Tuesday, October 25, 2016

Teman Ummi


Sejak kebelakangan ini ayah sentiasa teman ummi kemana sahaja ummi pergi.... cumanya ummi selalu berjaga malam... so disebabkan ayah letih dan nak simpan tenaga untuk kerja esok, maka ayah sediakan coklat nie.. untuk teman ummi....

Aci gitu.....

Hehehe... tq abang @ ayah.... luv u so much... 

Monday, October 24, 2016

Rumah....

Sekadar perkongsian dari whatsapp yang ummi terima...... baca nye.. sebelum tu meh ummi perkenalkan rumah tradisional nie...

Ini rumah melaka (ada la iras rumah arwah atok dulu)

Ini rumah Pahang 
(rumah dinamakan Serambi Pahang, 
pemiliknya Penghulu Ismail bin Khatib Bakar, Jerantut Pahang ) 

Baca yer......

RUMAH ibu bapa adalah rumah bagi anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa..
Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa
Makan apa sahaja...
Tengok siaran tv ikut suka...
Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...

Tapi...
Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak- anak....
Tak boleh masak sesuka hati...
Makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka.....
Buat apa sahaja ikut suka....
Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa..

Begitu juga...
Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.....
Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati.....
Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.
Kalau rosak semua ibubapa tanggung..

Tapi...
Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna.....
Apatah lg dgn sesuka hati.
Takut rosak lah...
Takut langgar lah...
Takut calar lah.....
Kalau guna pun...
Pastikan minyak penuh semula.....
Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak- anak....

Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak....
Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak....

Tetapi anak-anak...
Belum tentu mengasihi ibubapa....
Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa....
Mereka ada masa utk membetulkan moto kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila emak memerlukan...

Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti...
Tetapi mereka tiada masa utk cuti menziarahi ibubapa yg rindukan mereka...
Mereka sayang ambil cuti utk melawat emak...
Sibok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan...
Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin...

Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada..

Tetapi...
Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta...

Bila isteri bercerita anak tahu apa yg isteri mahukan...
Tetapi bila ibubapa bercerita anak2 buat tak faham apa yg ibubapa mahukan...
Ibubapa tidak akan meminta secara terus kpd anak2nya kerana ibubapa takut anak akan terasa...

Mudah2an kita tergolong sebagai anak2 yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nnti.. Insyallah..

KATA-KATA YANG MEMBUAT RAMAI SEBAK

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.
Bila mereka kecewa kita  buat x nampak..
Kita x tanya sebab apa mereka murung..
Kita buat2 tiada apa berlaku pun...
Itulah kita anak2 yg lupa kasih sayang mereka....

Jadi, ingatlah pengorbanan ibu bapa kita, cintailah mereka lebih dari kita sendiri, kerana tanpa mereka siapalah kita.

Doakan ibu bapa sama ada yg masih hidup @ meninggal dunia .. jangan abai mereka kerana  suatu hari kita pun akan menjadi tua jua..
Mak ayah tak di jual di tepi jalan......sayangilah mereka..
Sebelum Allah jemput mereka kembali ..
Siapa kita ketika itu nanti..

Hai Adik......


Tak terkata rindunya Ummi pada Iqbal... sebenarnya ummi nak tulis benda lain.. tengah-tengah scrool gambar terjumpa gambar nie... tak pe la. Ummi upload dulu yer..... apa2 pun Ummi doakan Iqbal dan kawan-kawan sihat sejahtera dan selamat di Turkey...

Jaga diri baik-baik yer adik.....

* gambar ni Iqbal hantar semasa sambutan Merdeka... mereka sambut hari kemerdekaan Malaysia di Turkey...

Thursday, October 20, 2016

Enjoy petang-petang

Rezeki anak-anak ni bila atok dan ueik ajak di orang swimming di Allson Klana.. erm. Bukan nya jauh pun rumah dari hotel ni.. tapi dek disebabkan Atok diberi peluang untuk bercuti, so atok pun ambil kesempatan. Best sangat tengok mereka happy.. atok dan ueik masih jalankan aktiviti ke masjid dan program agama seperti biasa.. sesudah tu mereka bermalam di sini.. Dapat ka 2 malam.

Makanya.. apa lagi kami pun tumpang sekaki. Hakikatnya anak2 nie memang dah lama mengidam nak mandi pool.. Akhirnya tercapai la jugak.. Alhamdulillah...

