Friday, June 22, 2012

10 SIKAP WANITA IDAMAN LELAKI MASA KINI

WAJIB TAHU..

1. Sikap Keibuan – Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang.

2. Keanak-anakan – Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati.

3. Penuh Pengertian – Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan.

4. Menghargai – Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka di perlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas.

5. Menjaga Penampilan – Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6. Pandai Berbicara – Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya.

7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri – Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar, malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8. Menghormati Diri Sendiri – Lelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika.

9. Simpati dan Prihatin – Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu.

10. Sabar – Lelaki suka akan wanita yang bersabar dan tabah dengan segala ujian yang dilalui. Menjadi idaman setiap lelaki bergelar suami, jika sedang ditimpa kesusahan, datang seorang isterinya yang solehah dan penuh kesabaran

Nak pergi Shopping....


Dah lama ummi tak jalan-jalan.... ummi nak cari sepasang kasut jer.. tapi sampai sekarang tak jumpa.. bila yer agaknya boleh pergi. Ummi sorang dengan 4 AUNARA tau... he he he.... atau gamble jer la... kalau nak tunggu ayah balik lambat lagi kot... Lagipun ayah dah selalu pergi shopping kat sana kan.... kan... tu yang buat ummi jelous tu.

Tak pe la... kita tunggu hujung minggu nie... ummi nak ajak AUNARA pergi beli kasut plus makan kek aiskrim.... agaknya berjaya tak? atau kesudahannya di rumah sahaja... :(

Thursday, June 21, 2012

Jauhkan dari perkara ini...



Sejak kebelakangan ini ummi banyak didatangi dengan makluman perceraian di kalangan sahabat... yang menyedihkan lagi apabila ummi melihat sendiri keperihan si ibu membesarkan anak, sanggup kehulu kehilir dengan anak, tak cukup dengan itu, mengurus sendiri dirinya tatkala dalam pantang. Kengkadang ummi tertanya adalah ini tugasan hakiki si ibu? Mungkin si ibu sanggup kerana ingini meringankan beban si bapa dan ingin melihat anak itu membesar di hadapan matanya sendiri.... Dalam pada itu, ramai orang tua-tua berpesan agar jangan terlalu rasa hebat dan mengambil alih terus tugasan yang tak sepatutnya digalas. Tapi kebanyakkan ibu tak sanggup melihat suami susah, sebab itu mereka sanggup berkorban.

tapi tak semua bapa begitu, ummi kagum dengan bapa-bapa yang mengurus anak. Dan lebih kagum ummi pernah mendengar statement seorang bapa yang faham akan tugas isteri dan tak berkira-kira untuk menguruskan rumah tangga. Untung betul isteri itu.... dalam kesangsian ummi, ummi terjumpa artikel ini...

Sedikit kesimpulan dari petikan ini adalah:-
Punca berlakunya perceraian adalah
  • Sikap Remeh Temeh
  • Masalah Komunikasi
  • Orang Ketiga
  • Hutang
  • Kahwin Awal/Muda
  • Ibu Mertua
  • Bau Badan
  • Seks Hambar
  • Cemburu
  • Tidak Sefahaman
  • Kisah Silam 
Harap selepas membaca petikan ini, kita semua akan mendapat sedikit ikhtibar.. susahkan nak kekalkan keluarga... nak-nak bila masa dah semakin kurang, kita lebih bersedia untuk berhadapan dengan kawan dan selekeh bila bersama pasangan...

oklah baca sendiri yer... Good luck..



Hari ini fenomena cerai bukan lagi sesuatu yang janggal. Tidak semua perkahwinan berakhir hingga ke nafas terakhir meskipun satu-satu perkahwinan itu secara zahirnya nampak bahagia. Siapa sangka perkahwinan dua orang selebriti terkenal negara yang ditabal sebagai Wedding of The Year pada tahun 2003 dahulu akhirnya turut berakhir dengan perceraian. Siapa turut menyangka, perkahwinan seorang ahli perniagaan (bergelar Datuk) dengan isterinya (seorang kerabat diraja) yang dibina hampir 21 tahun serta turut dikurnia empat orang anak musnah kerana perceraian.
 
