Banyak dugaan muncul sejak kebelakangan ini... cuma mengharap kesabaran dan ketabahan hati. Erm... ummi pernah terfikir untuk kembali kepada ummi 15 tahun lepas. Tapi rasanya macam dah tak mampu. Adakah ini dugaan sebenarnya???
Kalau dulu pakaian ummi sangat lain, pernah ummi mempertikaikan orang yang memakai tudung bawal. Yela.. pada ummi, tudung tu seakan jarang. Tapi kini.. inilah apa yang ummi kenakan di kepala. Pakaian pun begitu, kebiasaannya longgar2 belaka.. cuma...bab pakaian ini, ummi masih kekalkan...
Tapi, kadangkala ummi pernah terfikir, kenapa orang suka memakai pakaian yang cukup2 untuk badan? Mungkin untuk menarik perhatian si jejaka kot ... hakikatnya memang si jejaka gemar menjamu mata dengan melihat pemandangan yang 'indah' itu. Dan atas sebab ini, gadis-gadis gemar berpakaian begitu, begitu juga pasangannya, mereka mula mengenakan pakaian yang cukup2 membalut badan ini agar nampak pada pandangan mata sang suami... dan mungkin si suami berbangga kerana mempunyai isteri yang 'indah' itu. Dan lebih malang kerana mereka membenarkan si isteri berpakaian demikian. Kenapa yer??? bukan kah seharusnya mereka lah yang perlu mendidik keluarga agar menjaga aurat?... membimbing keluarga menuju syurga. Tapi kini... dek kerana lekakan dunia, kita semua lupa dan alpa... erm....sementara masih ada nyawa ini, harap Ummi akan terus diberi peringatan. Ramai yang perlu ummi jaga hati dan matanya. Matlamat hidup kita sebenarnya adalah untuk ke syurga... semoga peringatan akan sentiasa hadir....
Persoalannya.... perlukah kita mengikut trend muat2 badan ini, agar mendapat perhatian si dia... atau teruskan dengan apa yang telah digariskan oleh Islam... sebab si dia yang akan menanggung dosa ... dan sebab si dia tidak pernah menegur pasangannya soal pakaian...