Thursday, July 31, 2008
Aira Jatuh......
besi yg macam kat kaki aira la tempat dia jatuh....tapi bukan kat situ... kat tempah yg hujung tu (tempat yang ada orang duduk tu..).. terlentang... adus... sakitnya.......
Sunday, July 27, 2008
Bibik balik.......
Ingatkan ummi jer rasa sunyi... rupanya ayah pun rasa macam tu... hehehe.....auni plak malam tu boleh nangis sebab bibik tak balik lagi... petang tu dia dah tanya bila bibik nak balik.. mungkin dia rasa bibik dia gie outstation macam ayah dia kot
Anak-anak ummi yang manja dengan bibiknya............................
Thursday, July 24, 2008
Nur Aliesya Husna
Wednesday, July 23, 2008
Petua 8 P Ustazah Siti Nurbahiyah
2. PELUK - P asangan suami isteri hendaklah selalu pelukmemeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari keranapelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. PENGHARGAAN - A malan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. PERHATIAN - M esti diambil berat kerana kekurangan perhatianboleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. PERSEFAHAMAN - M emerlukan pasangan lebih bertolak ansur danmemahami kerjaya masing-masing.
6. PERGAULAN - P asangan suami isteri mesti menjaga pergaulanmasing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampauibatas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orangketiga.
7. PERCUTIAN - P erlu merancang percutian berdua-duaan denganpasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8. PERMOHONAN - D oa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayangantara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dankeseronokan dunia.
BEBERAPA AMALAN DOA SELEPAS SOLAT YANG BOLEH MERAPATKAN HUBUNGAN DANMENIMBULKAN KASIH SAYANG ANTARA SUAMI ISTERI IAITU MEMBACA SURAH AL-IMRANAYAT KE-31 ATAU MEMBACAKAN AYAT KE-200 SURAH SAMA BAGI MENGURANGKAN PANASBARAN SUAMI.
KUNCI KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA YANG SEBENAR IALAH MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH.APABILA SESEORANG INSAN MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP AGAMA, DIA AKANMENGABAIKAN RUMAH TANGGA KERANA JIWA YANG KOSONG.KETIKA KITA JAUH DARIPADA ALLAH, IBLIS YANG SUKA UMAT MANUSIA BERCERAIBERAI AKAN MENGHAMPIRI DAN MELALAIKAN KITA DARIPADA TANGGUNGJAWAB TERHADAPKELUARGA,? KATANYA.
Mendidik Anak..... Sedikit Maklumat.....
2. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga .
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
11. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
12. Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
13. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
14. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
15. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
16. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
17. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
18. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
Tuesday, July 22, 2008
Pengasuh Baru....
harap cepat la maid datang... kesian kat dia.....
huhuhu......
Friday, July 18, 2008
Setelah 7 bulan bersekolah
kira pun dah sampai one hunngeret.... ok la tu...
cuma.... terkena sekali ummi dia baru-baru nie sebab lupa nama malaikat jaga syurga.... adeh ... malu gue... lepas nie kena banyak baca kitab.... hehehe.............
Thursday, July 10, 2008
Terbang.........
Nie nak cerita lagi… hari tu (16/4)bawa anak-anak ke kedah… tapi terlepas air asia…. teruk kan? kesian anak2.. tak dapat nak bayangkan kekeciwaan masing-masing. Auni ngan beg dan carier aira.. husna plak ngan beg sendiri. Pernah plak tu dalam berlari-lari terjatuh plak carier ni. kesian aunii patah balik dia nak ambil carier adik dia….. sampai jer kat kaunter selepas beratur kat kaunter lain, petugas tu kata dah tutup… tak boleh masuk…. sedih lagi.. dah la salah kaunter. tertutup plak…. bayangkan 2 kepala comel bergayut kat kaunter…. auni dah berair mata tanya “Ummi… kenapa orang tu tak bagi kita naik kapal terbang?’ ” kakak tak boleh naik ke?” Alamak…. tak boleh jadi ni… anak2 dah berkorban tidur sebab nak naik flight… kena pergi jugak…. terus call papa… cakap kat dia terlepas flight… dengan sabar dia cakap… “Mungkin ada hikmah tertinggal flight kali ni” so… dengan cepat terus ajak dia ke KLIA…. hehee… sabar betul papa walaupun dia tengah sakit…. terus dia ajak ke klia. Agaknya orang lain dah teruk kena maki hamun kena kutuk kena umpat siap boleh cakap….”menyusahkan…….. ” Dalam perjalanan tu dia masih ingatkan pegang tangan ummi… jangan jalan sorang2 dan macam2 lagi…. adus… teruk betul… banyak menyusahkan orang..
sampai klia terus beli tiket… itu pun atas pertolongan papa… loan lagi… ingatkan papa nak balik sebab mungkin dia penat tapi tak pulak… breakfast dulu…. tapi budak2 nie yang makan lebih… lapar kot…pastu main kat KFC… mujurla ada kapal terbang mainan tu… kalau tak bosan anak2. Pastu gi tengok k.p berlepas…. auni siap cakap… kecik nyer kapal tu… confuse2….Bila semua dah penat papa ajak budak2 nie tidur dulu, dapat la 10 minit sorang…. ish.. nasib la anak2 ni tak mengamuk… kalau tak pengsan ummi dia… sebelum ke terminal papa belanja KFC lagi…. seronok betul anak2…. (tak terbalas rasanya jasa papa)
pukul 12 tgh terus masuk…. papa siap tunggu kat tangga masuk lagi.. sampai tak nampak (agaknya la….sayup jer) (harap tak de yg kecil hati sebab hari tu papa banyak selamat kan keadaan….so rasa bangga… nanti sampai masa org lain kita puji dia plak ek)
sampai jer terminal au-na-ra bising lagi… tanya mana kapal terbang….? dengan sabar suruh la dia org tunggu… siap ada yang BO, masuk toilet entah berapa kali…. makan coklat…pastinya ada yg comot…at last datang gak kapal terbang tu… lepas check in dalam tunggu lagi…. nasib la tak lama sangat.. itupun au-na-ra bising lagi.. kenapa tak boleh masuk…. agaknya anak2 ummi ni kalot macam ummi kot… wakaka….
masuk jer semua happy… ingatkan akan ada yg menangis… tapi tak de maknanyer… dapatla kacang ngan fresh orange dan gula2 (sebab au-na-ra jer yg budak kat dalam tu) so sekali lagi dia org comot ngan gula2..
sesampai jer di alor star… ayah dia dah ada…. huh.. happy at least ada assistant…
HABIS BAB TERBANG…..
Hari Lahir Anak
Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...
-
Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...
-
Selamat tahun baru 2018 semua.... semangat tak???? mesti bersemangat tau... tahun nie tahun yang agak berat buat ummi sebab Auni ak...
-
Ummi.. Cikit jer lagi nie... Kita jumpa di Majlis Konvo ke 50 yer... Adus.. Best nyer dapat tgk live konvokesyen kali nie.. Rasa macam diat...