Friday, July 17, 2009
Thursday, July 16, 2009
Bulai Julai yang amat sibuk
Rasa sekejap sangat bulan Julai nie. Ummi betul-betul sibuk. Minggu lepas ummi berulang ke Melaka untuk pameran. Minggu nie plak berulang lagi ke PD untuk kerjalapangan. Selama ni ummi elak untuk ke site, tapi tak boleh jugak. Selasa lepas dah turun sekali dan akan turun untuk kali ke dua dan ketiga. Semoga baby kuat dan tak de apa2 terjadi kat ummi. Tempat ni memang licin. Kali terakhir ummi pergi masa mengandungkan Husna pun dalam lebih kurang kandungan 3-4 bulan. So yang nie pun macam tu. Tapi yang ummi pelik lokasi adalah sama.... Tanjung Tuan Melaka.....Huhuhu....mungkin baby nak ikut kakak husna kot. Aktif....
Walaupun macam tu, ramai yang ambil berat tentang ummi.... bahagia rasanya..... kawan-kawan ummi sanggup sms bagi support untuk ummi keje.... best kan....hilang rasa penat, tak kurang jugak ada tukang urut kaki nanti.
Walaupun macam tu, ramai yang ambil berat tentang ummi.... bahagia rasanya..... kawan-kawan ummi sanggup sms bagi support untuk ummi keje.... best kan....hilang rasa penat, tak kurang jugak ada tukang urut kaki nanti.
Baby.....
Hari ni ummi gie first medical check up. Kononnya nak buat buku kat klinik kesihatan tapi tak de surat rujukan plak. So pergi la klinik biasa. Bila scan dr tu pun tak tertangkap gambar baby. Aktif betul dia. Patut la perut ummi kadang kala sakit. Rupanya uri tutup sikit pintu rahim. Dr kata ia akan beralih. Harapnya begitu la.
So hari ni usia baby dah 16 minggu 6 hari. Sekejap kan...... tup tup dah nak keluar baby... Semoga baby ni sihat, sempurna sifat dan jadi anak yang soleh. Amin
So hari ni usia baby dah 16 minggu 6 hari. Sekejap kan...... tup tup dah nak keluar baby... Semoga baby ni sihat, sempurna sifat dan jadi anak yang soleh. Amin
Friday, July 10, 2009
Kadang kala tak salahkan terjiwang... kah kah kah
Sejak ada cd jiwang dalam kereta nie buat ummi teringat zaman belajar dulu. Happy betul rasanya, sebab masa di U matlamat ummi untuk berjaya. So masa tu kurang perasaan jiwang nie.... yeke ??? kah kah kah...... tapi bila dah start ada perasaan masa tu tak kisah sibuk ke tidak ke call dan sms mesti tak putus. Seronok kan? Lebih seronok kalau ada orang sayang kat kita...... ish ish ish...........
betul la kan.... tak salah sekali sekala terjiwang..........
betul la kan.... tak salah sekali sekala terjiwang..........
Minggu yang sibuk...
Wah.... terasa sibuk betul minggu nie. Start dengan ke UM hari Isnin lepas pastu ke Melaka 2 hari berturut2 sebab dek pameran pastu hari nie lagi sibuk. Start dengan 2 meeting yang mujurlah singkat (tapi lapar sebab tak sempat sarapan), pastu amik anak2 hantar rumah wek, beli lauk, pergi bank hantar duit bibik, balik ofis buat minit yang berjota-jota tu, petang ke workshop kereta untuk servis. Balik kang pastinya bertukang untuk masak lauk budak2..... huh....... best betul, kalau macam nie mesti ummi cepat kuruskan.......... tapi mujurlah baby nie baik, tak meragam sebab lately nie ummi payah nak makan, cepat sangat kenyang pastu tak bleh pedas sangat nanti rasa perut bisa. macam macam kan? tapi ummi happy sebab ummi nak ajar baby nie dari dalam perut lagi supaya boleh buat serba serbi. Superhero harapnya.
Thursday, July 9, 2009
Kebanggaan Kami
Inilah dua insan yang membesarkan ummi dan adik-adik dengan disiplin dan kasih sayang. Hasilnya kami adik beradik berjaya di Universiti dan kerjaya. Ummi ingat lagi, masa kecil papa memang garang, tapi garangnya bersebab, sebab kami tak belajar dan asyik tengok tv. Sudahnya sampai sekolah menengah tv kami tv hitam putih. Tiap kali kami nak exam merekalah yang akan bangun solat hajat tahajud dan berpuasa di siang hati. Tak tahulah boleh ke ummi buat macam mereka.
Selain daripada itu, mereka orang yang rajin membantu, so tak hairanlah kenapa anak-anaknya berjaya. Papa sanggup habiskan duit dan tenaga untuk tolong orang untuk ke Mekah dan lain-lain. Sanggup ke ummi.... entah la.. silap hari bulan kalau la orang lain mesti dia kata menyusahkan dia jer... tapi bagi papa dan mama benda tu ibadah, nanti Allah yang balas. Mereka tak pernah bantah untuk membantu walaupun kadang kala orang yang meminta tolong tu selalu menyakitkan hati mereka. Sabarnya mereka.
Satu lagi paling best kalau pergi rumah dia. Pasti tetamu yang datang tu kenyang dan seronok sebab makanan mesti banyak. Kalau cakap nak datang esok, malam nie dia orang dah prepare dan pastinya segala aktiviti sosial akan dia orang batalkan. Tak kiralah sukan ke apa ker? Janji tetamu dia orang seronok. Papa pernah pesan kat ummi, kalau layan tetamu makan jangan makan cepat sangat, nanti tetamu segan nak tambah. Sebab tu kalau makan dengan dia orang mesti dia orang makan slow dan pastinya tetamu akan tambah dan makan sampai kenyang. Sebab bagi mereka, tetamu membawa rezeki dan pahala. Susahkan nak jadi macam dia orangkan. Kadangakala orang sekarang tetamu datang pun boleh buat tak tahu jer. Kengkadang tu siap takut tak dapat makan. Sedih kan? Semoga anak-anak ummi dapat dididik sebagaimana mereka mendidik ummi.
Satu lagi papa memang terkenal dengan lurusnya semasa bekerja. Sebab tu agaknya orang takut nak ambil kesempatan pada dia. Dia tak pernah mengeluh walaupun tertinggal berbanding kawan-kawannya yang lain. Pernah ummi mengeluh kerana gaji suatu masa dulu, papa marah, katanya gaji dan pangkat adalah milih Allah, Dia yang memberi, so kita kena bersyukur. Malahan papa selalu pinta supaya adakan sujud syukur setiap kali dapat gaji. Sabarnya mereka. Semoga Allah bukakan hati ummi untuk menjadi seperti mereka dan supaya dapat didik anak-anak ummi macam mereka mendidik ummi dan adik-adik. Amin............
Subscribe to:
Posts (Atom)
Hari Lahir Anak
Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...
-
Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...
-
Selamat tahun baru 2018 semua.... semangat tak???? mesti bersemangat tau... tahun nie tahun yang agak berat buat ummi sebab Auni ak...
-
Ummi.. Cikit jer lagi nie... Kita jumpa di Majlis Konvo ke 50 yer... Adus.. Best nyer dapat tgk live konvokesyen kali nie.. Rasa macam diat...