Seronok nya kan.. macam ummi pun nak joint sama.. hahaha


Sempat lagi ambil gambar......... untuk promote barang.. besar kan chess tuh





Nie sebenarnya nak ambil gambar anak.. tetiba terambil gambar sendiri (erm... agaknya boleh ke terima alasan tuh.. hehehe)








Sunday, October 9, 2016

Berwaspada....



Pepagi ni ummi dapat whatsapp tentang kemalangan... yang sayunya mangsa adalah kanak-kanak... katanya si ayah berhajat untuk memotong semasa di jalan raya.. tapi tak lepas. Sudahnya accident, dan semua meninggal....

Ummi tak de apa nak komen.. cuma mengingati diri dan semua yang membaca... berwaspada yer. Check keadaan kenderaan sebelum melakukan perjalanan. Dan yang paling penting.. tolong jangan bawa laju... korang nak ker tengok anak macam nie..... itu pun kot la korang hidup lagi.. kalau korang yang meninggal.. nak ke anak tatap muka kita macam nie.. pastu agak-agaknya apa la jadi dengan anak tuh nanti.. siapa nak jaga, pelajaran macam mana?? emosi dia orang macam mana...????

SO please.. kalau mengantuk tolong berhenti dan rehat.. dan satu lagi. tok sah la baran sangat.. nak tunjuk yang korang tu hebat.. marah betul kat orang yang cucuk-cucuk belakang tuh.. biar lah dia.. lepas kan dia potong kita.. dia nak laju... lantak dia.. kot la yang tergolek.. dia... kita doakan dia selamat dan kita pun selamat sama...

Apa-apa pun, watak kita sebenarnya boleh dinilai semasa kita memandu.... kalau kita nie jenis menceceh pastu dok maki orang... pastu pantang orang laju, kita pun nak laju... maka itu lah sebenarnya korang.... sangat entah apa-apa... orang yang tak fikir yang korang bawa anak... tahu baran diri jer...

Ok lah.. untuk ibu bapa yang baik-baik dan yang ingin kan yang terbaik buat keluarga.. sabar yer.. tak lari pun tempat yang nak kita tuju tuh... bersabar dan tertib.. zikir selalu..... semoga Allah jaga kita..

Semoga syurga buat anak di atas.. dia meninggal semasa dalam perjalanan dari seremban ke jelebu.. AL-fatihah

Wednesday, October 5, 2016

Perkongsian...


Message dari Whatsapp... semoga dapat jadi pengajaran buat kita


As Salaam.... 
sekadar perkongsian utk kita...

Sejak dua tiga hari ni..saya sering ditanya dan mungkin juga dipujuk oleh seorang sahabat fb utk berkongsi rahsia kejayaan menukar kehidupan. ( Dia teman sejak kecil dan dia juga  menyaksikan bagaimana susahnya hidup saya dulu di kampung ).
.
Saya katakan padanya...saya tidaklah berjaya manapun tapi dia tetap memujuk. " Apa salah kongsi rahsia pun. Mana tahu boleh tolong kawan lain pulak," katanya.
.
Ok..saya setuju tp  saya katakan padanya.."saya tak berkongsi rahsia tapi mahu berkongsi cerita. Kau mesti baca citer aku sampai habis,".
.
Untuk sahabat saya itu...sila baca kisah ini.
.
Arwah mak saya meninggal dunia pada 2004 akibat kanser. Sejak disahkan menghidap kanser paru2 pd 2001..kesihatannya mula turun naik. Sepanjang tempoh itu..arwah menjalani rawatan kemoterapi selain kami berusaha secara alternatif. Dan alhamdulillah..walaupun doktor jangka hayat arwah cuma setahun..tp arwah mak saya survived hingga 3 tahun.
.
Sepanjang arwah sakit..selain abah dan adik2 yg menjaganya..saya dan suami juga akan mengambil alih tugas itu sekiranya arwah buat kemoterapi di HKL atau HUKM. Penat menjaga org sakit ni tp suami saya akan marah kalo saya merungut. " Itu emak awak tau. Bukan kawan2 awak. Jangan sesekali mengeluh depan mak" katanya.
.
Suatu hari..semasa di kampung..arwah mak saya terbuang air besar di atas katil manakala najisnya juga jatuh bersepah. Tahu apa suami saya lakukan? Dia mengelap najis itu tanpa rasa jijik dan menyuruh saya membersihkan arwah mak di bilik air. Sewaktu memandikannya..arwah mak berulang kali minta maaf tapi saya katakan.." buat apa nak minta maaf. Mak bukan buat salah pun. Sekadar terbuang najis..benda kecil je". 
.
Ketika itulah juga..saya lihat arwah mak saya menangis dan dia berdoa dengan kata2 yg tak mungkin kami lupakan sampai bila2. 
.
" Ya Allah..ini adalah anak2 aku yg berbakti kepada aku sepanjang aku sakit. Ini adalah anak2 aku yg tidak pernah berkeluh kesah. Ini anak2 aku yg sanggup mengotorkan tangan untuk najisku. Saksikanlah...aku berikan keredhaan aku sebagai seorang ibu dan Kau limpahkanlah seluas2 rezeki dan kekayaan pada mereka hasil bakti mereka padaku". Saya dan suami terus terkedu. 
.
Tiga minggu selepas itu arwah mak saya meninggal dunia dengan kata2 akhirnya yg disampaikan pd abah bahawa dia sudah mengampunkan semua dosa anak2, menghalalkan segala pengorbanan serta air susunya. Anak2 tidak berhutang satu dosa pun padanya. 
.
Utk sahabat yg bertanya itu...inilah kisah bagaimana kehidupan saya bertukar. Bukan kerana saya kawen dengan anak orang kaya kerana suami saya bukan anak yg suka menumpang pd kesenangan ibu ayah. Tapi kami merasai segala nikmat rezeki itu berkat doa dan keredhaan seorang ibu.
.
Saya selalu nasihatkan pada sesiapa...jgn berkira langsung dengan ibu bapa. Bukan mahu membangga diri tapi sejak saya kahwin...saya langsung tidak ambil pusing berapa yg suami saya peruntukkan utk ibunya. Berilah berapa saja dan saya tak pernah buka mulut.

