Thursday, April 27, 2017

Anak Soleh...

Dear All readers.... semoga diberkati Allah hendaknya....

Nie la anak lelaki ummi dan ayah.. seorang yang tegas walaupun masih kecil. sentiasa nak apa yang dihajati. Ada kala bila tak dapat dia akan mengamuk... dengan kata lain... dia memang bersungguh nak apa yang dia mahukan... dalam ketegasan tu dia ada disiplin... kasutnya sentiasa disusun setiap kali masuk rumah (benda nie memang dia belajar dari atok).. pantang nampak barang jatuh atau senget.. dia akan betulkan... kerusi makan pun.. dia akan tolak ke bawah meja setiap kali lepas makan.... Alhamdulillah atok berjaya didik dia dengan disiplin...

Semoga anak ini membesar dengan baik.. menjadi anak soleh yang sentiasa menggembirakan orang sekelilingnya.. rajin membantu dan membuat orang merasa bahagia tatkala kehadiran dia...

Aamin.....




yey... ingatan setiap hari..


 best kan...... sentiasa tenang dan positif...

Teruskan Hari-hari Itu....


Siapa kata kita nie sentiasa senang... tenang.. sentiasa dipuji... erm.. yeke... tak pernah diduga... salah semua tu.. ujian datang dalam bentuk pelbagai. Kesusahan pun ujian... kesenangan pun ujian... (nie ustazah ummi yang cakap.. tp memang betul pun)...

Tatkala kita senang..

pernah ke kita solat dengan khusyuk.. sebab asyik terkejar-kejar dengan benda yang entah apa-apa kan... kita jarang tambah solat sunat... kita jarang mengaji... masa-masa kita penuh dengan mengadap hp dan tv.. ada kala datang seseorang meminta pertolongan... adakah kita membantu atau hanya terdetik yang dia tu menyusahkan kita???? kita asyik bangga dengan apa yang kita ada... plus mencanang semua cerita baik tentang kita.. tentang kerjaya kita.. walhal kita tak tahu yang berdepan dengan kita tu jauh lebih hebat. Tapi sedikit pun tidak bercerita tentang diri sendiri....

Tatkala kita susah...

ada orang boleh terima.. dan mengaku susah sebab pernah lalai satu masa dahulu... tapi tak kurang juga yang rasa dia susah sebab orang lain.. sebab orang la dia jatuh, dia rugi dll.... tapi pernah tak kita terfikir yang semua tu ada hikmah nya.... bagi yang menerima sebagai dugaan akan insaf dan melakukan segala apa suruhan tuhan... bagi mereka mungkin sebab kurang meminta pada tuhan.. so sebab tu tuhan berikan dugaan... tak cukup dengan solat wajib.. ditambah dengan solat sunat... tambah lagi dengan berjaga malam... bersedekah... mengaji dan bersahabat dengan orang-orang alim.. tapi ada pulak yang dok mengomel sensorang.. cerita keburukan orang yang kononnya buat dia jatuh... teruskan bergosip.. mengomel dalam sosial media.. masa dihabiskan depan hp dan tv...kononnya untuk ketenangan... erm... bagi ummi.. semua tu rugi.. dan pada masa nie la dia akan meminta pertolongan orang.. sama seperti orang meminta semasa kita senang dahulu..

Allah dah tunjukkan pada kita yang kita nie sebenarnya kurang meminta pada dia.. kenapa masih kita lalai.... ???? sejak kebelakangan nie kerap kita lihat orang alim meninggal dengan mudah. Ada tu yang tak famous pun semasa hidupnya.. tetapi dia famous tatkala kematiannya... dan tak semena-mena satu malaysia doakan kesejahteraan dia... tak nak ke kita..??

Dia awal syaaban nie... jom kita ubah.. anggap la kita akan pergi bila-bila masa sahaja... banyakkan lah melakukan segala suruhan Allah.. entah mungkin ini syaaban terakhir kita... dampingilah orang-orang alim.... sebab seseorang itu akan diketahui kelakuannya melalui siapa sahabat dia...

Ayuh yer semua... senang atau susah sekali pun kita.. bersyukurlah dan berkongsilah dengan semua. Semoga kita aman di sana...

Monday, April 17, 2017

Tasmik Hafadzan.....


Lain anak lain kemampuan mereka. Seingat ummi, masa zaman auni dan husna  ambil exam SPRA dan UPKK dulu, ummi relax jer.... mungkin banyak urusan rumah yang perlu ummi selesaikan. Macam tu juga husna.. waktu mereka di darjah 5, ummi hanya tegas dan bagi peluang untuk mereka study. Setiap malam kami bertapa ramai-ramai dalam bilik. Masing-masing keluarkan buku untuk ulangkaji atau siapkan homework. Jujur ummi kata ummi jarang dapat bantu mereka siapkan kerja sekolah.

