Tuesday, December 29, 2015

AZAM 2016


Alhamdulillah.... hampir habis tahun 2015... welcome 2016...

Yang pasti 2016 akan lebih banyak cabaran.. Insya Allah semoga Allah mudahkan perjalanan... aci tak ummi nak senaraikan AZAM 2016 ummi... nie perancangan tau.. harap dimudahkan...

AZAM FAMILY....

1) Luangkan masa dengan anak2 especially bab belajar (yang nie ayah WAJIB buat)... sebabnya Husna akan ambil UPSR, Aira pulak nak prepare utk SPRA dan UPKK .. plus Aira dah kena turun kelas sebab tak performed tahun 3.. so kena fokus kat dia... dan Aleena pulak dah masuk Pra.. so kena study tau..

2) Prepare bekalan untuk anak (yang nie ayah tak moh kot sebab tak macho bawa bekalan.. hahaha).. selama nie Husna tak perlu beli makanan kat sekolah sebab dah siap bayar so terus ambil makanan,.. tapi kat sekolah baru nie dia kena beratur dan beli.... so dia request nak bawa bekalan sebab nak gunakan waktu rehat untuk solat Dhuha.. 

3) Dinner jam 6.30 ptg (yang nie WAJIB).. sebab jam 8.00 mlm dah kena buka buku...

4) Ziarah Auni .. erm.. mungkin awal2 nie kerap kot ummi datang tengok.. lepas tu entah la.. hahaha.. semoga ummi tabah yer. Ummi dah mula rasa rindu kat kakak especially bila tengok barang-barang yang bakal kakak bawa ke sekolah asrama.

5) Kurangkan tv... anak2 boleh tengok hujung minggu jer....

6) Pastikan semua Khatam Al-Quran tahun nie...

7) Hafaz surah... memandangkan Aleena dan kakak2nya dah banyak hafal surah plus Aira pun ada tasmik surah untuk exam.. maka antara Maghbrib dan Isyak kita tasmik ek...

8) Untuk UZAYR???.... hehehe.. ummi nak sangat selalu bawa anak soleh nie ke surau... harap tahun 2016 nie ummi akan banyakkan masa untuk ke surau yer... harap sahabat-sahabat uzayr nanti adalah orang-orang soleh yang sentiasa ingatkan tentang kebaikan

AZAM DIRI

1) Fokus study...(study untuk bekalan di dunia dan akhirat)

2) Jadi roll model untuk anak.. rupanya anak2 nie perhatikan kita tau... biarlah dia tengok yang baik2 sahaja.... takut2 nanti masa dia buat karangan tentang keluarga, keluar pulak statement jujur yang kelakar.. hahaha

3) Yang lain2 tu lebih pada muhasabah diri... biar ummi jer yang tahu.. hehehe

Apa-apa pun ummi bersemangat untuk masuk tahun baru... yey... bai bai 2015.... tq so much atas segala kenangan manis .. semoga 2016 akan lebih baik buat kami.. amin...

Monday, December 7, 2015

AWAS!!! TV Bahaya........

Adus... tetiba ada orang sharekan keburukkan menonton tv... nie yg buat ummi risau nie. Nie yang kena buat AUNARA sibuk di rumah ... dah la Astro banyak rancangan free...  

dah... jom baca kat bawah nie...

Tanggungjawab kepada kita sebagai makhluk Allah untuk menggunakan amanah tersebut pada jalan yang benar, bukan jalan yang batil dan melalaikan, seperti TV. ^_^

Lebih kurang 1200 jam setahun dihabiskan oleh kanak-kanak Malaysia bagi menonton TV berbanding 1040 jam setahun dihabiskan di dalam kelas di sekolah. -_-

Menonton TV tidak dibenarkan kepada kanak2 di bawah usia dua tahun, kerana dalam tempoh dua tahun pertama kehidupan bayi, perkembangan otaknya berada pada tahap yang paling kritikal dan pendidikan yang berkesan pada masa itu ialah sentuhan manusia, bukan sentuhan TV.

Secara spesifiknya bahaya TV ialah;

Kesan TV ke atas otak kanak-kanak.

- Allah menggalakkan kanak-kanak melihat dan menerokai alam secara nyata, untuk mendekatkan mereka dengan reality kehidupan. Sepertimana firman Allah dalam surah Al-Ghasyiah ayat 17 hingga 20;
“Apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ia dicipta? Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung ganang bagaimana ia ditegakkan? Dan kepada bumi bagaimana ia dihamparkan?”

- TV membantutkan pengembangan otak.

Kesan ke atas Pertumbuhan Fizikal

- Ibnu Sina berkata, “Hendaklah kanak-kanak yang sedang belajar mempunyai rakan-rakan yang ramai dari kalangan mereka yang baik adabnya dan elok tatatertibnya.” TV mengganggu perkembangan fizikal, emosi kanak-kanak dan menghalang kanak-kanak untuk bergaul. Sedangkan bermain dengan aktif bersama kawan-kawan adalah penting bagi pertumbuhan fizikal dan fizikal.

