Saturday, October 27, 2012

Biar Anak Belajar Dari Kesalahan


Sedikit maklumat untuk ingatan ummi dan sahabat sekalian. Petikan ini adalah dari majalah ANIS bil 183.

Jadilah Ibu Bapa Positif :-
1) Jika anak dibesarkan dengan hukuman, dia membesar menjadi seorang yang pendiam.
2) Jika anak dibesarkan dengan 'jangan', dia membesar menjadi seorang yang tidak kreatif
3) Jika anak dibesarkan dengan disiplin yang ketat, dia membesar menjadi seorang yang memberontak
4) Jika anak dibesarkan dengan bebelan, dia membesar menjadi seorang yang pendiam
5) Jika anak dibesarkan dengan kritikan dan sindiran, dia membesar menjadi seorang yang hilang kepercayaan.

Semoga anak2 ini membesar dengan penuh keyakinan.....

Wednesday, October 24, 2012

10 Petua Menjadi Suami Mithali

1. Isteri adalah manusia 
Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

2. Dengar pendapat isteri 
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya. Malah, isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan pejabat suami secara tidak langsung.

3. Beri pujian kepada isteri 
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari. 

4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri 
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cermin diri anda sendiri. Ke mana juga anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumah tangga akan menjadi bahagia. 

5. Ingat tarikh penting 
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa saja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung sempena meraikan hari lahir. Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini". 

6. Penuhi hajat isteri 
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh atau mesin jahit, suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri? 

7. Bantu ringankan tugas isteri 
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum. 

8. Isteri bukan pembantu rumah 
Kebanyakan suami menganggap kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu saja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan selama ini. 

9. Bawa isteri berehat 
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan yang menarik. Walaupun ia nampak remeh, setiap isteri pasti akan menghargai saat manis itu. 

10. Ciuman khas untuk isteri 
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

Thursday, October 18, 2012

Dah nak masuk darjah 1

yeyeye....

tahun depan aira masuk darjah satu. agaknya macam mana yer???


  beg aira nie dah diambil oleh adik... dan dah nak putus pun talinya. Ish ish ish... ganaih jugak adik ek....


Nur Auni Khaliesa....


Sedikit koleksi gambar tatkala auni masih kecil. Sekejap rasanya.. tetiba dia dah besar. Dan sekarang anak ini sangat bertanggungjawab membantu ummi di rumah. Cuma kengkadang ummi terlupa yang auni baru sahaja berumur 9 tahun. Tapi tugasan dia membantu ummi menjaga adik serasa dia sangat besar. Dan sememangnya Auni dah boleh memikul tangungjawab itu.....


Hehehe... inilah pengawas yang menjadi jam loceng, pemerhati, pembantu dan ketua kepada adik-adik. Semoga auni @ kakak akan terus ikhlas membantu dan disenangi oleh semua orang....

Luv u kakak....

Thursday, October 11, 2012

BERSAMA MENGEJAR RUMAHTANGGA BAHAGIA

Salam Jumaat.... sedikit petikan ummi jumpa untuk dikongsikan bersama.... semoga kebahagiaan milik kita semua.... 

1) Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2 ) Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayangakan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3 ) Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri

4 ) Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5 ) Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6 ) Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7 ) Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8 ) Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9 ) Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin
suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10 ) Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11 ) Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.(fikirkan)

12 ) Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13 ) Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14 ) Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15 ) Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16 ) Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17 ) Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18 ) Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19 ) Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20 ) Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.!

21) Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22 ) Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.