Mana tak nyer.. masa tu ayah di Brunei... so kami tinggal berlima (uzayr tak keluar lagi)... rutin kami balik jer dari sekolah dan kerja.. kami pergi makan kat rumah mama. Sebelum maghrib kami dah di rumah... lepas solat maghrib anak-anak dah sedia dengan buku masing-masing. Kadang-kadang sebelum isyak ada yang dah tertidur.... penat kot. Tapi Alhamdulillah mereka dapat straight A dalam semua mata pelajaran...

Harapnya Aira pun sama. Dia berminat, cuma kami belum jumpa teknik terbaik untuk bantu dia. 

Ye la... setiap anak ada kelebihan. Bagi jer apa-apa yang terbengkalai atau rosak kat aira. Boleh jer dia buat.... tapi bab menghafal.. kena lebih kerap lagi...

Doakan Aira yer... dia pun nak dapat semua A macam kakak dia....

Tq

Saturday, April 15, 2017

Tugasan dah bermula

Pejam celik pejam celik.. dah sebulan ummi masuk kerja. Tapi rasanya dah mcam nak setahun la plak.... Tetiba bertimpa-timpa kerja datang. Ada yang dah lupa macam nak buat, lupa macam mana nak organize meeting, macama mana nak buat laporan.. ke siapa nak dihantar... waaaaa.... sedey... plus staf yang dah makin susut.. serba serbi kena buat sendiri...

sudahnya dok sengsorang pas tu terfikir... betul ke 2015 & 2016 tu ummi sambung belajar????macam tak percaya dah tercuti 2 tahun .... kannnnn.

Bulan pertama nie juga ummi ada mesyuarat di Melaka.. kebetulan anak-anak semua ada... apa lagi..anak-anak nie pun tumpang sekaki. Bukan senang nak adakan masa macam nie.. nak-nak dalam keadaan ayah dah tak sibuk macam dulu dan tunggu masa jer nak jalankan tugas baru...

Alhamdulillah.. nampak mereka happy & enjoy... kali nie giliran ayah jaga dia orang.. pandai lah ayah nak bawa dia orang ke mana.. sebab ummi kerja dari pagi sampai malam... huhuhu


























macam biasalah mereka... ade jer kolam, terus dia orang terjun.. yang dua orang kakak tu plak melayan gim. Maing-masing risau badan naik... dia tak tahu yang mak dia lagi risau... tapi tak gak turun-turun...badan mak nyer la... makin ketepi ada la... sayang kot nak buang lemak.. erm.. ye laa.aaaa








Thursday, April 6, 2017

Ahli Syurga itu untuk mereka...


Kerap kali ummi dengar orang-orang Alim kata.. antara kriteria ahli syurga adalah orang yang rumahnya tidak putus-putus dikunjungi oleh orang dan orang yang hidupnya sangat diperlukan oleh orang lain...

Dalam kan maksud dia...

Point 1 : Orang yang rumahnya tidak putus-putus menerima tetamu

Ramai yang selesa dengan apa yang beliau ada. Tak nak berkongsi malah merasa bangga sebab dapat sesuatu hasil usahanya. Orang sebegini kerap rasa apa yang dia ada adalah hasil titik peluhnya sendiri. Bila ada yang memerlukan bantuan cepat dia mengelak.. macam-macam yang ditakutkan.. takut barang pinjaman rosak, takut duit habis.. tak de masa dan macam-macam lagi lah.... tetapi orang yang macam nie, tatkala dia susah.. seboleh mungkin dia nak orang bantu. Kadang kala menggunakan orang lain untuk bantu mereka...

Rugi kan...

Apa kata tukar cara berfikir. Dari rasa semua apa yang kita ada tu adalah milik kita sahaja.. tukar ke apa yang kita ada ini adalah untuk membantu orang lain. Ada kenderaan untuk bawa ibu bapa @ keluarga berjalan-jalan @ ke majlis, jemputan orang ramai atau sebagainya.. ada rumah untuk ditumpangi, untuk dijadikan lokasi berkumpul untuk tujuan majlis ilmu dll... sebab yakin lah makin kerap kita membantu makin murah rezeki kita. 