- TV memisahkan seseorang daripada masyarakatnya. Menjadi batu penghalang kepada usaha membentuk sebuah masyarakat yang penyayang dan progresif.

- Menyebabkan Kegemukan. Kajian Fakulti Perubatan Universiti Stanford, 27 oktober 1999, kes kegemukan di kalangan kanak-kanak pada hari ini mempunyai kaitan dengan budaya suka menghabiskan masa menonton TV sambil makan..+ + + tidak terkecuali juga orang dewasa, sebab tu semakin ramai orang obesiti dan gemuk di Malaysia (saya tambah). ^_^

Kesan Ke atas Pertuturan

- TV menjejas dan melambat pertuturan. Kajian 10 tahun oleh Dr Sally Ward (Pakar kanak-kanak). 1 dari 5 kanak2 tidak bertutur dengan betul, yang berumur tiga tahun bertutur seperti kanak-kanak yang berumur dua tahun disebabkan mereka terlalu asyik menonton TV.

- Masalah ini turut juga menimpa orang dewasa, pertuturan semakin tidak betul, penggunaan bahasa lintang pukang, kerana terpengaruh dengan bahasa2 ‘kurang betul’ yang banyak dipertuturkan oleh imej2 di dalam TV. ^_^

Kesan TV ke atas Daya Kreativiti

- TV membantutkan daya imaginasi dan kreativiti.

Kesan TV ke atas Kosentrasi

- Kanak2 yang menonton TV menghadapi kesukaran mendengar dan tidak dapat memberi sepenuh perhatian kepada pelajaran.

- Saya setuju, kanak-kanak yang tengok TV suka buat pekak apabila dipanggil oleh ibu bapa. Orang dewasa pun sama ^_^

Kesan TV kepada TiduR

- mengganggu tidur.

- Kajian di Klinik Pediatrik Gangguan Ketika Tidur di Hospital kanak2 Hasbro, Amerika mendapati, kanak2 yg banyak menonton TV tidak suka tidur awal dan sukar melelapkan mata.

- Kurang tidur melemahkan badan dan kosentrasi dan akhirnya ia menjejaskan pembelajaran mereka.

Kesan TV ke Atas Prestasi Akademik

- merendahkan prestasi akademik pelajar.

- Menghalang kanak2 terlibat dengan pelbagai aktiviti pembelajaran seperti bermain, membaca, menulis, bergaul dan mengkaji.

Kesan TV ke atas jiwa dan akhlak

- TV merosakkan jiwa dan akhlak kanak2 dan remaja.

- TV menjadi salah satu punca yang menyumbang kepada bertambahnya tingkah laku kasar, jenayah dan keganasan dalam masyarakat.

Sumber : Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, oleh Danial Zainal Abidin.


Jika dilihat rancangan2 TV mutakhir ini, hampir 99% kandungannya tidak bermanfaat kepada seluruh lapisan masyarakat. di TV adegan2 yang tidak sepatutnya ditayangkan, nilai2 yang berlawanan dengan nilai Islam dan melayu juga turut dipertonton. TV sekrang semakin tidak relevan. dan ketidawujudan TV di rumah juga tidak menghairankan, kerana bagi saya itu adalah satu tindakan yang bijak, sekiranya TV itu lebih mendatangkan banyak Keburukan daripada kebaikan.

Daripada iklan, drama, filem, berita.. semuanya meracuni minda2 kanak-kanak hinggalah golongan tua. iklan2 yang 'tidak senonoh', drama dan filem yang banyak berkisar tentang percintaan, pergaulan bebas antara pelakon lelaki dan perempuan, pendedahan aurat, pertuturan kurang sopan.. berita pula, asyik bercakap tentang politik yang berat sebelah. TV dari dulu hingga sekarang, sangat banyak telah menjadi sebab runtuhnya akhlak dan moral generasi Islam dan Melayu.


Sumber: http://najcahayacintaagung.blogspot.com/2011/03/awas-tv-sangat-bahaya.html

Wednesday, November 25, 2015

Tahniah Kakak dan Husna

Berdebar kami menunggu keputusan UPSR Auni. Mungkin harapan kami besar untuk menghantar dia ke sekolah berasrama penuh. Tapi sebenarnya dalam hati kecil ummi, ummi lebih senang untuk dia berada di rumah. Hasilnya kakak memperolehi 3A 2B, Alhamdulillah.. ada hikmahnya..