Pernah satu ketika...suami  beritahu dia mahu memberi semua duit hasil penjualan ayam pd ibunya sebagai hadiah. Mmg rasa sedikit terkilan tp suami saya beritahu...redhalah.Nnt akan ada rezeki lebih luas utk kami.

Sebenarnya...utk memperoleh pahala..tidak perlu kita mengangkat senjata di medan perang sebaliknya jika masih ada ibu bapa kandung atau mentua...berbaktilah pada mereka. Walaupun mereka cerewet...atau seperti kebudak budakkan yg mungkin boleh membuatkan kita rasa kecil atau panas hati... berlapang dada lah. Pengorbanan ibu bapa membesarkan kita  lebih besar berbanding rasa hasutan hati itu.
.
Saya dan suami percaya rezeki itu datang dari Allah tapi kami juga percaya doa dan keredhaan ibu bapa  jugalah  yg akan membuka lorong2 rezeki itu. Kerana doa ibu bapa tiada hijab dengan Allah. Gembirakan mereka dan ins sha Allah mereka akan mendoakan yg terbaik utk kita.

Perkongsian: Ruhaiza Rusmin

Tuesday, October 4, 2016

Aduhai Si Pokok

Ala... ummi tak ambil la plak gambar pokok duku langsat yang kat kampung hari tu. Kebetulan meriah la plak buahnya .. ini pun mak mertua yang cakap. Ummi tak tahu masa tuh... tapi sekarang dah kurang kata mak, cuma ada la sikit atas pokok tuh... hahaha. Menarik...

Pokok tu dah lama di tanam. Ummi tak ingat.. entah terejal apa ummi beli pokok tu untuk mak. Masa tu belum pun jadi mak mertua lagi.... cuma dah bertunang jer. Mengadakan... entah kahwin entahkan tidak... tak malu betul bagi barang kat orang...

Jadi nak dijadikan cerita, setelah 15 tahun ditanam baru kami dapat hasilnya.... lamakan... anak-anak ummi pun dah besar. Mungkin hikmahnya nak bagi mereka rasa. Apa-apa pun.. Alhamdulillah rezeki ramai.... semoga pokok ini akan terus mengeluarkan hasil. Dan semoga dapat berbakti kepada semua orang disekeliling.... jangan kata pokok tak boleh berbakti.. Buah yang manis dan lebat pun dah dikira berbakti tau sebab boleh mengeyangkan orang ramai.

Padan la... orang-orang dulu suka meninggalkan pokok untuk anak cucu dia.. sekurang-kurangnya mereka akan sebut. Pokok tu la yang atok / nenek tanam dulu.. sekarang dia dah tak ada, tapi kita masih dapat rasa hasilnya.... best kan..

Jom.. apa kata kita fikirkan apa yang boleh kita tinggalkan lagi untuk anak cucu kita... nak wakaf tanah?? ada berani??? manala tahu untuk dijadikan masjid ker... kan kan kan..

Hari Lahir Anak

 Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...