Tuesday, September 23, 2008

Raya Lepas....

Tinggal lagi 6 hari untuk kita raya.... sekejap nyer la masa berlalu... tahun nie raya di melaka (rumah mertua). Mesti seronok....... mana-mana pun seronok, tak semestinya raya dengan keluarga kita jer yang best.. keluarga mertua pun keluarga tau..... pastu kalu tak ngaku keluarga jangan kawin... biar bujang sampai ketua ....... penat jer orang tu besarkan isteri / suami kita.. tup-tup lepas kahwin siap boleh menyampah kat dia orang, nyusahkan la, tak de privecy (lain jer ejanya) la, pastu buat muka tak puas hati..... entah la... (nie bukan pengalaman ummi tapi reality...ramai yang macam nie)

hahaha....... ummi membebel nie sebab ramai kengkawan ummi yg beraya kat umah mertua tahun nie...... semuanya kata tak best...... entah la.... no komen... ummi beraya gak kat umah mertua... ok jer.. pastu beraya la umah mak sendiri....... boleh jer kan????

macam abu faiz cakap tadi (abu faiz nie penceramah bebas, tadi dia bagi ceramah kat ofis.. best sangat) perbuatan kita semuanya mestilah kerana Allah... kita nie hambaNya di dunia. Kalau kita tak suka ciptaanNya.. sama dengan kita tak mengaku kewujudan Dia. Ayah dan ibu la bukti ke Esa an Nya.... sebab Dia yang mencipta... begitu juga dengan anak-anak... dah tu.. isteri / suami kita nie bukan anak orang ker? So kenapa mesti suka kat anak orang tu jer... suka la sekali ngan mak ayah nyer... adik beradik nya... ish ish ish....... Semoga Ummi dan keluarga tidak tergolong di dalam golongan org yang tidak mengenang jasa orang tua.. Amin....

Ha sebenarnya, ummi nak cerita pasal raya tahun lepas. Tahun 2007 ummi raya dengan family sebelah ummi. Kami beraya di Kuantan, sehari sebelum raya kami bertolak ke sana... memang seronok.. ke esokan harinya kami pergi beraya ke rumah We , Pak Teh dan Wek Cik di Kuantan. Memang niat papa dan mama untuk ziarah we dan wek cik... sebab dah lama tak jumpa. Nak dijadikan cerita tahun nie.. kedua-dua insan yang mama dan papa nak jumpa tahun lepas dah tiada di dunia lagi.. Dengan kata lain... raya tahun nie dah tak dapat nak jumpa dia orang.. yg ada hanya lah batu nisan....... Alhamdulillah... walaupun ada berlaku incident yang mengecikkan hati papa dan mama.... dia org dapat juga berjumpa dengan dua insan ini.... kalau tak mesti menyesalkan....Entah lah..... moral nya disini, cubalah sampaikan segala hajat ibu dan ayah kita......sebab kita tak tahu mungkin ada sebab kenapa Allah gerakkan hati mereka untuk sesuatu perkara............semoga kedua-dua org tua kita dipanjangkan umur di dalam kesihatan... dan semoga ummi dapat melaksanakan apa impian mereka..........

ok berjumpa lagi...........

No comments:

Hari Lahir Anak

 Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...