27 Julai - Hari akhir muna ngan kami.... ummi dia dah sedih dari hari sebelum tu lagi... tak tahu la kenapa. Masa dia kat rumah dulu tak pernah rasanya borak2 ngan dia... ye la takut dia jadi maid yg tak makan saman. Tapi sebenarnya dia baik sangat. tak tahu la lepas ni dapat tak maid macam dia lagi. Husna plak asyik tak bagi bibik dia balik. Auni tak cakap apa2. Aira lagi tak. Sedih jer bila tengok dia kemas beg. Tapi muna mesti seronok dapat balik jumpa anak. Agaknya ini la perasaan anak dia 2 tahun lepas. Wah..... sunyi sangat rasa rumah. Tak dengar dah jeritan muna panggil adik-adik mandi, makan, minum susu, gosok gigi........................ Dia pun sebenarnya sedih....... sebab adik-adik rapat ngan dia.... Agaknya dia datang lagi tak???????
Ingatkan ummi jer rasa sunyi... rupanya ayah pun rasa macam tu... hehehe.....auni plak malam tu boleh nangis sebab bibik tak balik lagi... petang tu dia dah tanya bila bibik nak balik.. mungkin dia rasa bibik dia gie outstation macam ayah dia kot
Anak-anak ummi yang manja dengan bibiknya............................
No comments:
Post a Comment