Pada hari pengumuman, ummi dan ayah lebih dahulu tahu keputusan kakak.. itupun melalui sms.., tapi kami tak maklumkan pada kakak. Kami tahu yang kakak berasa yakin akan dapat semua A.... kebetulan semasa pengumuman keputusan dibuat, ayah duduk dibelakang kakak.. saje katanya nak tengok respond kakak... rupanya memang kakak menangis bila nama kakak tidak disebut...... habis sahaja pengumuman semua bergegas mengambil gambar dan ada juga yang baru nak ambil keputusan (bagi yang tidak dapat 5A)... ayah perhatikan kakak... kakak tak berganjak dari kerusi.. kakak menangis, kawan kakak yang pujuk kakak.... masa nie ummi belum jumpa kakak lagi.... ummi nie lagi teruk sensitif nyer... bila jumpa jer kakak terus ummi peluk, adik yang ummi dukung ummi bagi pada ayah. Kakak sebut pada ummi 'sorry ummi'... tak per ummi faham, kakak dah buat yang terbaik... ada hikmah semuanya.. kebetulan setelah dapat keputusan, kami terus ke Alor Setar... sepanjang jalan kakak menangis... ummi pun tumpang sekaki sebab tak sampai hati... tapi sesampainyer di sana kakak dah ok.... kami buat tak geti jer pada keputusan.. lepas beberapa hari baru ummi tanya kenapa kakak menangis.. pada ummi mungkin kakak kecewa... tapi rupanya dia tak nak ummi dan ayah sedih... tak per kakak.... Allah nak kakak berusaha lagi, tak moh bagi kakak lupa diri... dia tahu yang terbaik buat kakak....

Apa-apa pun ummi bangga sebab kakak dapat 8A dalam Sijil Penilaian Rendah Agama (SPRA)  dan 6A untuk UPKK... yang ini lagi susahkan... so betul la kata kakak... kakak minat subjek agama... Insya Allah semoga Allah berikan sekolah yang terbaik buat kakak..


Selang seminggu selepas keputusan kakak, keputusan SPRA Husna pulak diumumkan... kali nie ummi dok jauh-jauh.. sebab ummi nie sedih pun menangis gembira pun menangis... Alhamdulillah, keputusan SPRA Husna sama dengan kakak.. Husna dapat 8A jugak... so lepas nie kita study molek-molek untuk UPSR plak yer....tak de main-main... 

semoga anak-anak ummi berjaya dunia akhirat... dan semoga kalian dapat berbakti pada semua...
Aminnn

'Balik Kampung'..... cuti sekolah

Dah jadi rutin kami... setiap kali cuti sekolah kami akan ke sini (Alor Star). kali ni di Grand Alora lagi.... dah jadi macam kampung pulak kan. Hehehe... Tapi ok aper.... orang lain tak cuti lagi kami dah cutikan anak... hahaha... lebih besar dari Guru Besar ... so... pada minggu terakhir tu, disini lah kami (17-20/11/2015). Best jugak, orang belum ramai lagi.... pool dan gim dah jadi macam kami yang punya. 

Syok kan mandi... korang enjoy la yer.... sampai matahari tegak atas kepala pun korang tak moh naik lagi... sudahnya bila muka dah jadi 'putih' baru tanya ummi kenapa muka jadi macam nie... erm... nasib ler...

ummi dan kakak kat sini... sampai tengah malam tau... mujur la gim nie tutup jam 10.00 mlm.. kalau la 24 jam mahu jer kami bermalam kat sini.... hehehe.. berani ker ummi???


Anak soleh ni plak memang kami kena control memolek... macam-macam aksi dah dia buat... nama pun lelaki kan... so secara automatik, semua kakak2 dia exercise kejar adik... menarik tu..  

sebelum balik kami sempat breakfast kat Kedai KCK... sebelah Pekan Sari baru tu.. :)... ayah memang order roti dan kopi jer, kami yang lain pandai-pandai la cari makanan special kat sini, best tuh.. tapi yang pasti cok kodok kami tapau bawak balik.... untuk ngonyel ngonyel dalam kereta nanti. Adus harus makin gemuk kalau ummi dok kat sini.... erm..... cop sebelum tu, just nak share, kat hotel nie setiap hari selepas jam 5.00 ptg kek nya akan jadi 50%, so ummi dan anak-anak yang hantu kek nie dok borong la tiap-tiap malam.... wah bahagia nyer kami... teringat pulak nak makan kek malam nie.... ish ish ish


lepas tuh kami singgah kat Hospital Kepala Batas, ayah ada keje sikit.. sementara tu  kami pun explore la hospital nie.. tetiba terjumpa taman nie... apa lagi enjoy la Aunara... bersambung lah aktiviti dalam hutan bandar.Memang tak perasan kita kat hospital bila dok dalam hutan nie... so tak la kami terasa lama menunggu... 

Apa-apa pun kami enjoy balik kampung... hehehe

Sunday, November 15, 2015

Konvo sana sini.....


Hoyey... Alynn pun dah konvo.. erm.. tapi matlamat ummi tak tercapai. Kononnya nak masukkan Alynn ke darjah 1 tahun 2016 tak kesampaian. Tu ler... ummi la yang salah, tak tengok anak belajar. .. erk.. erm.. yelah...