23 ) Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

~Salam Hadrah~

Saturday, October 6, 2012

Karektor Kelahiran Manusia

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius.Suka mendidik dan dididikSangatmudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.Suka smart, kemas dan teratur.Bersifat sensitif, berfikiran mendalam.Pandai mengambil hati orang lain.Pendiam kecuali telah dirangsang.Agak pemalu.Daya tumpuan yang sangat tinggi.Mudah mendisiplinkan diri sendiri.Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya.Cukup sayang pada kanak-kanak.Suka duduk di rumah.Setia pada segala-galanya.Perlu belajar kemahiran sosial.Cukup cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI
Berfikiran abstrak.Sukakan benda yang reality dan abstrak.Intelligent, bijak dan genius.Berpesonaliti yang mudah berubah.Mudah menawan hati orang lain.Agak pendiam, pemalu dan rendah diri.Jujur dan setia pada segalanya.Keras hati untuk mencapai matlamat.Tidak suka dikongkong.Mudah memberontak apabila dikongkong.Suka kegiatan yang lasak.Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.Mudah mempamerkan marahnya.Tidak suka benda yang remeh-temeh.Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.Sangat berani dan suka memberontakBercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.Pemerhatian yang tajam.Suka hiburan dan sukan.Suka benda yang bersifat seni.Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.Berkecenderungan pada benda yang tahyul.Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpesonaliti yang menarik dan menawan.Mudah didampingi.Sangat pemalu dan pemendam rasa.Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati.Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.Suka pada kedamaian.Sangat peka kepada orang lain.Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.Tidak cepat marah dan sangat amanah.Tahu balas budi dan tahu kenang budi.Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.Suka berangan-angan.Suka melancong.Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.Kelam kabut dalam memilih pasangan.Suka dgn hiasan rumahtangga.Punya bakat seni dalam bidang muzik.Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik.Jangan terlalu moody.

APRIL
Sangat aktif dan dinamik.Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal.Sangat menarik dan pandai manjakan diri.Punya daya mental yang sangat kuat.Suka diberi perhatian Sangat diplomatik (pandai memujuk ).Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.Sangat berani dan tiada perasaan takut.Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.Emosi cepat terusik.Try control the emotion.Kecenderungan bersifat dendam.Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan.Kuat daya ingatan.Gerak hati yang sangat kuat.Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.Berpenyakit di sekitar kepala dan dada.Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
Kekerasan hati & degil.Kuat semangat & bermotivasi tinggi.Pemikiran yang tajam.Mudah marah apabila tidak dikawal.Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian.Perasaan yang amat mendalam.Cantik dari segi mental & fizikal.Tidak perlu dimotivasikan.Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.Mudah dipujuk.Bersikap sistematik (otak kiri).Suka berangan.Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.Daya khayalan yang tinggi.Permikiran yang tajam.Pandai berdebat.Fizikal yang baik.Kelemahan sistem pernafasan.Suka sastera, seni & muzik serta melancong.Tidak berapa suka duduk di rumah.Tidak boleh duduk diam.Tidak punya ramai anak.Rajin dan bersemangat tinggi.Agak boros

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan.Mudah ditawan kerana sikap baik.Berperangai yang lemah lembut.Mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood.Idea yang terlalu banyak di kepala.Bersikap sensitif.Otaknya aktif (sentiasa berfikir).Sukar melakukan sesuatu dengan segera.Bersikap suka menangguh-nangguh.Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.Cepat marah & cepat sejuk.Suka bercakap & berdebat.Suka buat lawak & bergurau.Otaknya cerdas berangan-angan.Mudah berkawan & pandai berkawan.Orang yang sangat tertib.Pandai mempamerkan sikap.Mudah kecil hati.Mudah kena selsema.Suka berkemas.Cepat rasa bosan.Sikap terlalu memilih & cerewet.Kurang mempamerkan perasaan.Lambat nak sembuh apabila terluka hati.Suka kepada barang yang berjenama.Mudah menjadi eksekutif.Kedegilan yang tidak terkawal.Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalahkawan saya.

JULAI
Sangat seronok didamping.Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.Agak pendiam kecuali diransang.Ada harga dan maruah diri.Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.Mudah dipujuk dan bercakap lurus.Sangat menjaga hati orang lain.Sangat peramah.Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.Berjiwa sentimental.Jarang berdendam.Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.Tidak suka benda remeh-temehMembimbing cara fizikal dan mental.Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang.Layanan yang serupa dengan semua orang.Tinggi daya simpati.Pemerhatian yang tajam.Suka menilai orang lain dengan pemerhatian.Mudah dan rajin belajar.Suka muhasabah diri.Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.Suka mendiamkan diri.Suka duduk di rumah.Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.Tak agresif kecuali terpaksa.Lemah dari segi kesihatan perut.Mudah gemuk kawal tak kawal diet.Minta disayangi.Mudah terluka hati tapi lambat pulih.Terlalu mengambil berat.Rajin dalam membuat kerja.

