Thursday, July 9, 2009

Kebanggaan Kami


Inilah dua insan yang membesarkan ummi dan adik-adik dengan disiplin dan kasih sayang. Hasilnya kami adik beradik berjaya di Universiti dan kerjaya. Ummi ingat lagi, masa kecil papa memang garang, tapi garangnya bersebab, sebab kami tak belajar dan asyik tengok tv. Sudahnya sampai sekolah menengah tv kami tv hitam putih. Tiap kali kami nak exam merekalah yang akan bangun solat hajat tahajud dan berpuasa di siang hati. Tak tahulah boleh ke ummi buat macam mereka.

Selain daripada itu, mereka orang yang rajin membantu, so tak hairanlah kenapa anak-anaknya berjaya. Papa sanggup habiskan duit dan tenaga untuk tolong orang untuk ke Mekah dan lain-lain. Sanggup ke ummi.... entah la.. silap hari bulan kalau la orang lain mesti dia kata menyusahkan dia jer... tapi bagi papa dan mama benda tu ibadah, nanti Allah yang balas. Mereka tak pernah bantah untuk membantu walaupun kadang kala orang yang meminta tolong tu selalu menyakitkan hati mereka. Sabarnya mereka.

Satu lagi paling best kalau pergi rumah dia. Pasti tetamu yang datang tu kenyang dan seronok sebab makanan mesti banyak. Kalau cakap nak datang esok, malam nie dia orang dah prepare dan pastinya segala aktiviti sosial akan dia orang batalkan. Tak kiralah sukan ke apa ker? Janji tetamu dia orang seronok. Papa pernah pesan kat ummi, kalau layan tetamu makan jangan makan cepat sangat, nanti tetamu segan nak tambah. Sebab tu kalau makan dengan dia orang mesti dia orang makan slow dan pastinya tetamu akan tambah dan makan sampai kenyang. Sebab bagi mereka, tetamu membawa rezeki dan pahala. Susahkan nak jadi macam dia orangkan. Kadangakala orang sekarang tetamu datang pun boleh buat tak tahu jer. Kengkadang tu siap takut tak dapat makan. Sedih kan? Semoga anak-anak ummi dapat dididik sebagaimana mereka mendidik ummi.

Satu lagi papa memang terkenal dengan lurusnya semasa bekerja. Sebab tu agaknya orang takut nak ambil kesempatan pada dia. Dia tak pernah mengeluh walaupun tertinggal berbanding kawan-kawannya yang lain. Pernah ummi mengeluh kerana gaji suatu masa dulu, papa marah, katanya gaji dan pangkat adalah milih Allah, Dia yang memberi, so kita kena bersyukur. Malahan papa selalu pinta supaya adakan sujud syukur setiap kali dapat gaji. Sabarnya mereka. Semoga Allah bukakan hati ummi untuk menjadi seperti mereka dan supaya dapat didik anak-anak ummi macam mereka mendidik ummi dan adik-adik. Amin............

No comments:

Hari Lahir Anak

 Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...