Tak per la... Alynn nanti sama-sama darjah 1 dengan Fatih, Tina dan Nazif.. huhuhu... berjuang lah anda....

Semoga Alynn success.... enjoy the photos... :)



masa nie Alynn merajuk.. sebab tak dapat pegang mike (gambar nie sebelum mengaji.. masa mengaji ummi tak ambil gambar).... ooo.. besar jugak harapan Aleena ek.. berani jugak dia.. tapi sudahnya dia dapat jugak pegang mike bila sesi nyanyian satu lagi....

penyokong @ pembantu @ penjaga adik yang sangat setia..... sedia menerima arahan.. hahahaha...


Alhamdulillah....

Alhamdulillah... akhirnya anak manja ummi nie Khatam AL Quran jugak... 

bersungguh dia cerita setiap kali balik sekolah... masuk jer kereta terus cakap.. 'Ummi .. tadi ustazah test Aira, tengok la.. harap harap Aira lulus, boleh khatam tahun nie.." .. Insya Allah.. (sebenarnya ummi cabar dia. sebab kakak2 semua khatam masa darjah 2.. Aira jer terlebih darjah.. hehehehe..

Tapi tak per kan Aira.. Aira dapat Al-Quran percuma... dapat-dapat jer terus Aira mengaji. Alhamdulilah...

Semoga Al-Quran sentiasa bersama anak-anak ummi


Cuma kesiannya anak ini kena uruskan dirinya sendiri... erm... ummi sibuk sikit kot... sorry ek Aira. Apa pun cantik Aira pakai jubah nie... :)



Monday, November 2, 2015

Itu bukan satu gurauan....

Dah jadi asam garam hidup.... ada jer perkara yang nak di uji....

Terkadang terfikir, bagaimana untuk percaya pada pasangan. Banyak cerita yang didengar sejak kebelakangan ini. Ini semua angkara teknologi. Ibu bapa sibuk dengan tugasan hingga lupa untuk mendidik anak. Mereka menjadikan tv dan hp sebagai ubat menghilangkan penat, walhal si anak dari kembali sekolah lagi ada sahaja yang nak diceritakan. Buka sahaja mulut, antara nak dan tidak sahaja cerita ini didengar.....

Ini belum lagi berkait antara suami isteri, ada suami yang bergurau dengan rakan untuk menambah isteri lagi.... semudah itu rupanya mereka menutur kata, hingga tak perasan bahawa apa yang terlintas itu satu doa. Alangkah baiknya jika si suami memikir untuk mendidik isteri dan anak, menggembirakan mereka dan membahagiakan mereka... atau mungkin rasa jemu hadir, maka si suami terlintas untuk mencari hiburan baru...

Wahai suami...
tatkala anda tiada, isteri lah yang bertungkus lumus menjaga anak, menghantar anak ke sana ke sini, menyusu anak sambil memandu disebabkan tahu si anak lapar. Berusaha menyampaikan hajat anak, dan memastikan segala keperluan sempurna... demi tidak ingin suami risau, segalanya akan diselesaikan sebelum si suami kembali dari bertugas. Tapi mungkin si isteri ada kekurangan, maka itulah si suami olok-olok (dahulu) mencari hiburan baru.

Walaupun itu hanya gurauan antara rakan sekerja, tapi bagi si isteri amatlah kecewa. 

Cuma boleh doakan yang terbaik buat semua... mungkin ada hikmah dari apa yang terjadi... mungkin ada kebaikan atas segala dugaan.. dan mungkin Allah ingin memberi pahala atas kesabaran... hanya Dia sahaja yang tahu ajal maut insan....

Agaknya bila lagi yer boleh ke sini lagi....

Tuesday, October 27, 2015

Semalam... hari ini dan esok....


Ummi bersyukur kerana Allah datangkan seorang sahabat @ adik yang mengingati ummi tentang hidup... antara pesan adik ini... Solat Subuh seawalnya dan berjemaah, Solat Dhuha dan Solat Tahajud walaupun 2 rakaat.... Insya Allah hati kita akan tenang..... Tq dik... akan ummi ingat pesan adik.. cuma adik berkesempatan bertanya ummi tentang hidup... erm.. ummi hanya boleh kata setiap apa yang berlaku ada hikmah, dan itu semua adalah pengalaman, hakikatnya kita hendaklah berlaku baik dengan semua orang agar segala urusan kita dimudahkan... adakala orang disekitar kita banyak menguji... ada yang kurang jujur dan ada yang mengambil kesempatan. Sabarlah kerana Allah sahaja yang mampu membalasnya...

Hidup harus diteruskan... walaupun hakikatnya hati ada kecewa..... semoga Ummi dan AUNARA diberi kekuatan... 