OGOS
Suka berlawak Mudah tertawan kepadanya.Sopan santun dan caring terhadap orang lain.Berani dan tidak tahu takut.Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.Pandai pujuk orang lain.Terlalu pemurah & bersikap ego.Nilai harga diri yang sangat tinggi.Dahagakan pujian.Semangat juang yang luar biasa.Cepat marah & mudah mengamuk.Mudah marah apabila cakapnya dilawan.Sangat cemburu.Daya pemerhatian yang tajam & teliti.Cepat berfikir.Fikiran yang berdikari.Suka memimpin & dipimpin.Sifat suka berangan.Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.Belajar untuk relax.Sikap kelam kabut.Romantik, pengasih & penyayang.Suka mencari kawan

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur.Sangat cermat, teliti & teratur.Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.Pendiam tapi pandai bercakap.Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.Kerja yang dilakukan sangat sempurna.Sangat sensitif yang tidak diketahui.Orang yang banyak berfikir.Daya pentaakulan yang baik.Otak bijak & mudah belajar.Suka mencari maklumat.Kawal diri dari terlalu mengkritik.Pandai mendorong diri sendiri.Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia.Suka sukan, hiburan & melancong.Kurang menunjukkan perasaannya.Terluka hatinya sangat lama disimpan.Terlalu memilih pasangan.Sukakan benda yang luas.Bersistematik

OKTOBER
Suka sembang.Suka orang yang sayang padanya.Suka ambil jalan tengah.Sangat menawan & sopan santun.Kecantikan luar & dalam.Tidak pandai berbohong & berpura-pura.Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan.Sentiasa berkawan.Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.Cepat marah.Nampak macam pentingkan diri sendiri.Tidak menolong orang kecuali diminta.Suka melihat dari perspektifnya sendiri.Tidak suka terima pandangan orang lain.Emosi yang mudah terusik.Suka berangan & pandai bercakap.Emosi yang kelam kabut.Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).Suka melancong, bidang sastera & seni.Pengasih, penyayang & lemah lembut.Prihatin dalam percintaan.Mudah terusik hati & cemburu.Ambil berat tentang orang lain.Suka kegiatan luar.Orang yang adil.Boros & mudah dipengaruhi persekitaranMudah patah semangat.

NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara.Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.Berfikiran kehadapan.Berfikiran unik dan bijak.Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa.Pemikiran yang tajam.Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.Bagus untuk jadi doktor.Cermat dan teliti.Personality dinamik.Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.Terlalu degil dan keras hati apabila hendak sesuatu.Diusahakan sehingga berjaya.Tak suka marah kecuali digugat.Mudah ambil berat terhadap orang lain.Pandai muhasabah diri.Cara berfikir lain dari orang lain.Otak yang sangat tajam.Pandai mendorong diri sendiri.Tidak hargai pujian.Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya.Badan yang "tough" (sasa).Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam.Romantik.Berfikiran tidak pasti dgn hubungan kasih sayang.Suka duduk di rumah.Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.Bercita-cita tinggi.Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah.Bersifat patriotik.Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.Bercita-cita tinggi.Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.Seronok didampingi.Suka bercampur dengan orangSuka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai.Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.Tidak pandai berpura-pura.Cepat marah.Perangai yang berubah-ubah.Tidak ego walaupun meletakkan harga diri yang sangat tinggi.Benci pada kongkongan.Suka berlawak.Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logic

*baca dan nilai. :)


Hasil Ihsan : http://dairyfaishal.blogspot.com/ (thanks dear..hihu)

Friday, October 5, 2012

Bila Anak TIdak Menjadi....

Ini adalah petikan artikel yang ummi terjumpa dari http://hisham79.blogspot.com

Selamat berkongsi...

“Anak awak puasa dah berapa hari?” Tanya Fatin kepada temannya Ainul yang mempunyai anak yang sebaya dengan anaknya.

“Alhamdulillah, setakat ini tak pernah tinggal lagi,” jawab Ainul dengan wajah yang berseri-seri. Bangga dengan pencapaian anaknya yang tidak pernah meninggalkan puasa sejak usianya 5 tahun.

Fatin terdiam, tidak menjawab. Teringat anaknya yang telah berusia 7 tahun, namun masih amat liat untuk berpuasa. Paling membuat dia sedih, pernah anaknya curi-curi makan kerana tidak tahan dengan dugaan berpuasa. Akhirnya, selepas hari itu, Fatin tidak lagi memaksa anaknya berpuasa kerana tidak ingin anaknya berbohong.