Mengikut apa yang saya baca dalam sebuah artikel berkenaan isu ini, statistik perceraian umat Islam di Malaysia kini mencecah 10 hingga 15 peratus daripada jumlah perkahwinan.
Merujuk kepada satu kajian yang lain pula, terdapat tujuh faktor telah dikenal pasti sebagai punca utama perceraian di kalangan pasangan suami isteri di Malaysia, antaranya kegagalan memikul tanggungjawab. Selain itu, asas agama yang rendah, campur tangan pihak ketiga, perbezaan budaya, masalah seksual, kewangan dan kerjaya. Malah kajian terbaru yang dijalankan oleh Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (Jakim) mendapati 21 peratus perceraian disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab suami atau isteri. Sebanyak 19.23 peratus lagi kerana tiada sefahaman dan selebihnya disebabkan masalah seperti dadah dan sebagainya.
Menurut kaunselor perkahwinan dari Access Counselling Services, Meriam Omar Din, beliau tidak menolak bahawa arus modenisasi sedikit sebanyak telah menghakis nilai-nilai tradisional dalam sesebuah perkahwinan sehingga menyebabkan ia menjadi sebahagian daripada punca kegagalan rumah tangga. Katanya, pegangan bahawa perkahwinan ialah suatu ikatan murni yang perlu dipertahankan dalam apa juga keadaan semakin luntur, sebaliknya perceraian dipilih sebagai jalan keluar kepada konflik yang timbul. Beliau berkata, bukan perkahwinan zaman sekarang saja yang dilanda masalah. Dulu pun ada tetapi yang membezakan perkahwinan dulu dan sekarang ialah nilai-nilai untuk mengekalkan perkahwinan.
Resah rasanya bila memikirkan semula apa yang terjadi di sekeliling kita. Perkahwinan itu indah, tetapi tanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian perkahwinan itu memerlukan komitmen yang sangat tinggi.
Buat teman-teman yang telah dan bakal melangkahkan kaki menuju ke alam perkahwinan ini, bersedialah! Mudah-mudahan kalian mampu mentadbir dan mengurus bahtera bahagia masing-masing dengan penuh keharmonian.
Dari apa yang saya lihat pula, fenomena perceraian yang terjadi di Malaysia disebabkan terlalu banyak. faktor-faktornya. baik berpunca dari suami isteri itu sendiri ataupun berpunca dari pihak ketiga. Disini saya senaraikan sebahagian besar punca-punya yang menyebabkan berlakunya perceraian..

  • Sikap Remeh Temeh
  • Masalah Komunikasi
  • Orang Ketiga
  • Hutang
  • Kahwin Awal/Muda
  • Ibu Mertua
  • Bau Badan
  • Seks Hambar
  • Cemburu
  • Tidak Sefahaman
  • Kisah Silam 
Penceraian dalam konteks islam pula, merupakan sesuatu yang dibenarkan walaupun tidak sukai oleh Allah. Ini merupakan jalan terakhir sekiranya tiada jalan penyelesaian ataupun perdamaian yang dicapai serta perkahwinan itu tidak dapat diselamatkan lagi dan khuatir perkara-perkara lain yang tidak baik akan terjadi barulah penceraian ini dilakukan.

Seperti firman Allah dalam al-Quran, “Dan jika seorang wanita melihat kesalahan suaminya atau telah berpaling hatinya, maka tiada berdosa keduanya, jika keduanya mengadakan perdamaian antara keduanya. Berdamai itulah terlebih baik daripada bercerai .Memang manusia itu bersifat kikir. Jika kamu berbuat baik kepada isterimu dan bertaqwa, sungguh Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.” (Surah An-Nisa´: 128)
Penceraian membawa banyak kesan negatif bukan sahaja kepada suami isteri malah anak-anak juga merasa bahang panas akibat daripada penceraian ibu bapa. Maka dengan sebab itu penceraian ini merupakan cara terakhir sekali dan sangat tidak digalakkan dalam islam.

Antara kesan akibat penceraian ialah kesan emosi terhadap pasangan seperti perasaan sedih, jiwa terganggu, rasa tidak bermaya, marah, rungsing dan kecewa serta kesunyian akan membebani perasaan pasangan yang bercerai. Malahan kesan ini juga turut dirasai oleh ahli keluarga dan orang yang terdekat dengan mereka.