Saturday, October 17, 2015

Tamat Darjah 6

Alhamdulillah.... Auni dah selesai semua ujian di darjah 6, hanya tunggu keputusan UPSR sahaja. Ummi dan ayah dah berdebar. Harap harap keputusan Auni baik dan dapat ke sekolah yang dihajati. 

Hanya Allah yang tahu aturan selepas ini... dan hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik buat kami. Kita redha yer kakak... 

Kalau kakak ke asrama, Ummi harap kakak pandai bawa diri. Pilihlah sahabat yang boleh membimbing kakak... hidup kita hanya sekali, harap gunakan sebaiknya...

Erm...Untung jugak ek budak2 nie.... graduasi nyer dah macam kat U. Siap ada perarakan lagi.. hehehe... mungkin ini adalah sumbangan sekolah untuk usaha anak2 nie.... apa2 pun kakak dah grad darjah 6...  :)

semoga kakak akan terus berjaya dan jadi contoh untuk adik adik....

 Good Luck kakak





Happy Birthday Uzayr

Selamat Ulang Tahun kelahiran Pertama Dear Uzayr.....

Semoga adik berjaya di dunia dan akhirat... dan semoga adik menjadi anak soleh... serta dapat membimbing semua ke arah kebaikan....


Posting nie dah basi sebenarnya... birthday Uzayr dah lepas.... hehehe... 


Gambar nie ummi ambil masa uzayr tengah dengar azan di radio,,,, sejuk jer hati . Teringin plak ummi nak dengar Uzayr azan.... heheh.. Insya Allah kan dik.. :)

Thursday, October 8, 2015

Yup.... berjaya dalam kelam kabut...

huh.... untuk semester ini... setiap hari Khamis adalah hari berjumpa supervisor... ada benda ke tak de bende ke untuk dibentangkan... ummi tetap akan jumpa dia. Ye la... semester lepas ada komen kata ummi kadang kadang jumpa.. bhahaha memang pun. Erm.. mana tak nyer semua urusan anak-anak terletak dibahu ummi. Sampaikan ummi nak urus diri sendiri pun tak sempat. Inikan pula nak berjimba or bershopping (rutin biasa masa ummi keje dulu)... tengok wayang lagi la jauh sekali... hahaha

Tapi... ummi faham.. Allah dah bagi amanah ini. Ada sebabnya.... bagi ummi banyak lagi yang perlu dididik dan diberi contoh. Yela kalau nak anak yang baik dan soleh tak kan kot kita ajar dia tengok tv 24 jam.. mesti ada sesi peringatan.. sekurang-kurangnya solat jemaah, mengaji bersama atau berbincang masalah bersama. Ummi bukan apa... sejak kebelakangan ini banyak gejala yang tidak  baik  tersebar. Kengkadang aunara bertanya jugak.. boleh ker perempuan naik motor lelaki.... pastu plak.. auni dok cerita pasal kes ro**l... uish.. seram plak rasa... macam tak moh jer bagi korang skolah jauh-jauh... takut pulak macam macam berlaku... ummi nie tak tentu lagi panjang ke tak umurnya... mana lah tahu kot-kot Allah extra setahun dua jer.. siapalah yang akan take over keje keje ummi nie...

uish.... sebenarnya ummi nak cerita kisah kelam kabut hari nie.. heheh.. bermula dengan kembali dr Bangi setelah berjumpa supervisor..  on the way masa tunggu komuter papa call.. katanya mama ada hi tea... ha ah la.. lupa.... ummi janji dengan mama nak balik awal. Dek sebab teringatkan anak suka makan roti UKM, .... so ummi singgah dulu Pusaneka..tu yang buat ummi lambat tu. ... dah satu bab... sesampai Seremban.. dalam jam 2.10 minit.. bergegas balik takut-takut Uzayr nangis.. Alhamdulillah dia behave.. atok jaga.. sempat la ummi jamah nasi sikit... habis jer makan... jemput Aleena... erm. tersangkut plak sebab member minta tolong fikirkan tentang konsert.. ok lah.. balik semula ke rumah.. kali nie kena ambil uzayr sebab atok nak keluar... so ambil la baby comel nie.. dek kerana dia masih mamai.. so ummi drive sambil uzayr dipangkuan sambil minum susu... erm.. sampai jer sekolah jam dah pukul 4.20  ptg... ooo.. cepat-cepat.. bilik jubah dah nak tutup.. tapi tak tahu la plak kat mana bilik tu.. erm... lari ke pentadbiran.. katanya bilik tu kat tingkat satu bangunan bawah... wah.. sambil dukung uzayr dan pimpin alynn.. kami pun berlari. Sampai tingkat satu cikgu pun gelak kan kami sebab mencungap.. wakakaka... tapi sebabkan cikgu nie sporting.. dia gelak kan kita... kita gelakkan dia balik.. hahaha. hilang stress untuk hari nie...


apa-apa pun.. hari hari ini akan terus berlalu.. kenangan pahit manis akan ummi coretkan disini.. semoga kenangan kenangan kita ini kekal abadi..