Namun, perbualannya dengan Ainul petang itu, membuat dia kembali geram dan kesal. Di mana silapnya? Mengapa anaknya tidak boleh berpuasa seperti anak-anak rakannya yang lain?


Keesokan harinya, Fatin memaksa juga anaknya berpuasa, namun kali ini, anaknya menangis tanpa henti sejak jam 2 petang membuatkan perasaannya semakin tertekan. Akhirnya keluarlah perkataan-perkataan yang tidak baik kepada anak kesayangannya itu.

Kisah di atas hanyalah rekaan semata-mata. Namun saya yakin bahawa ramai ibu bapa yang mengalami situasi sama, iaitu tertekan bila anak-anak tidak ‘menjadi’ seperti anak-anak orang lain.

Rasa cemburu bila melihat anak-anak orang lain telah mula berjalan

Rasa cemburu bila melihat anak-anak orang lain boleh makan dengan senang

Rasa cemburu bila melihat anak-anak orang lain lebih ramah dan berdisplin

Rasa cemburu bila melihat anak-anak orang lain lebih baik solat dan puasanya

Rasa cemburu bila melihat anak-anak orang lain lebih lancar membaca Al Quran

Rasa cemburu bila melihat anak-anak orang lain lebih cemerlang dalam peperiksaan

Dan banyak lagi kecemburuan yang timbul bila kita mula membandingkan anak-anak kita dengan anak-anak orang lain.

Saya dan isteri juga sering termasuk ke dalam perangkap ini, hingga kadang-kadang anak-anak menjadi mangsa. Namun bila saya berfikir-fikir dengan memasang peranti empati dan rasional, baru tersedar bahawa sikap sebegini adalah satu bentuk kezaliman kepada anak-anak.

Harus diingat, anak-anak adalah cerminan ibu bapa itu sendiri. Jika anak-anak tidak berdisplin, malas dan punya pelbagai lagi sikap negatif, ia adalah cerminan kepada tarbiah ibu bapa itu sendiri di rumah. Pihak pertama yang patut dimuhasabah bila anak-anak bermasalah, adalah ibu bapa itu sendiri.

Jika kita ingin anak-anak solat awal waktu, maka ibu bapa harus solat awal waktu terlebih dahulu. Jika tidak ingin anak-anak terlalu ralit dengan televisyen, iPhone dan iPad, ibu bapa juga perlu mengurangkan waktu di hadapan laptop dan facebook ketika bersama mereka. Jika ingin anak-anak bergerak pantas dan menghormati masa, maka ibu bapa juga harus menunjukkan teladan itu terlebih dahulu.

Kita juga perlu tahu bahawa setiap anak punya potensinya dan kebolehan yang berbeza-beza, hatta dalam ibadah sekalipun. Ada anak-anak yang tidak cemerlang dalam Matematik, tapi punya bakat luarbiasa dalam seni. Ada anak-anak yang mudah berpuasa tapi liat untuk membaca Al Quran, ada anak-anak yang mudah bangun pagi, tapi cukup liat untuk mandi. Ada anak-anak cukup malas membaca buku akademik, tapi cukup hebat bila bertukang dan membaiki.

Ibu bapa perlu mengenal dan menggilap potensi anak-anak sesuai dengan kemampuan dan kebolehan mereka. Tidak adil jika kita letakkan ‘benchmark’ kecemerlangan anak-anak kita, pada anak-anak orang lain. Hatta anak pertama dan kedua pun berbeza-beza, ini pula anak-anak kita dengan anak-anak orang lain. Kita sendiri pun tidak suka jika dalam kerjaya orang membanding-bandingkan pencapaian kita.

Jika orang bertanya saya begini,

“Hang tengok dia, 2 tahun setengah dah boleh habis PhD, hang dah 4 tahun, kenapa tak habis-habis?”

Saya akan menjawab,

“Usain Bolt boleh lari 100 meter dalam 9.4 saat, hang boleh?”