Point 2 : Orang yang hidupnya sangat diperlukan oleh orang lain

Orang sebegini pula kerap didatangi untuk bantuan.. bantuan persekolah anak-anak, bantuan kebajikan, bantuan persatuan.. bantuan recomend sesuatu untuk dapatkan sesuatu dll... walaupun mereka orang biasa-biasa sahaja tapi keihklasan memantu buat orang yang macam nie sentiasa sibuk. Masa untuk rehat kurang tapi mereka puas. Puas tatkala dapat membantu saudara yang pada suatu masa memerlukan bantuan persekolahan anak-anak.. akhirnya dapat dan bila besar anak itu berjaya (nie contoh jer... hehehe).. perasan tak, mereka nie masa untuk berehat di depan tv pun kurang... erm.. cemburunya ummi.

 Jom kita ubah... ubah cara fikir.. ubah rasa kita hebat.. ubah sifat kedekut membantu ke rasa hidup kita adalah kepunyaan semua orang.. seboleh mungkin nak bantu semua disekeliling supaya mereka bahagia dan berjaya..

Biarlah masa untuk kita rehat kurang.. nie dunia sahaja.. agar masa berehat di akhirat nanti kita dapat rasa sepuasnya..

Semoga semua orang disekeliling kita bahagia dan berjaya..

(erm.. gambar sekadar hiasan..tapi macam suka jer.. kita parking dulu yer gambar nie.. ada rezeki kita buat mcm nie)

Wednesday, April 5, 2017

Bahaya Berasa Kagum dengan Diri Sendiri


Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnad-nya; Suatu hari, di depan Rasulullah saw Abu Bakar menceritakan seorang sahabat yang amat rajin ibadatnya. Ketekunannya menakjubkan semua orang. Tapi Rasulullah tak memberikan komen apa-apa. Para sahabat kehairanan. Mereka bertanya-tanya, mengapa Nabi tak menyuruh sahabat yang lain agar mengikuti sahabat ahli ibadat itu.

Tiba-tiba orang yang dibicarakan itu lalu di hadapan majlis Nabi. Ia kemudian duduk di tempat itu tanpa mengucapkan salam. Abu Bakar berkata kepada Nabi, "Itulah orang yang tadi kita bicarakan, ya Rasulallah." Nabi hanya berkata, "Aku lihat ada bekas sentuhan syaitan di wajahnya."

Nabi lalu mendekati orang itu dan bertanya, "Bukankah kalau kamu datang di satu majlis kamu merasa bahawa kamulah orang yang paling soleh di majlis itu?" Sahabat yang ditanya menjawab, "Allahumma, na'am. Ya, memang begitulah aku." Orang itu lalu pergi meninggalkan majlis Nabi.

Setelah itu Rasulullah saw bertanya kepada para sahabat, "Siapa di antara kalian yang mau membunuh orang itu?" "Aku," jawab Abu Bakar. Abu Bakar lalu pergi tapi tak berapa lama ia kembali lagi, "Ya Rasulallah, bagaimana mungkin aku membunuhnya? Dia sedang ruku'." Nabi tetap bertanya, "Siapa yang mahu membunuh orang itu?" Umar bin Khaththab menjawab, "Aku." Tapi seperti juga Abu Bakar, ia kembali tanpa membunuh orang itu, "Bagaimana mungkin aku bunuh orang yang sedang bersujud dan meratakan dahinya di atas tanah?"

Nabi masih bertanya, "Siapa yang akan membunuh orang itu?" Imam Ali bangkit, "Aku." Beliau lalu keluar dengan membawa pedang dan kembali dengan pedang yang masih bersih, tidak berlumuran darah, "Ia telah pergi, ya Rasulullah." Nabi kemudian bersabda, "Sekiranya engkau bunuh dia. Umatku takkan pecah sepeninggalanku...."

Dari kisah ini pun kita dapat mengambil hikmah: Selama di tengah- tengah kita masih terdapat orang yang merasa dirinya paling soleh, paling berilmu, dan paling benar dalam pendapatnya, pastilah terjadi perpecahan di kalangan kaum muslimin. Rasulullah menyuruh sahabatnya untuk membunuh lelaki tadi adalah kerana melalui perantaraan Jibril, baginda diberitahu bahawa lelaki ini dan keturunannya akan menyebabkan fitnah perpecahan di kalangan umat Islam.

Nabi memberikan pelajaran bagi umatnya bahawa perasaan ujub(merasa kagum dengan kehebatan diri) akan amal soleh yang dimiliki adalah penyebab perpecahan di tengah orang Islam. Ujub menjadi penghalang naiknya manusia ke tingkat yang lebih tinggi. Penawarnya hanya satu, belajarlah menghinakan diri kita.

Sumber : Taman Ulama

Mereka....

  Macam tak sangka... kakak dah 22 tahun dan husna dah 21 tahun..... Mereka dah selesai zaman belajar.. sedang ke masa perkerjaan pula. Rasa...