Ummi sayang kalian.....

Thursday, October 1, 2015

Dalam keliru...

Banyak dugaan muncul sejak kebelakangan ini... cuma mengharap kesabaran dan ketabahan hati. Erm... ummi pernah terfikir untuk kembali kepada ummi 15 tahun lepas. Tapi rasanya macam dah tak mampu. Adakah ini dugaan sebenarnya??? 

Kalau dulu pakaian ummi sangat lain, pernah ummi mempertikaikan orang yang memakai tudung bawal. Yela.. pada ummi, tudung tu seakan jarang. Tapi kini.. inilah apa yang ummi kenakan di kepala. Pakaian pun begitu, kebiasaannya longgar2 belaka.. cuma...bab pakaian ini, ummi masih kekalkan...

Tapi, kadangkala ummi pernah terfikir, kenapa orang suka memakai pakaian yang cukup2 untuk badan? Mungkin untuk menarik perhatian si jejaka kot ... hakikatnya memang si jejaka gemar menjamu mata dengan melihat pemandangan yang 'indah' itu. Dan atas sebab ini, gadis-gadis gemar berpakaian begitu, begitu juga pasangannya, mereka mula mengenakan pakaian yang cukup2 membalut badan ini agar nampak pada pandangan mata sang suami... dan mungkin si suami berbangga kerana mempunyai isteri yang 'indah' itu. Dan lebih malang kerana mereka membenarkan si isteri berpakaian demikian. Kenapa yer??? bukan kah seharusnya mereka lah yang perlu mendidik keluarga agar menjaga aurat?... membimbing keluarga menuju syurga. Tapi kini... dek kerana lekakan dunia, kita semua lupa dan alpa... erm....sementara masih ada nyawa ini, harap Ummi akan terus diberi peringatan. Ramai yang perlu ummi jaga hati dan matanya. Matlamat hidup kita sebenarnya adalah untuk ke syurga... semoga peringatan akan sentiasa hadir....

Persoalannya.... perlukah kita mengikut trend muat2 badan ini, agar mendapat perhatian si dia... atau teruskan dengan apa yang telah digariskan oleh Islam... sebab si dia yang akan menanggung dosa ... dan sebab si dia tidak pernah menegur pasangannya soal pakaian...


Monday, September 28, 2015

Jerebu sana sini...

Bulan nie bulan yang penuh dengan asap... 2 kali sekolah ditutup gara2 bacaan IPU tinggi... dan pada hari hari itu kita sentiasa bersama. Seronok rasa bila bersama kalian. Gaduh dan mengadu hal tu memang dah pasti. Kadang kala sampai ummi malas nak layan. Korang settle la sendiri. Cumanya ada satu soalan diajukan oleh Aira kepada ummi... katanya pada masa kiamat makin hampir, banyak asap kan Ummi. Macam tu la lebih kurang soalan nya.... ye tu Aira, jawap Ummi. So, kita kenalah sedia, jangan tinggal solat dan sentiasa buat baik. Aira seakan faham dan setuju dengan statement ummi... 

Tak de apa yang mampu ummi cakap.. sekadar peringatan dan nasihat serta doa untuk kalian agar kalian tidak tersasar dan sentiasa bersama orang-orang soleh.... semoga syurga milik kita semua...


Thursday, August 20, 2015

Akhirnya


huh... itu semua koleksi kereta ayah.. walaupun semuanya dah bercampur aduk, tapi masih boleh di main.... tu la, suatu masa dulu pernah juga ummi terfikir, agaknya siapalah yang akan main kereta2 nie... anak buah, erm.. pasti nyer la.. setiap kali datang mesti terkam kereta.

Rupa-rupanya, ada jugak waris yang hadir.... dapat la adik main, walaupun sebenarnya dah lama permainan ini ayah kumpulkan untuk anak lelaki ayah... plus minat ayah tau...

Enjoy yer dik...

Friday, August 14, 2015

WOOooooooo....


Huyoooo... suka suka suka.... selalunya tengok dalam internet jer kedudukan baby dalam perut. Dah tu, kalau nyer cengini macam mana? boleh ke tembus.. hahaha. Ini gambar saat-saat akhir Uzayr di dalam perut ummi... menghitung hari tau. Tiap-tiap hari suspend, bila la adik nak keluar, sudahnya perut di potong. Erm.... dek kerana nak sangat merasa hospital baru kan ( sebab operation di hospital baru, bersalin normal di hospital lama)... dah Allah makbulkan...

So lepas nie ummi, niat yang elok2 yer... jom niat nak jadi kaya dan berjaya... Insya Allah.. cop, tambah lagi... niat anak berjaya dapat semua A, niatkan mereka dapat kerja yang baik, pasangan yang baik dan sayang ummi & ayah,  dan niat nak melancong menikmati keindahan alam ciptaan Allah...

yey.... jom....

