Friday, January 18, 2013

Mereka Dapat Duit.....

Dengan bahagia AUNARA menghulur borang kehadiran kepada ummi untuk satu majlis penyampaian Sumbangan Persekolahan Dari MB untuk mereka.... Wow... sorang dapat seratus tau... ummi pulak tu ada 3 orang anak yang sekolah... jadinya dapat RM 300.00.. Alhamdulillah.....

Maka demi membuat mereka gembira, ummi pun hadirlah ke majlis ini (cuti tau)... tunggu punya tunggu, majlis pun berjalan lancar, cuma ummi jer yang mengantuk sangat2. Tapi sempat jugak tidur seround.... Lepas habis jer majlis terkejut ummi tengok ada ramai ibu bapa sedang beratur untuk mendapatkan duit..

Cara mengambil adalah mengikut kelas.... SO... ummi ada 3 orang anak dengan kelas2 yang berbeza... maka haruslah ummi beratur 3 KALI................ oh tidak...... tapi nak buat macam mana? Bila lagi ummi nak datang.... ish ish ish.... akhirnya ummi dapat jugak sumbangan tersebut walaupun perlu beratur panjang....

Ha ha ha

Wednesday, January 16, 2013

Perbetulkan Niat kita.....

Mari kita menanam azam.......... tahun baru pun dah 16 hari berlalu... hidup masih macam biasa.... cuma hati agak lega sebab telah menanam niat untuk lebih bersifat positif....... rasanya tak perlulah kita cari salah orang lain.... apa yang perlu adalah perbaiki keadaan dan bawa bersama rakan-rakan ke arah berfikir lebih positif....

Hari nie ummi beruntung kerana dapat mendengar sedikit nasihat dari Dr.Muhaya.... tenang betul mendengar kata-kata beliau. Antaranya yang dapat ummi kongsi adalah, tanamkan sifat positif dalam diri, tak perlu cari kelemahan orang tapi cari kelemahan diri untuk diperbaiki dan untuk membantu sahabat lain.... berfikir tentang apa yang kita mahukan dan bayangkan yang kita akan dapat apa yang telah kita fikirkan, banyakkan berzikir dan baca Al-Quran.. jadilah orang yang berguna untuk orang lain.. erm.... nampak macam mudah kan....? Tapi yang paling ummi suka adalah pabila ada caller yang complain yang dia sangat penat bekerja dan perlu menguruskan rumah.... jawapan dari Dr amat mudah.... 'kita hanya penat bila kita buat kerja yang kita tidak minat.. dan masa tu kita akan mengeluh' so nasihat beliau ikhlaskan bekerja dan minat lah akan tugasan yang kita lakukan sebab kita sedang menjadi contoh pada anak-anak dan semoga anak-anak melihat satu contoh yang baik dari ibu ayah.... kagum betul ummi.. dan doakan semoga ummi kuat yer....

oklah....semoga hati ni akan lebih tenang dan bahagia... anak-anak ummi pasti dah tunggu ummi kan.... kita bersambung lagi yer.....

Friday, January 11, 2013

huhuhu................

sudah makin berusia ummi nie kan....... makanya anak pun akan membesar. Dan dengan mempunyai ramai anak perempuan akan memberi dugaan buat ummi dan ayah.  Sekarang kakak dah mula ada jerawat........ ops...... mungkin kurang minum air kot..... dan sekarang ummi dah mula rasakan yang mereka bakal menempuh zaman-zaman remaja.... banyak persiapan ummi untuk menjawap segala soalan2 mereka...... persediaan penting agar mereka faham dan berjaya menempuh zaman remaja mereka....

erm............ yang ini adalah orang yang paling happy................ inilah anak dara ummi yang ketiga. Dah masuk darjah satu pun dah dia... ummi agak kuatir kerana dia terlalu manja. Tapi rupa-rupanya dia adalah kawan alynn yang paling alynn sayang. Kemana sahaja alynn akan perlukan kakak ini. Sampailah pada satu hari husna mengadu kerana adik tidak mahu bermain dengan dia. Walaupun dia sangat diperlukan, tetapi dialah juga yang sentiasa dibuli oleh Alynn..... apa-apa la dik..... janji korang bahagia....

Wednesday, January 2, 2013

Jalan-jalan ke Utara

Alhamdulillah misi untuk ke Utara tercapai. Masa nie sekolah masih cuti dan ayah ada di Malaysia. Rancang punya rancang sampailah pada hari yang telah ditetapkan. Anak-anak punya la happy tak tahu nak cakap. Masing-masing diharuskan untuk menyediakan pakaian dan peralatan sendiri untuk dibawa. So tiba harinya kami pun jalan lah........ 

Biasalah dalam kereta mereka mesti tertanya-tanya berapa lama lagi untuk sampai ke destinasi tuh.... bising punya bising sudahnya sampai jugak...

Ini semasa kami ingin ke Pulau Pinang.... makan di kedai Line Clear yer.... 

Naik feri dulu tau.... punya la kuat angin



my dear Aunara.....


uish... adik buat apa tu kat ayah....... hahaha

Auni

Husna

Aira

Alynn dan ayah,.....

Ha... tengah syok tengok laut terjumpa plak feri nie.... rasanya macam pernah tengok masa kat melaka tempoh hari.  Dengan tak semena-mena ummi berangan untuk naik cruise ini di percutian akan datang... aci kan....???

Dah sampai pun di Kedai Line Clear.. apa lagi.. kita makan la... so disebabkan lapar yang teramat. Kami tak sempat nak amik gambar makanan... 

selepas makan kami pun pergi la bershoping sakan di kedai jeruk... habis jer shoping sementara tunggu ayah datang jemput, kami duduk la ditepi-tepi jalan tu.. tetiba aleena nangis nak naik bas... alamak... macam mana yer...... tapi mujur la di tak mengamuk.. jenuh jugak ummi nak pujuk tu..

ye.... dah sampai hotel.... so apa lagi.... pool la kita..... 

sudah menjadi kebiasaan kuey tiew nie pasti tak tinggal..... sampai tengah malam kat sini pun tak per... janji sampai kan....

ok berjumpa lagi...

Hari Lahir Anak

 Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...