Ummi tak sangka rupanya ada yang memikirkan tentang perbelanjaan ummi dan ayah. Dah banyak kali soalan ini diajukan. Jawapan ummi hanya meminta agar beliau mendoakan segalanya mudah dan ummi serta ayah dimurahkan rezeki...
Kalau nak tahu, yang bertanya ini adalah Auni... anak yang sangat prihatin kepada semua perkara. Bulan lepas beliau bertanyakan tentang perbelanjaan yuran sekolahnya. Soalannya mudah.. berapa jumlah bil sekolah kakak dan adik2... dan soalan kedua.. ummi dan ayah ada ke duit? Nada suaranya agak sayu, dan ummi dapat rasakan yang beliau sangat risau sekiranya ummi dan ayah tidak kecukupan kewangan...
Dan semalam tiba-tiba terpacul dari mulutnya dengan kata-kata 'Ummi... kakak sedih bila tengok ummi dan ayah keluarkan duit'... bila ditanya kenapa, beliau senyap...agaknya apa yer difikirannya.... nanti ummi selidik yer...
Balik kepada cita-cita beliau... semalam juga beliau menyatakan hasrat untuk menyambung belajar di Mesir. Katanya beliau minta ummi temankan. Ummi tak perlu buat apa2... ummi duduk jer tunggu kakak belajar. Nanti kakak simpan duit dan kakak nak beli rumah di sana.... Jawapan ummi mudah... kakak doa yer... Insya Allah kakak akan dapat. Agaknya tercapaikah hasrat anak ini.. Tinggal lagi 2 tahun untuk beliau ke tingkatan 1. Dan sanggupkah ummi lepaskan beliau.....??
Hanya Allah sahaja yang tahu perjalanan hidup ini... tapi ianya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja... hidup perlukan perancangan dan cita-cita, dapat atau tidak adalah urusan Dia....
Luv
UMMU AUNARA
Monday, March 25, 2013
Sunday, March 17, 2013
Hujung Minggu....
Alhamdulillah.... ummi bersyukur kerana terpilih untuk menjaga anak-anak ini..... walaupun dalam keadaan sibuk, ummi cuba luangkan masa dengan mereka... ini sahaja yang ummi boleh buat bagi mengembirakan mereka kerana mereka adalah anak-anak yang sangat mendengar kata dan boleh diharap. Semoga AUNARA mendapat ilmu hasil lawatan kalian ke Pameran Sains Islam... 2 hari berturut2 tau AUNARA di sana.. dan sememangnya mereka sangat gembira... dan ummi bahagia bila mendengar pengalaman mereka...
Tuesday, March 12, 2013
Salam 2013
2013 dah di bulan Mac... serasa ummi... baru sahaja lagi kami di tahun ini... ummi dan aunara semakin sibuk dengan aktiviti harian....auni dah mula dengan examnya... husna kurang sihat... aira dan alynn busy dengan hidup sebagai anak2 riang....
Ummi bahagia... walaupun terasa amat letih.. mereka banyak membantu dan begitu juga family yang lain.. semoga Allah kuatkan ummi....
Ummi bahagia... walaupun terasa amat letih.. mereka banyak membantu dan begitu juga family yang lain.. semoga Allah kuatkan ummi....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Hari Lahir Anak
Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...
-
Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...
-
Selamat tahun baru 2018 semua.... semangat tak???? mesti bersemangat tau... tahun nie tahun yang agak berat buat ummi sebab Auni ak...
-
Ummi.. Cikit jer lagi nie... Kita jumpa di Majlis Konvo ke 50 yer... Adus.. Best nyer dapat tgk live konvokesyen kali nie.. Rasa macam diat...