Selain itu, mereka yang melalui proses penceraian juga akan dibebani dengan tanggungjawab yang lebih berat dan mungkin akan timbul masalah kewangan. Ini lebih dirasai oleh si isteri jika dia bergantung sepenuhnya kepada suami untuk perbelanjaan harian.
Malah kesan yang paling ketara dan sangat membimbangkan ialah kesan terhadap anak-anak.

Mereka menjadi mangsa keadaan dan mengalami tekanan perasaan yang sangat mendalam dalam proses pembesaran. Mereka mengalami ganguan emosi kerana kurang mendapat kasih sayang serta mereka juga kurang mendapat perhatian dan bimbingan daripada kedua-dua ibu bapa setelah penceraian berlaku.

Oleh kerana itu, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk membantu anak-anak menghadapi kenyataan bahawa mereka tidak dapat bersama seperti dulu lagi atau telah berpisah. Jangan menganggap anak-anak tidak tahu apa-apa, mereka masih mentah kerana setiap apa yang berlaku melibatkan kehidupan mereka kerana anak-anak adalah sebahagian daripada ahli keluarga.

Ibu bapa harus bijak menangani perasaan sedih yang dialami oleh anak-anak serta elakkan perbalahan sekiranya terpaksa bersua muka dengan bekas pasangan hidup masing-masing. Berilah peluang kepada anak-anak untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati mereka dan pandangan mereka akibat daripada penceraian ini.
Jangan biarkan anak-anak melalui hidup tanpa ada kawalan atau perhatian kerana ini akan menjadikan mereka hilang arah tujuan dan hanyut seperti kata perpatah Melayu “ibarat layang-layang terputus tali” dan “seperti anak ayam kehilangan ibu” - merata perginya tanpa ada tujuan dan pedoman hidup.



Jadi sebagai suami isteri atau pasangan yang ingin berkahwin mantapkan diri dengan ilmu keibubapaan dan tahu tanggunjawab yang mesti dipikul di atas bahu masing-masing kerana bukan mudah untuk menempuh alam perkahwinan.

Mengapa mesti terjadinya perpisahan dan penceraian sekiranya perkahwinan yang dibina berdasarkan cinta atau pilihan ibu bapa? Mengapa terjadi perpisahan terhadap perkahwinan yang dirasakan begitu sempurna, malah telah mengikut segala hukum-hakam yang telah ditentukan oleh agama dalam mencari ciri-ciri dan calon hidup? Jangan lupa juga bahawa kita telah berusaha untuk mejadi pasangan yang sempurna dan bertanggungjawab.

Namun semuanya adalah ketentuan Allah. Kita hanya mampu merancang dan berusaha

Mereka Merindui Dia...


Tetiba ummi terima panggilan dari uiek memberi tahu yang alynn sedang menangis... sedih dia adalah kerana teringatkan ayahnya... ummi tak mampu nak buat apa cuma minta ayah call adik semula jer.. kesian anak ini. Hampir 1 jam dia menangis dengan menyebut nama ayah. Dan ummi pun terpaksa balik ke rumah untuk meredakan tangisan adik. Sesampainya ummi, adik masih menangis dan di tangannya gambar ummi dan kawan-kawan yang mana salah seorang darinya mirip ayah... ek? yeke..? setahu ummi jauh sekali rupa itu. Tapi mungkin sebab adik terlalu rindu, org yang seakan-akan pun dia nampak macam ayah... akhirnya adik berhenti menangis bila dapat susu badan. Dan ummi pun syahid buat seketika waktu..

So,nak dijadikan cerita, hari ini ummi bersama-sama adik ke Pizza Hut. Harapan ummi adik nak makan... yap.. pada mulanya adik sendiri yang pilih nak makan spegetti... tetiba dia ajak main.. ok lah ummi pun layan.. sedang dia main dia ternampak satu family yang lengkap ahlinya. Adik pandang jer... selesai adik main, ummi ajak adik sambung makan. Pada masa ini keluarga tadi pun masuk dan duduk di meja depan adik... adik pandang jer... terus adik tak lalu nak makan............ ummi seakan faham, mungkin adik sangat rindukan ayah. Cuma dia tak mampu nak cakap. Tak pe la... AUNARA kena kuat, ayah kata tahun nie jer dia di Brunei. Harap-harapnya begitu, sebab anak-anak ini perlukan ibu dan ayah ketika masih kecil. Nanti dah besar mereka akan ke haluan masing-masing. Ummi tak nak ada antara mereka yang merenggangkan diri. Sebab ummi tak mampu untuk mendidik secara berseorangan. Ummi dah terasa masa ummi makin kurang dengan mereka dan pelajaran mereka agak merudum.. Ummi takut masa-masa ini akan hilang begitu sahaja... mungkin kami perlu istikharah untuk mendapat penyelesaian perkara ini. Dan mungkin pengorbanan perlu demi anak-anak. Sebab rezeki ada di mana-mana. Yang penting didikan dan tunjuk ajar amat perlu untuk anak-anak ini....