Tidak salah untuk kita bertanya tentang pencapaian anak-anak orang lain untuk belajar kaedah-kaedah pendidikan efektif yang diamalkan oleh ibu bapa lain yang cemerlang. Namun, kita perlu ingat bahawa dalam pendidikan anak-anak, tidak ada apa yang dikatakan sebagai kaedah 'one size fits all'. Kaedah tersebut mungkin berkesan untuk anak-anaknya, tapi belum tentu berkesan untuk anak-anak kita.

Ibu bapa perlu bijak dalam mengaplikasikan kaedah yang terbaik bagi setiap anak. Mungkin ada yang sesuai dengan kaedah sedikit keras, mungkin ada yang perlu berlembut. Dinamik setiap anak-anak adalah cukup berbeza. Saya harus akui, ia adalah tugas yang amat mencabar.

Pendidikan anak-anak adalah satu proses, nilai kejayaan adalah bila anak kita berjaya menjadi manusia yang soleh dan musleh dalam apa jua bidang yang diceburinya, mungkin dalam peperiksaan, mungkin dalam sukan, mungkin juga dalam masakan.

Tidak adil bila kita mengukur kecemerlangan anak-anak hanya apabila anak-anak kita mengatasi anak-anak orang lain, dalam peperiksaan sebagai contoh.

Saya teringat kisah satu keluarga yang punya anak yang ramai. Semua anak-anaknya berjaya dalam akademik dan kerjaya, punya pangkat besar dan gaji yang tinggi malah ada yang bertugas hingga ke luar negara, kecuali seorang yang tidak ‘menjadi’ dan hanya melakukan kerja-kerja di kampung sahaja.

Akhirnya bila ibu bapa mereka telah sampai ke usia yang lanjut, anak-anak yang cemerlang dan berjaya tadi semuanya tinggal berjauhan dan sentiasa sibuk ke sana dan ke sini hingga hampir tidak ada masa yang dapat diluangkan untuk menziarahi dan menjaga ibu bapa yang telah tua. Hanya kiriman wang dan panggilan telefon sahaja yang sesekali mengubat rindu.

Tinggallah anak yang tidak ‘menjadi’ tadi berkhidmat dengan setia kepada kedua ibu bapanya hingga mereka meninggal dunia.

Kesimpulannya, usahlah membandingkan anak-anak dan menjadikan anak-anak sebagai modal untuk kita berbangga-bangga. Anak-anak adalah amanah dan dalam setiap fasa kehidupannya, ada amanah yang wajib kita sebagai ibu bapa lunaskan. Sedikit sebanyak kekurangan anak-anak, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk memperbaikinya. Apa yang penting, asas tauhid, ibadah dan akhlaq, mesti dipupuk sejak kecil.

Semoga kita tidak menjadi ibu bapa yang derhaka kepada anak-anak agar nanti anak-anak tidak akan derhaka kepada kita pula.


“Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar. (8:28)”

Thursday, October 4, 2012

majlis di sekolah

terasa sangat beruntung ummi hari nie kerana diminta untuk menghadiri perasmian hari inovasi di SMK TTJ. Untungnya sebab ummi diberi semangat untuk bekerja dan mendidik anak. Ucapan perasminya sangat padat, walaupun dianya adalah seorang ahli politik, tapi sikit pun dia tidak menyentuh tentang politik.... antara amanahnya adalah :-

- kepada guru - didiklah anak2 murid dengan baik dan ikhlas, kalau tidak kamu akan berdosa sebab didikan  yang diberikan akan menjadi ikutan anak murid, jika baik... baik lah mereka.. kalau tak baik.. berdosalah kamu

- kepada ibu bapa pula - bagilah perhatian kepada anak2 dan kenalilah guru mereka.... bila guru kenal mak ayah, guru akan seronok mengajar anak, dan anak akan  malu untuk buat yang tak baik...

wow... ada lagi sebenarnya.... tapi ummi nie baik lah sangat... tak pulak dibawanya pena mahupun kertas...

walau apa pun.... masa bersama anak2 adalah saat yang paling indah.. tatkala ucapan ini diberi, terasa bersemangat untuk ummi pulang ke rumah dan menyediakan segala kelengkapan  AUNARA...semoga Allah memberi kesabaran yang berterusan  kepada ummi.....

terima kasih Allah....

Hari Lahir Anak

 Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...