Cinta Hati...


Gambar nie gambar lama... masa tu Uzayr baru 4 bulan.. Pipinya tembun sangat-sangat...pada masa ini dia hanya mampu meniarap.... tapi sekarang... pipinya tinggal sejemput.. tu pun sebab nak park makanan.. hehehe. Berat badan adik tak banyak naik, graf pulak menurun, mungkin sebab adik aktif kot. Tapi apa kaitan dengan gambar nie... erm... sebenarnya ummi nak bagi tahu hanya wujud 2 insan lelaki di rumah ini. Buat masa ini, untuk tambah anak, mungkin tidak.. sebab nak fokus pada yang ada.kan kan kan..... Harapnya Uzayr menjadi seorang Al-Hafidz yang dapat membantu saudaranya masuk syurga.... Ameen.... 


Dan yang nie pulak 3 dari 4 anak dara ummi... katanya Ummi dan Ayah dijanjikan syurga kiranya dapat mendidik 3 anak perempuan dengan akhlak yang betul... Berat tu tanggung jawab, semoga Allah bagi kekuatan pada ummi dan ayah....

Saturday, August 8, 2015

Uzayr Demam

Jarang sekali anak ini sakit... tetiba hari nie adik demam dan batuk..badannya lemah... hanya bergantung pada susu badan jer. Ummi biarkan sahaja adik melakap dengan ummi, semoga Allah sembuhkan adik. Kami rindukan gelak tawa adik... 

Mungkin adik sedang meringankan badan untuk berjalan. Erm... mungkin jugakkan, nanti kita cari kasut ek.. boleh main bola...

 

 

 



Thursday, August 6, 2015

Misi 'Piala Hijau'

Ummi tak tahu nak bagi nama apa untuk misi yang tinggal beberapa hari lagi nie.... kalau bagi nama misi UPSR.. macam untuk Auni jer. Kalau SPRA dan UPKK pulak macam untuk Husna jer. Tapi bila memandangkan kalau dapat straight A sekolah akan bagi piala warna hijau, so ummi pun namakan misi ini Misi Piala Hijau... (nie semangat untuk korang dapatkan semua A tau, bukan semata-mata nak dapatkan pingat sahaja, nie masa depan kalian)... ummi doakan kalian berjaya nanti Amin.........


Untuk Auni... Misi anda adalah untuk mendapatkan 5A... 


Husna pula 8A untuk SPRA dan UPKK


Amin... semoga tercapai hasrat kalian.....usaha, doa dan tawakal lah sentiasa, agar kejayaan milik kalian.....


Tuesday, August 4, 2015

Happy Anniversary.....


Kepada Abang......

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke 13... semoga terus diberkati dan dirahmati Allah sentiasa..

Terima kasih atas sokongan dan panduan selama ini... 

Ikhlas,
Atie...............


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


* malangnya, lupa tarikh.. nie semua angkara nak beraya sakan la nie...... Macam biasa,  awal2 tahun ummi memang dah merancang macam macam untuk celebrate tapi biasanya tiap tiap tahun akan gagal... erm, atau tarikh ini akan lupus satu hari nanti...*

Amanah ini.....


Kerap ummi terfikir... kita acap kali dapat melaksanakan arahan bos dunia... pantang dapat arahan.. cepat jer kita laksanakan tugas tuh......tapi kita lupa arahan bos akhirat... amanah yang diberikan ini kadang kala kita lalai untuk laksanakan dek kerana lupa mungkin... atau tak pasti reward yang bakal kita perolehi.. kita gagal mengadakan masa bersama mereka (especially waktu makan malam)... tapi kita ada masa untuk bersama teman. Rugikan..... kita kerap mengarahkan agar mereka segera selesai makan, tapi kita tidak tahu sebenarnya pada masa itu banyak perkara yang nak mereka ceritakan, especially apa yang mereka tempuh pada hari tersebut... tapi tidak pula kita meminta agar teman kita beredar cepat tatkala makan bersama mereka......

Pengalaman ini buat ummi terfikir... anak-anak perlukan  ibu bapa untuk meluahkan perasaan dan berkongsi pengalaman.. kalau tidak.... kemana lagi nak mereka luahkan. Kegagalan ibu bapa menadahkan telinga, membuatkan anak anak ini mencari teman diluar dan mengikut cara mereka sesuka hati.. tatkala itu, sekiranya jalan yang dipilih tidak betul, jangan salahkan mereka... salahkan kita yang tidak pandai mendidik dan membahagi masa. Dek kerana inginkan pujian dan sanjungan majikan dunia... hingga lupa majikan akhirat...

Buat ummi.... carilah ilmu lagi, mendidik mereka sangat mencabar... 

Semoga kita diberikan kekuatan, ilham dan kematangan untuk berhadapan dengan anak anak soleh solehah ini...

