan, janganlah heret saya ke suasana yang menjadikan saya tersepit. Saya ada tanggungjawab kepada anak-anak, anda juga sama. Anak-anak dan isteri saya, adalah madu pertama saya.

Jika kita dalam perjalanan pulang dari KL ke Ipoh , kita singgah di Tapah untuk Solat dan makan. Kemudian kita meneruskan perjalanan ke Ipoh . Tetapi selepas 15 minit memandu, baru kita tersedar yang salah seorang anak kita tiada. Ketika itu kita kelam kabut mencari U-Turn dan mulut tidak henti-henti berdoa agar anak yang tertinggal di belakang, selamat dan tiada mudarat.

Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan untuk berpatah balik menyelamatkan keadaan.

Tetapi berapa ramai ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat, kita tertinggal isteri dan anak-anak di belakang. Jika lebuh raya kita boleh berpatah balik. Tetapi jika mereka ditinggalkan dari Tarbiah dan didikan Islam, ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang?

Apakah ada satu lagi peluang? Jawapannya TIADA.

Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka.

Saya hairan semasa membaca sabda Nabi SAW betapa tanda Kiamat itu adalah pada ibu yang melahirkan tuannya.
Anak durhaka jadi kebiasaan. Mengapa suasana begitu boleh terjadi?
Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja. What you give, you get back!... luang kan masa bersama-sama anak lebih dari masa berkerja.. pergorbanan paling berkesan mendidik anak zaman sekarang…!

Hari Lahir Anak

 Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...