Seronok betul baca petikan ini....... Kata-kata ini memang prinsip ummi dari dulu. Cuma kali ni kata-kata ini keluar di Majalah Wanita Bulan Mei 2009 dan disebut oleh Prof.Dr.Muhaya Mohamad...... Pujaan semua pelajar perubatan..... betul tak? ummi tak jadi dr. Tapi bila ummi baca petikan dia terus ummi suka kat dia. Tak pe la kan..... bagi ummi tak salah pun kalau kita ada seorang yang boleh dijadikan sumber inspirasi untuk berjaya. Yela dari duduk suka kat penyanyi... pelakon.... baik suka kat orang-orang yang berilmu nie.... Sekurang-kurangnya kata-kata dia dah menjadi peransang buat kita.
hah.... ummi akan masukkan antara kata-kata beliau yang pasti ummi suka....
"Jalan kebaikan yang paling utama adalah menjadikan kerja sebagai ibadah. Berbuat baik sesama manusia melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita"
'Syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Sebagai anak yang soleh, kita seharusnya mendoakan kesejahteraan kedua-dua ibu bapa kita di dunia dan di akhirat sebagai menghargai jasa mereka"
'Berdoalah kepada Allah agar ibu bapa kita akan dikasihi seperti mana mereka mengasihi kita dan jasa mereka akan dibalas seperti mana mereka mencurahkan kasih sayang mereka kepada kita'
'Anak ibarat kain yang putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sebagai seorang ibu, kita haruslah selalu mendoakan yang terbaik untuk anak-anak. Apabila kita berkahwin, kita perlu tanamkan niat untuk memperolehi zuriat yang baik' .... yang pun untuk bapa tau.... bukan ibu jer...
'Tunjukkan teladan yang baik kepada anak kerana perangai anak-anak banyak mempengaruhi perangai kedua-dua ibu bapa. Apabila menyuruh anak melakukan sesuatu, haruslah memberitahu alasan dan sebab mengapa anda menyuruh berbuat begitu'
'Juga mesti sentiasa bersangka baik kepada Allah. Banyakkan berdoa untuk kesejahteraan seluruh ahli keluarga. Ini kerana, kebahagiaan sepanjang hayat adalah mendapat anak yang baik'
'Prinsip hidup beliau adalah membahagiakan orang lain agar diri sendiri turut bahagia dan berpegang kepada kata-kata setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya. Sentiasa tanamkan tiga matlamat utama dalam hidup iaitu mencari ilmu yang bermanfaat, mendapatkan anak yang soleh dan mengamalkan sedekah jariah'
'Kita perlu melayan semua manusia sama rata kerana apa yang membezakan manusia hanyalah takwa kepada Allah. Jika kita sebagai ketua, layanlah pekerja bawahan dengan baik'
Huh..... banyak kan.... so hari ini ummi terasa teruja sesangat untuk buat kerja...... bleh macam tu...? betul la kan? mesti excited.... sebenarnya manusia perlukan nasihat. Jika tidak kita akan terus hanyut dengan apa yang kita minat dan tinggalkan apa yang harus kita laksanakan.
jom...... hidup mesti diteruskan..............
Subscribe to:
Posts (Atom)
Hari Lahir Anak
Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...
-
Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...
-
Selamat tahun baru 2018 semua.... semangat tak???? mesti bersemangat tau... tahun nie tahun yang agak berat buat ummi sebab Auni ak...
-
Ummi.. Cikit jer lagi nie... Kita jumpa di Majlis Konvo ke 50 yer... Adus.. Best nyer dapat tgk live konvokesyen kali nie.. Rasa macam diat...