Semoga Allah tunjukkan yang terbaik buat kami..

Sunday, June 10, 2012

Selamat Pengantin Baru Ijan...

Sudah lumrah alam... jodoh pertemuan ditangan tuhan... perkahwinan adalah permulaan hidup berteman.. teman tatkala suka dan duka.. tempat meluah perasaan dan tempat bermanja... dan inilah detik-detik hari bersejarah buat adik kami.... 

Semoga Ijan dan Maria bahagia hingga akhir hayat. Sedikit pesanan dari kami buat pak andak.. jaga mak andak baik-baik yer dan didiklah dia ke jalan yang lebih baik dan sempurna.


ok.. dah... skema betul ayat ummi..... hehehe... yelah gembira tu pak andak dah kahwin... kami dapat mak andak baru. Kalau tak pak andak sorang jer... Inilah kenangan bagi hari bersejarah buat Ijan. Berseri mukanya. Gambar di atas tu semasa majlis batal air sembahyang. Masih malu-malu tau...

 Ini plak tatkala di malam hari... majlis menepung tawar.... sweet sangat combination colournya..

 Siapa kata pink tak sesuai untuk lelaki... cantik la.... 

 Inilah mak andak kami.... welcome to our family... hope we will enjoy our days......  kata auni :)

Kalau yang atas tu majlis di rumah mak andak... yang nie plak majlis di rumah kami......... apa-apa pun semua orang ceria dan gembira. Hilang rasa penat.... dan majlis telah berjalan dengan lancarnya....

SELAMAT PENGANTIN BARU PAK ANDAK @ IJAN & MAK ANDAK
Semoga bahagia hingga akhir hayat....

Ikhlas dari,
AUNARA

Friday, June 8, 2012

Selamat Hari Lahir Auni..

Khas buat kakak @ Auni....

Selamat Hari Lahir dari Ummi, Ayah dan adik-adik... semoga Auni terus cemerlang dunia akhirat...


Akhirnya impian auni untuk menyambut hari lahirnya di kampung jadi kenyataan. Betapa gembiranya auni pada hari itu. Bermacam persiapan telah dilakukan. Tapi yang paling seronok adalah kerjasama dari saudara mara menyediakan ruang untuk sambutan ini... Sambutan kali ini diadakan bersama Aqil...

 Meriah kan.... semua telah bersedia untuk sesi potong kek.

 ha... disebabkan meja tu agak tinggi.. makan auni harus dukung adik Aqil....

 ye.... mari kita tiup lilin sama-sama

Selesai sesi potong kek... satu acara rebut kerusi dilakukan.. Saje je. Sekadar mengisi masa. Tapi tak sangka sambutan agak memberangsangkan. Tapi untuk sesi ini.... auni dan husna pulak yang masuk sampai final.. lawan berdua plak tu.... ha ha ha.. mujur la auni yang menang. Kira itulah hadiah hari jadinya.

:) :) :)

Wednesday, June 6, 2012

Tulips....

Cantikkan bunga-bunga ini........... terus ummi berangan untuk mencipta taman tulips si dapur. so bila masak-masak boleh la cuci mata sambil tengok bunga... tapi kalau dapat yang macam nie alangkah best nya...
 
Erm... apa kata taman macam nie... mesti sepagi ummi dok belek2 bunga kan? Atau mungkin ummi sub kan pada anak-anak.. satu bahagian auni jaga, satu lagi husna dan satu lagi aira... yang satu lagi ummi dan alynn.... menarik tuh....


ha... cuba bayangkan kita ke ladang nie... ini adalah ladang tulips di holand.... macam main-main plak kan? apa lagi jom kita ke sana....


Hari Lahir Anak

 Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...