AMIN........



Friday, July 24, 2015

Ummi... kami ada salah dengan ummi tak?


Di suatu petang, waktu sedang kami menikmati makanan, Auni bercerita kisah seseorang kepada Ummi dan adik adik. Katanya kisah itu diceritakan oleh Ustazahnya.

Cerita itu berkisarkan seorang anak muda yang berjaya tetapi hidupnya tidak tenang. Anak muda itu cuba mencari ketenangan dan merujuk masalahnya dengan Orang Alim. Kata orang alim itu, mungkin anak muda ini pernah menyakitkan hati ibunya, sebab itu hatinya tidak tenang. Maka pulang lah anak ini kepangkuan ibu dan memohon ampun dan maaf.... sempat juga dia bertanyakan ibunya andaikata ada perbuatannya yang menyinggung si Ibu... berkali-kali ibu menyatakan tidak, sampailah satu masa tatkala si ibu sedar yang si anak ini sangat ikhlas memohon maaf, maka berceritalah si ibu bahawa dia pernah tersinggung dengan si anak kerana kesilapan ibu membasuh seluar kesayangan anaknya. Pada masa itu, dek kerana marahkan ibu anak itu melimparkan seluar itu ke muka ibunya... pada masa itulah, hati ibu tersinggung.. maka tahulah si anak dan legalah si ibu kerana dapat menyatakan perasaan nya... 

Erm... itu cerita yang disampaikan oleh mereka.... sambungan dari itu, bertalu-talu anak-anak ummi bertanya ummi, samada ummi pernah tersinggung atau tidak dengan mereka. Dengan nada mengena, ummi mengatakan ia... hahaha... sedih rupanya anak-anak ummi. Kakak dan husnalah yang paling risau, yelah mereka akan menghadapi peperiksaan besar, risau mereka takut takut tidak tenang semasa exam...

So... kepada anak-anak ummi... kalian tidak pernah menyinggung perasaan ummi. Kalian anak anak yang baik dan menyenangkan ummi. Cuma tatkala kalian melakukan kesilapan, pada masa itulah ummi tegur, kadang kala ummi membebel. Harapan ummi agar kalian ingat setiap teguran ummi dan tidak mengulangi lagi. 

Semoga kalian tenang semasa exam nanti yer.... dan semoga hidup kalian diberkati dan dipermudahkan... amin.......

Wednesday, June 24, 2015

Selesai Semester Pertama

Alhamdulillah.... selesai sudah semester pertama. Dah merasa pun masuk dewan exam. Ketar lutut tuh,  sebab baca punya baca tapi macam tak de yang melekat pun... hahaha.... tapi exam tetap exam. Balun jer la. 

Sekarang cuti semester sampai bulan 9. yey.. seronok la pulak, ummi dah tak yah isi borang cuti raya. Hehehe. tapi untuk 2 tahun nie jer tau. Balik keje nanti, patah asal semula. Erm, agaknya macam mana rasa keje ek? Macam dah kekok. Hahaha.. dah ummi jangan mengarut, belasah kang... Mana tak nye, ummi kawan dengan budak-budak. Rasa muda tau, walaupun rupa tu tueee.... jangan tak tahu, siap ada junior remind kawan lagi cakap yang akak ni dah anak lima. Huh, untuk ummi.. jangan over tau. Tapi hakikatnya inilah hikmah untuk wanita yang tak berapa nak tinggi macam ummi.. nge nge nge...


Ok lah.. saje je nak share gambar library. Konon konon nyer gie study ler nie. Masa degree dulu jangan harap la ummi nak bertapa dalam nie. Habis kelas terus balik bilik. Golek golek lagi best...kan kan kan.. Tapi kalau tengok tajuk buku tu macam dah tahu, ummi bukan buat revision pun, ummi gie bantai pinjam buku macam mana nak bahagia.. hahaha... ngarut la ummi..


Ha, yang nie pulak, gambar dewan kuliah kat Blok Sains Hayat. Masa nie ummi saje saje je jalan ke pejabat pentadbiran siswazah, tetiba entah kenapa menggatal buka pintu dewan nie. So.. apa lagi jom kita pukul satu gambar. Kira ummi nak bagi semangat kat AUNARA la nie ... belajar rajin rajin tau.. ini lah dewan kuliah universiti... nanti korang blajar kat sini ek... SINI..... hish, bagi la masuk U lain, udah udah la ummi dan ayah kat sini, korang gie yang lain ek, boleh ummi acu try jubah masa konvo nanti... :)

Salam Ramadhan semua....


Kepada semua sahabat handai dan rakan taulan.....Selamat Menyambut Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya. Dan semoga ibadat kita akan lebih baik...

Turut dipohon ampun dan maaf atas segala kesilapan. Harap ucapan ini masih boleh diterima walaupun Ramadhan telah 7  hari berlalu..

Hari Lahir Anak

 Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...